ANGKASA - Memperkasakan Rantaian Ekosistem Kredit Koperasi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) terus melaksanakan pelbagai inisiatif strategik dalam memperkasakan rantaian ekosistem kredit koperasi, sejajar dengan komitmen untuk meningkatkan daya saing serta kebolehpasaran sektor kewangan koperasi peringkat nasional. Ini selaras dengan peranan ANGKASA sebagai badan puncak pergerakan koperasi negara yang bertanggungjawab memelihara kepentingan koperasi-koperasi anggota, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi dan ketidaktentuan pasaran kewangan semasa. Pendekatan holistik yang diambil merangkumi pengukuhan struktur kewangan koperasi, peningkatan kecekapan pengurusan kredit, serta peluasan akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan yang lebih kompetitif. Kerjasama erat bersama pihak kerajaan serta agensi berkaitan turut memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda ini. Melalui sokongan dan penglibatan aktif dalam memperkukuh akses koperasi kepada pembiayaan yang lebih berdaya saing dan inklusif, ANGKASA optimis bahawa inisiatif ini boleh membuka lebih banyak peluang ekonomi baharu, sekali gus merancakkan pertumbuhan dan kelestarian sektor koperasi di Malaysia.
Langkah ini diharap dapat membentuk sebuah ekosistem kewangan koperasi yang lebih konsisten, realistik, dan mampan untuk jangka masa panjang.
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Kumpulan Kewangan Korporat
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
44
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease