Buku Transformasi ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi

ANGKASA – Fungsi dan Peranan Sebagai sebuah badan puncak yang diiktiraf oleh kerajaan untuk mewakili pergerakan koperasi di negara ini, fungsi dan peranan ANGKASA begitu signifikan kepada pembangunan koperasi. Selaras dengan persetujuan Aspirasi Koperasi Malaysia (ASKOM), penyelarasan fungsi dan peranan tiga institusi utama iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA yang menerajui pembangunan koperasi telah ditetapkan. Dalam konteks pembangunan perniagaan koperasi, ANGKASA telah merangka dan memperkenalkan beberapa strategi pemerkasaan projek untuk meningkatkan keupayaan perniagaan koperasi seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50). Projek Pemerkasaan Koperasi (CEP) dibahagikan kepada tiga model utama iaitu CEP1 iaitu projek yang diterokai dan diusahakan sendiri oleh ANGKASA sebelum dilibatkan koperasi untuk menyertainya. CEP2 memberi penekanan kepada meningkatkan kerjasama antara koperasi dalam perniagaan.

ANGKASA memainkan peranan sebagai pemudahcara dengan menubuhkan konsortium dan menyediakan model perniagaan untuk terlibat dalam perniagaan berskala besar dan berdaya saing tinggi. CEP3 pula meningkatkan perniagaan sesebuah koperasi dengan mempelbagaikan peluang perniagaan. Berdasarkan Statistik Keanggotaan ANGKASA yang diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga ANGKASA Bil. 10/2025 (Kewangan dan Perniagaan) pada 28 Mei 2025, sebanyak 11,619 buah koperasi telah berdaftar. Beberapa strategi telah dibangunkan untuk mencapai sasaran tersebut dan ANGKASA kini sedang bekerjasama dengan SKM untuk memastikan koperasi yang berdaftar pada tahun semasa mulai 2026 semuanya menjadi anggota ANGKASA.

Dr. Mohd Azlan Yahya Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Kumpulan Hubungan Strategik

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

8

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease