PEMBANGUNAN LAMAN WEB & PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL Bengkel Digitalisasi Koperasi
Program Bengkel Digitalisasi Koperasi Pembangunan Laman Web dan Penggunaan Media Sosial merupakan antara inisiatif ANGKASA kepada anggota koperasi . Program yang dijalankan secara percuma ini dikembangkan selaras dengan Dasar Koperasi Negara (DKN) dan Dasar Digitalisasi Koperasi dalam teras utama yang memberi penekanan kepada manfaat Teknologi ICT bagi memacu kemajuan sosioekonomi sektor koperasi. Program ini memberi penekanan ke arah kemajuan koperasi ahli bagi mencipta imej global dan meningkatkan kefahaman untuk memanfaatkan kemudahan laman web. Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi : 1. Tapak sesawang ( web hosting ). 2. Nama pautan ( sub domain ). 3. Perkhidmatan pembangunan laman web koperasi untuk kali pertama sahaja. 4. Khidmat bengkel dan latihan pembangunan serta pengemaskinian laman web koperasi. 5. Penyenaraian alamat (URL) laman web yang telah siap. Proses pengurusan dan kemaskini laman web akan diserahkan sepenuhnya kepada pentadbir yang dilantik (kakitangan) oleh koperasi setelah semua kriteria di atas dilaksanakan. Program ‘Bengkel Adaptasi Digital Sosial Media TikTok Koperasi’ pula merupakan
sebuah program yang diadakan kepada koperasi ahli ANGKASA. Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada sosial media TikTok yang dapat membantu koperasi dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan koperasi serta menggalakkan penggunaannya dalam kalangan koperator.
Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA Tingkat 4, Wisma Ungku A.Aziz Jln SS6/1, 47301 Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan 03-7884 6517 btm@angkasa.coop
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
28
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease