Buku Transformasi ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi

ANGKASA - Arus Perdana Pembangunan Perniagaan Koperasi

Peranan ANGKASA dalam membangun dan merangsang perniagaan gerakan koperasi di Malaysia adalah amat signifikan. Berasaskan kepada pencapaian yang memberangsangkan serta pelbagai inisiatif strategik yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan dan agensi, ANGKASA berada dalam kedudukan terbaik untuk memacu gerakan koperasi Malaysia kepada tahap lebih tinggi. Bagi tahun 2025, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memperuntukkan tambahan subsidi sebanyak RM10 juta bagi meneruskan pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM).

Program ini menyasarkan penglibatan 444 buah koperasi untuk mengambil bahagian. Penglibatan ANGKASA dalam Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) juga turut memberi impak yang berkesan kepada pembangunan perniagaan koperasi dalam komuniti. ANGKASA turut menekankan keperluan mengembangkan koperasi dalam bidang keusahawanan sosial. Pendekatan ini membolehkan koperasi bukan sahaja berfungsi sebagai entiti menjana keuntungan, malah juga memainkan peranan sosial yang kritikal dalam memperkasakan komuniti setempat. Koperasi bukan sahaja menjadi pelengkap kepada sistem ekonomi sedia ada, malah juga boleh menjadi alternatif yang lestari dan inklusif dalam menjana pertumbuhan ekonomi, memperkasa kesejahteraan masyarakat serta menyumbang kepada agenda pembangunan negara secara holistik.

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Kumpulan Perniagaan Koperasi

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

58

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease