PROGRAM SEMINAR PENCERAHAN PENGGUNAAN DAN KEPENTINGAN KECERDASAN BUATAN (AI)
Program Kepentingan Penggunaan Artificial Intelligence Dalam Pengurusan dan Perniagaan Koperasi merupakan sebuah program yang diadakan kepada seluruh koperasi ahli ANGKASA bawah kelolaan Unit Digitalisasi. Seminar Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada koperasi khususnya Anggota Lembaga Koperasi dan Pengurus Koperasi meningkatkan literasi digital dan adaptasi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) koperasi. Peserta akan didedahkan secara hands on tentang penggunaan teknologi AI bagi memudahkan mereka menjalankan tugasan berkaitan pengurusan dan aktiviti perniagaan dalam koperasi. Antara pengisian program melibatkan aspek asas digital seperti pengenalan kepada peralatan, sistem dan rangkaian secara asas dan bagaimana AI dapat membantu perniagaan koperasi. Selain itu, peserta juga turut didedahkan dengan teknik penggunaan ChatGPT, Napkin dan Microsoft Co-Pilot.
Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA Tingkat 4, Wisma Ungku A.Aziz Jln SS6/1, 47301 Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan 03-7884 6517 btm@angkasa.coop
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI 27
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease