SISTEM KIRAAN Undi Digital ANGKASA
KELEBIHAN KEPADA KOPERASI :
Sistem Kiraan Undi Digital ANGKASA adalah Sistem berkomputer yang dibangunkan oleh ANGKASA bertujuan untuk menguruskan proses pengiraan undi yang tepat dan cepat. Sangat bersesuaian digunakan bagi tujuan pemilihan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Lembaga Pengarah sesebuah organisasi, pertubuhan dan NGO serta pemilihan perwakilan dalam skala besar untuk mesyuarat ataupun persidangan yang lebih besar. Sistem ini berfungsi dengan telus dan mampu mengelakkan kesulitan yang biasa terjadi dalam pengiraan undi manual.
Sistem ini sangat efektif digunakan bagi mengelak pembaziran masa untuk pengiraan undi dalam skala besar di samping menjamin ketepatan, akauntabiliti serta ketelusan pengiraan dengan tidak melibatkan bilangan tenaga kerja yang ramai. Kesilapan yang biasanya disebabkan oleh manusia seperti kelalaian, kecuaian, sikap memihak dan unsur-unsur penipuan lain semasa proses pengiraan undi dapat dielakkan . ANGKASA mengenakan caj sewaan berpatutan kepada koperasi yang berminat.
Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA Tingkat 4, Wisma Ungku A.Aziz Jln SS6/1, 47301 Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan 03-7884 6517 btm@angkasa.coop
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
26
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease