Program Peruncitan dan PEMBORONGAN BARANG ASAS
Program BA100 digerakkan menerusi pelan pemasaran yang komprehensif melibatkan semua aktiviti perniagaan berasaskan produk peruncitan. Proses ini digerakkan secara bersepadu melalui sistem tempahan dan jualan secara dalam talian. Berteraskan kepada objektif untuk memperkasakan lagi penjenamaan peruncitan koperasi serta memenuhi keperluan asas rakyat dengan harga yang lebih berpatutan, inisiatif BA100 juga adalah bagi memastikan aktiviti jualan dan pemasaran koperasi dapat terus dilestarikan secara aktif, strategik dan efektif. Selain membuka peluang untuk koperasi memulakan perniagaan runcit serta menyediakan program bagi tujuan pemerkasaan kedai yang telah menyertai program ini, Program BA100 juga turut meneroka peluang perdagangan baharu daripada koperasi yang mengambil bahagian sebagai pengeluar atau pembekal.
Bahagian Perdagangan Komersial ANGKASA Kumpulan Perniagaan Koperasi C211, Blok C, Tingkat 1, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. 03-7884 6750 / 03-7800 9230
izatee@angkasa.coop azeelan@angkasa.coop
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
60
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease