Buku Transformasi ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi

TAKAFUL ANGKASA ANGKASA Takaful memberi peluang kepada koperasi dan syarikat terutama yang menggunakan perkhidmatan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) untuk mempelbagaikan pendapatan mereka melalui perniagaan takaful. Terdapat dua produk yang ditawarkan melalui kerjasama ini, iaitu: 1. Produk Skim Perlindungan MyAngkasa Plus Pelan perlindungan yang ditawarkan kepada koperasi dan syarikat untuk melindungi pembiayaan ahli selain menyediakan perlindungan tambahan yang bermanfaat kepada ahli dan waris.

2. ICOP Produk takaful am atas talian yang dibangunkan untuk anggota koperasi membuat pembelian atau pembaharuan takaful kenderaan dan lain-lain takaful am seperti kemalangan, kebakaran dan bencana alam selain menawarkan pembiayaan ke atas pembelian takaful tersebut. Kedua-dua produk ini boleh menjana pendapatan tambahan kepada koperasi dan syarikat selain memperkukuh kewangan anggota koperasi dan syarikat.

Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA Kumpulan Kewangan Korporat

Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 03-74548272 ekosistemkreditkewangan@ angkasa.coop

.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

53

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease