Sidang Pengarang
Sadik, Amanah, Telus merupakan slogan yang menjadi teras kepada tadbir urus ANGKASA sebagai badan puncak pergerakan koperasi Malaysia. Amanah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui Warta Kerajaan pada 1996 perlu digalas sebaik mungkin bagi menjaga reputasi organisasi. Transformasi ANGKASA dilaksanakan sebagai usaha untuk memastikan kelestarian ANGKASA melaksanakan peranan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 8, Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA. Penerapan tadbir urus korporat yang berintegriti adalah penting memandangkan pemegang taruh koperasi adalah daripada pelbagai peringkat dan lapisan. Sistem penyeliaan dan kawalan rapi aktiviti organisasi dengan menggunakan pelbagai kaedah terkini, telah dilaksanakan secara tuntas. Tatanan ini akan menjadi model terbaik yang boleh dicontohi oleh koperasi anggota dalam menerapkan tadbir urus korporat terbaik koperasi. Pergerakan sosioekonomi dunia yang pantas dan kompleks perlu diadaptasi dengan cepat dan sistematik. Sumber daya manusia digembleng supaya sentiasa bersedia menerima perubahan drastik semasa. Pendekatan transformasi korporat ANGKASA tidak terkecuali.
Tuntutan untuk meningkatkan perolehan perlu diseimbangi dengan tuntutan Perkara 8 UUK, Garis Panduan dan Akta 502. Penyelarasan perlu sentiasa dibuat manakala seliaan terhadap semua aktiviti perniagaan dan tadbir urus haruslah berlandaskan pematuhan integriti menyeluruh. ANGKASA kini berada pada landasan terbaik untuk mencipta kejayaan demi
kejayaan sama ada peringkat domestik mahupun antarabangsa. Sumbangan sektor koperasi kepada KDNK yang meningkat setiap tahun menggambarkan sektor koperasi adalah wadah terbaik pembangunan ekonomi berasaskan kesatuan manusia
Halim Haji Ibrahim Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal
Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya
Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi
Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir
Dicetak Oleh ROZFA GROUP SDN BHD (202101022034 (1422334W)) A-G-13, Jalan 16B, Desa Permai, Taman Dato' Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
6
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease