Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS)
ANGKASA Pendidikan menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) sebagai bentuk pengiktirafan kepada koperasi sekolah terbaik peringkat negeri dan kebangsaan. melalui Bahagian Anugerah tersebut merupakan acara penting dalam usaha ANGKASA mengiktiraf gerakan koperasi sekolah, melibatkan penyertaan pelajar dan guru yang mewakili koperasi sekolah seluruh negara. Antaranya adalah ‘Anugerah Ikon Muda Koperator Sekolah’ yang diberikan kepada koperator (pelajar) yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam aktiviti koperasi sekolah. AKKS bukan sekadar sebuah majlis penghargaan, malah juga satu inisiatif penting untuk melahirkan generasi koperasi yang kreatif, inovatif dan berdikari. Pertandingan Produk Kreatif Koperasi Sekolah juga menjadi antara pengisian AKKS bagi koperasi sekolah seluruh negara mempamerkan kreativiti, inovasi dan semangat keusahawanan dalam menghasilkan produk kreatif yang berdaya saing.
Seksyen Pendidikan Bahagian Pendidikan dan Pemullihan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-78846606 / 6607 edu.angkasa@gmail.com
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
33
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease