PERPUSTAKAAN KOPERASI MALAYSIA ANGKASA
Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA merupakan salah satu perkhidmatan sokongan penting yang disediakan oleh ANGKASA kepada warga kerja, para penyelidik dan anggota koperasi di seluruh negara serta masyarakat umum. Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan : • Perkhidmatan Rujukan – menyediakan bahan rujukan dan maklumat mengenai koperasi dan yang berkaitan; • Perkhidmatan Peminjaman dan Pemulangan bahan rujukan; • Perkhidmatan Antara Perpustakaan (Sistem Pembekalan Penerbitan) – peminjaman bahan daripada perpustakaan lain melalui Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA; • Akses Perpustakaan Digital – Akses dalam talian kepada bahan bacaan terbitan ANGKASA; • Komputer untuk membuat carian bahan bacaan yang diperlukan; • Ruang bacaan yang selesa dan kondusif serta ruang berinternet (melalui wifi) untuk tujuan rujukan dan penyelidikan.
Portal Perpustakaan boleh dilawati di sesawang berikut : https://sola.my/angkasalibrary Waktu Perkhidmatan : Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari 2.30 petang hingga 5.00 petang (Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) Sehingga Mei 2025, perpustakaan mempunyai bahan bacaan dan rujukan terkumpul sejumlah 16,069 bahan dan 1,034 bahan rujukan digital. Antara yang tersedia termasuklah Koleksi Monograf, Koleksi Rujukan Digital, Buku Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA dan Mesyuarat Agung Negeri, Koleksi Terbitan Bersiri, Koleksi Kertas Persidangan International Cooperative Alliance (ICA) di peringkat Asia Pasifik dan Global, Kertas Kerja Seminar, Koleksi Laporan Tahunan dan Undang- undang Kecil Koperasi serta buku-buku ilmiah dan rujukan.
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
35
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease