Buku Transformasi ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi

PRAKATA Sebagai sebuah badan Puncak pergerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA menyediakan pelbagai perkhidmatan yang relevan untuk koperasi. Semua inisiatif yang dilaksanakan adalah bagi memastikan perjalanan koperasi sentiasa berada pada landasan yang terbaik. Impak yang disasarkan diharap bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi tadbir urus baik koperasi, malah berupaya memberi kesan lebih positif terhadap sosioekonomi anggota dan masyarakat.

Usaha bagi memastikan istiqomah dalam pengurusan koperasi sebenarnya memerlukan komitmen serta jatidiri tinggi daripada seluruh anggota. Justeru, perkhidmatan yang disalurkan melalui ANGKASA mencakupi pelbagai aspek selaras dengan keperluan semasa dan ANGKASA amat berharap agar koperasi mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan. ANGKASA juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas segala bentuk bantuan serta sokongan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia yang sentiasa bersama-sama ANGKASA membantu melestari dan membina masa depan koperasi yang lebih baik.

Semoga penerbitan edisi khas WADAH PELANCAR ini bermanfaat kepada semua dan boleh menjadi rujukan sekali gus membantu koperasi untuk memberi perkhidmatan sokongan yang lebih baik kepada anggota dan masyarakat.

‘BEKERJA BERSAMA-SAMA, DEMI MANFAAT BERSAMA”

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO)

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

3

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease