Muzium Koperasi Malaysia ANGKASA yang bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor merupakan satu-satunya muzium koperasi yang terdapat dalam negara. Sehingga Disember 2024, sebanyak 1,023 dokumen dan artifak terkumpul dipulihara demi kelestarian sejarah gerakan koperasi negara. Segmen bersejarah yang menarik untuk dilawati antaranya : • Sejarah Gerakan Koperasi Dunia. • Cetusan koperasi Tanah Melayu. • Kronologi Gerakan Koperasi. • Kementerian, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia. • Penubuhan ANGKASA. • Kepimpinan ANGKASA. • Pak Ungku Wira Koperasi Negara. • Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA. • Baju Batik Rasmi ANGKASA. • Majalah PELANCAR. • Sejarah Awal Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia. • Biro Perkhidmatan ANGKASA. • Dokumen Koperasi. • Petanq Sukan Rasmi ANGKASA • Artifak dan Peralatan Koperasi • Pameran Bertema. MUZIUM KOPERASI MALAYSIA ANGKASA
WAKTU LAWATAN : I snin – Khamis :
9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat :
9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari 2.30 petang hingga 5.00 petang (Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
36
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease