PROGRAM SEJATI MADANI - KOPERASI LUAR BANDAR
Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang berada bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah menyediakan peruntukan geran sehingga RM100 ribu untuk membangunkan perniagaan koperasi luar bandar. Koperasi yang terpilih diberi kebebasan untuk bermusyawarah dan memutuskan sektor tumpuan pilihan mereka, manakala ANGKASA akan menguruskan pembangunan projek tersebut di samping menjalankan tugas-tugas pemantauan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Tawaran kepada koperasi untuk Program SejaTi MADANI Koperasi Luar Bandar akan ditentukan oleh ICU JPM berdasarkan kepada program Kampung Angkat MADANI (KAM).
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA
Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-7800 7895
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
34
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease