Program Pelancongan Koperasi Sekolah yang dikenali sebagai COOP ISTAC bertujuan untuk memberi peluang kepada murid belajar merancang, mengurus dan melaksanakan projek pelancongan khususnya dalam aspek keusahawanan koperasi dengan sokongan dan galakan daripada Pengetua, guru koperasi dan ibu bapa serta bimbingan dan latihan ANGKASA. Menerusinya, murid dapat mengetahui perancangan sesuatu program melalui penyediaan kertas kerja, pengurusan kewangan program, perancangan pelan tugas serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, pengalaman langsung menerusi kerja-kerja mengurus dan melaksanakan program juga dapat membantu meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berguna selaras dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan. KONSEP HOS DAN TAMU HOS akan bertindak sebagai tuan rumah atau penyedia pakej kepada TAMU atau pelanggan. PERANCANG + PENYELARAS + PENGANJUR + PELAKSANA = PROJEK ISTAC Transformasi ANGKASA
Seksyen Pendidikan dan Pemulihan ANGKASA Kumpulan Pembangunan Koperasi Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-78846606 / 6607 edu.angkasa@gmail.com
31
PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease