Tanjong Waterfront Harbour Cruise (TWHC)
Projek Tanjong Waterfront Harbour Cruise (TWHC) memperkenalkan aktiviti perniagaan pelayaran dan perkhidmatan persiaran di persisiran pantai Pulau Pinang kepada pelancong melalui My Ancasa Travel Sdn. Bhd. (MATSB) dengan kerjasama rakan strategik Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau
Pinang (MPBPP) dan Koperasi PERDASAMA Pulau Pinang Berhad. ANGKASA melalui MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) yang merupakan syarikat pegangan pelaburan kepada ANGKASA dalam bidang perniagaan strategik koperasi akan terlibat dalam projek inkubator ini. TWHC berupaya: Menarik pelancong domestik
dan antarabangsa melalui pakej pelayaran bertema budaya dan santai. Menjana aliran tunai positif seawal tahun kedua dan mencapai ROI kompetitif dalam 5 ke 6 tahun. Mengukuhkan penjenamaan koperasi sebagai pemain industri pelancongan. Membuka ruang kerjasama strategik dengan agensi pelancongan, hotel dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ANGKASA akan memberi keutamaan kepada koperasi dalam pemilikan ekuiti di MATSB selaras dengan ‘Pelan Induk Strategi’ yang digariskan dalam PESAN 50.
Seksyen Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Bahagian Pembangunan Koperasi ANGKASA Kumpulan Pembangunan Koperasi Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.. En. Raja Indrazaman Shah (011-5661 5661)
Cik Norlaili Mansor (018-375 2204) sppdk2020.angkasa@gmail.com
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
63
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease