Buku Transformasi ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi

SISTEM POTONGAN GAJI ANGKASA (SPGA)

Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) merupakan perkhidmatan pemotongan gaji automatik yang diurus sepenuhnya oleh ANGKASA sejak April 1977. SPGA memudahkan bayaran balik pinjaman, caruman koperasi, sumbangan dan komitmen bulanan secara terus melalui slip gaji. Menerusi sistem yang cekap dan telus, perkhidmatan ini menjamin bayaran yang konsisten, selamat dan mengurangkan risiko tunggakan. SPGA digunapakai secara

meluas oleh koperasi dan institusi kewangan. Selain memberi kemudahan, sistem ini juga merupakan penyelesaian strategik yang boleh memperkukuh kepercayaan dan kelestarian kewangan ahli.

Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA Kumpulan Kewangan Korporat Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 03-78008141 potongan@angkasa.coop

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

48

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease