ANGKASA telah diberi mandat oleh kerajaan bagi melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM). Pelaksanaan program tersebut dibuat hasil kerjasama ANGKASA dan Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di seluruh negara. Peruntukan subsidi PJRM yang diluluskan kepada koperasi outlet BA100 bertujuan untuk membiayai pengurangan harga barangan asas antara 20% hingga 30% sebagaimana yang ditetapkan oleh KPDN. PJRM juga membuka peluang ekonomi baharu kepada koperasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan jualan produk barangan asas di lokasi
masing-masing kepada komuniti setempat. Selain dapat dijual pada harga yang lebih berpatutan, PJRM juga menyediakan pelbagai pilihan produk asas yang menepati keperluan semasa pengguna.
Bahagian Perdagangan Komersial ANGKASA Kumpulan Perniagaan Koperasi C211, Blok C, Tingkat 1, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 0378846750 jualanrahmah@angkasa.coop
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
59
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease