ANGKASA - PERIHATIN MASYARAKAT
Koperasi adalah sebuah entiti yang dimiliki dan dikawal oleh anggotanya yang beroperasi untuk kepentingan mereka dan mengamalkan demokrasi dalam pembuatan keputusan serta mempromosikan kepentingan sosioekonomi secara bersama. Usaha yang berterusan bagi melestarikan prinsip koperasi memerlukan kekuatan dan tahap keyakinan yang tinggi. Justeru, setiap anggota perlulah memahami tujuan utama menyertai koperasi dan bersama-sama memainkan peranan dalam menjulang konsep sosial yang terkandung dalam prinsip koperasi itu sendiri.
Selain itu, perkembangan sosioekonomi yang tampil dengan cabaran dan peluang boleh dijadikan sebagai asas kepada perlunya penglibatan signifikan oleh koperasi bagi mengimbangi kesulitan atau menjadi saluran kepada peluang-peluang ekonomi baharu. Ini sekali gus dapat membantu memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada setiap anggotanya. ANGKASA menjadi antara medan utama yang menggerakkan usaha melestarikan prinsip dan kelangsungan koperasi menerusi inisiatif korporat dan kemanusiaan. Pelbagai aktiviti dan program diatur dan dilaksanakan oleh ANGKASA dengan sokongan pelbagai agensi sebagai satu bentuk sumbangan kepada anggota koperasi dan masyarakat. Semuanya adalah demi merealisasikan prinsip yang dijunjung selain memberikan kemudahan, kesedaran, pendidikan dan keistimewaan selaras dengan matlamat penyertaan anggota dalam koperasi.
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran
74 Transformasi ANGKASA
PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease