Pelan Pembangunan Ekosistem Industri Koko (Dalam Gerakan Koperasi) telah dihasilkan dengan objektif utama untuk meningkatkan pembukaan kawasan tanaman koko dan membuka peluang perniagaan baharu kepada koperasi dalam pemasaran produk hiliran berasaskan koko. Koperasi yang mempunyai kawasan tanah kosong dan bersesuaian boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada ANGKASA berkaitan potenasi penanaman dan pemasaran koko. ANGKASA menawarkan anak pokok koko secara percuma untuk ditanam oleh koperasi dengan jaminan belian balik hasil biji koko kering oleh ANGKASA bagi tujuan penghasilan Coklat ’Single Origin’ mengikut lokaliti penanaman koko oleh koperasi. PELAN PEMBANGUNAN EKOSISTEM INDUSTRI KOKO
Projek Pusat Pemprosesan Coklat ’Buatan Tangan’ dan ’Single Origin’ yang beroperasi di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Kuala Lumpur merupakan pusat pengeluaran coklat pelbagai segmen produk yang boleh ditawarkan kepada koperasi untuk memasarkan produk hiliran koko ini dengan jenama ’Roshe Velle’. Terdapat produk ’Real Chocolate’ iaitu Coklat Gelap dan Coklat Susu menggunakan konsep ‘Bean to Bar’ dan juga ’Produk konfesinari’ iaitu Strawberry Nougat dan Caramel Toffee. Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Inkubator Koko iaitu
Seksyen Projek Perladangan, Bahagian Pertanian Asas Tani dan Perladangan ANGKASA Unit 411, Block C, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 43100 Petaling Jaya, Selangor. 03-7884 6712 / 019-6261245
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
65
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease