Buku Transformasi ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi

KERJASAMA PERNIAGAAN BERSAMA KOPERASI

MYANGKASA Dialisis Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat bawah ANGKASA, membuka peluang kerjasama kepada koperasi di seluruh negeri dalam bidang penyediaan perkhidmatan rawatan dialisis. Kerjasama ini bertujuan untuk mengembangkan rangkaian pusat dialisis sambil memperkukuhkan peranan koperasi dalam sektor kesihatan dan kebajikan masyarakat. Melalui kerjasama ini, koperasi boleh terlibat dalam dua bentuk utama: Penyertaan Ekuiti (Pelaburan Syer) Koperasi ditawarkan peluang untuk memiliki syer dalam MYANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. sebagai pelabur rakan kongsi. Penyertaan ini membolehkan koperasi mendapat pulangan pelaburan melalui dividen tahunan serta terlibat dalam pengembangan perniagaan secara langsung. Pembukaan Pusat Dialisis Baharu secara Usahasama MYANGKASA Dialisis dan koperasi boleh membangunkan pusat dialisis baharu secara bersama. Dalam model ini, koperasi menyediakan premis, sumber tenaga kerja tempatan atau sokongan logistik manakala MYANGKASA C: 82 M: 31 Y: 99 K: 20 #32743A C: 22 M: 17 Y: 18 K: 0 #C7C6C5 C: 81 M: 45 Y: 95 K: 52 #204422 C: 43 M: 33 Y: 36 K: 1 #989C9A

Dialisis menyediakan kepakaran teknikal, lesen operasi, peralatan perubatan dan pengurusan klinikal. Kerjasama ini membolehkan koperasi menjana pendapatan berterusan dan pada masa yang sama, dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.

SILA HUBUNGI : MYANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. Suite 310 & 311, Blok A, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/3 Kelana Jaya 47301, Petaling Jaya 03-7884 6788 myangkasa.dialisis@gmail.com

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

66

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease