WADAH PELANCAR EDISI MEI 2025

Wadah

MEI 2025 JILID: WP07/5

http://pelancar.online

www.angkasa.coop

KDN PP19744/02/2023 (035373)

Program MADANI Rakyat Kukuhkan Peranan Keusahawanan

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Bertemakan 'Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan', Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 menjadi simbol komitmen kerajaan dalam menangani isu kemiskinan tegar secara mampan khususnya di kawasan luar bandar dan dalam kalangan B40. Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan Program MADANI Rakyat 2025 menekankan pemerkasaan rakyat melalui keusahawanan sebagai mekanisme strategik untuk membuka peluang pendapatan, mewujudkan pekerjaan serta menggalakkan mobiliti sosial. Katanya, Sabah memiliki potensi ekonomi yang besar dan berdaya saing jika pembangunan dilaksanakan secara menyeluruh dan inklusif, khususnya melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan menyeluruh dapat diperkasakan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri. Dato' Seri Anwar menyatakan demikian sewaktu merasmikan Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, Sabah pada 11 Mei 2025.

YAB Dato’ Seri Anwar berkata Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 menekankan keusahawanan sebagai kunci pemerkasaan rakyat dan lonjakan mobiliti sosial.

BERSAMBUNG DI MUKA 2

ACD 2025: Perluas Perdagangan C2C ke Peringkat Antarabangsa

Resolusi ACD 2025 Bakal Diserah kepada Kepengerusian ASEAN 2025

ACO Yakin Malaysia Boleh Angkat Isu Koperasi ke Peringkat Tertinggi ASEAN

3 muka

5

11

muka

muka

Sila Klik Kod QR untuk maklumat lanjut

INFO SEMASA

2

Wadah

MEI 2025

DARI MUKA 1

Beliau yang diiringi Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick telah disambut meriah oleh lebih 100,000 warga Tawau. Sambutan hebat tersebut jelas mencerminkan sokongan padu rakyat Sabah terhadap gagasan MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat dan perpaduan negara. Perdana Menteri turut menegaskan bahawa kerajaan komited untuk terus membela nasib rakyat Sabah melalui pendekatan inklusif berteraskan prinsip MADANI. Pelbagai inisiatif diumumkan termasuk pelancaran Program Solar MADANI untuk luar bandar, peruntukan RM10 juta untuk Tamu MADANI bagi membantu peniaga kecil, serta pelaksanaan 144 projek

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Peringkat Negeri Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Hadir sama ialah Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (dua dari kiri) , Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick (dua dari kanan), Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri sekali) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong (kanan sekali).

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) menunjukkan produk keluaran Koperasi Madina Sabah Berhad yang mengambil bahagian dalam Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah yang turut dihadiri Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul (empat dari kiri).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkesempatan bertemu YAB Dato' Seri Anwar dalam majlis penutupan.

komuniti setempat. Melalui jaringan koperasi di seluruh negara, rakyat dapat menikmati perkhidmatan dan barangan pada harga berpatutan serta berkualiti. Beliau juga menyarankan agar semua koperasi meningkatkan daya saing dan tadbir urus bagi memastikan mereka terus relevan dalam landskap ekonomi semasa. Dengan penglibatan aktif dalam PMR 2025, koperasi diyakini boleh

pembangunan bernilai RM14 bilion di Sabah termasuk penaiktarafan kemudahan kesihatan dan pelabuhan. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika ditemui wakil PELANCAR berkata, koperasi memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat PMR 2025 dengan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi

menjadi tulang belakang ekonomi rakyat secara mampan. Barisan kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

3

ACD 2025: Perluas Perdagangan C2C ke Peringkat Antarabangsa

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (tengah) bergambar bersama tetamu kenamaan dan delegasi luar dan dalam negara pada Opening Ceremony ASEAN Co- operative Dialogue 2025 (ACD 2025) bertempat di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 13 Mei 2025.

seterusnya membuka pintu kepada peluang jangka panjang untuk bekerjasama dengan pihak luar negara dalam perdagangan dan pembangunan ekonomi. Demikian dinyatakan oleh Datuk Ewon dalam Sidang Media ketika Opening Ceremony ASEAN Co-operative Dialogue 2025 (ACD 2025) bertempat di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 13 Mei 2025. Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis berkenaan, beliau menyatakan sudah tiba masanya bagi kerajaan ASEAN mengambil langkah berani mengintegrasikan koperasi ke dalam strategi ekonomi serantau. Menurutnya, ASEAN Co-operative Organization (ACO) telah menjadi platform serantau yang menyatukan gerakan koperasi yang terdiri daripada negara anggota ASEAN iaitu berfungsi sebagai jambatan kolaboratif,

Oleh: WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan terus memperluas jaringan perdagangan koperasi ke koperasi (C2C) bagi meningkatkan keupayaan produk dan perkhidmatan koperasi menembusi pasaran global. Menterinya, YB Datuk Ewon Benedick berkata, KUSKOP mahu melihat usaha tersebut dipergiat supaya capaian pasaran produk dan perkhidmatan koperasi yang ditawarkan ke luar negara dapat meningkatkan perolehan koperasi, sekali gus meletakkan sektor koperasi setanding dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Katanya, jaringan perdagangan C2C bukan sahaja dapat meningkatkan reputasi koperasi pada peringkat antarabangsa, malah juga berupaya meningkatkan kepercayaan pihak luar

YB Datuk Ewon ketika berucap pada Opening Ceremony ASEAN Co-operative Dialogue 2025 (ACD 2025).

Dari Meja Presiden

ASEAN Co-operative Dialogue (ACD 2025) boleh menjadi pencetus kepada perkembangan ekonomi koperasi yang lebih positif. Menerusi kesepakatan yang terbina, limpahan peluang ekonomi baharu kepada koperasi kini semakin terbuka luas. ACD 2025 juga membuka ruang kepada koperasi di Malaysia untuk meningkatkan kapasiti jualan, sekali gus membolehkan lebih banyak produk dan perkhidmatan koperasi dapat diperkenalkan dalam pasaran antarabangsa. Kesempatan dalam merayakan sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa dan Kepengerusian ASEAN 2025 wajar diambil oleh koperasi dengan memperkenalkan produk dan perkhidmatan kepada dunia luar. Melaluinya juga, kesempatan untuk membuat

pameran jualan secara langsung dengan kos pengurusan yang rendah terbuka kepada mana-mana produk atau perkhidmatan koperasi yang layak. ANGKASA sentiasa bersedia untuk membawa produk yang layak bagi diperkenalkan di luar negara. Justeru, usaha bagi meningkatkan kualiti serta spesifikasi produk perlulah diberi penekanan serius oleh koperasi supaya dapat memenuhi piawaian eksport. Ayuh! Kuatkan semangat dan usaha kita. Semoga lebih banyak produk koperasi di Malaysia mencapai standard yang tinggi dan diterima dalam pasaran antarabangsa.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

4

YB Datuk Ewon (tiga dari kanan) berkesempatan melawat reruai 'Malaysia Coop Plate' oleh ANGKASA. Turut sama ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud (dua dari kanan), Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak (empat dari kanan) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kanan sekali).

Sebahagian daripada tetamu dan peserta yang hadir.

memudahkan pengetahuan, penyelarasan dasar dan program yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing koperasi. perkongsian “Malaysia, melalui kepimpinan ANGKASA akan terus bekerjasama erat dengan rakan ASEAN untuk memperkasakan perniagaan koperasi, berkongsi kepakaran dan menyumbang ke arah rantau yang makmur hasil kerjasama dan perpaduan demi kemakmuran bersama,” ujarnya. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah memohon sokongan semua pihak supaya koperasi mendapat pengiktirafan lebih besar khususnya dalam pembangunan ekonomi ASEAN. Katanya, sokongan kerajaan negara ASEAN, badan induk koperasi dan penggubal dasar penting bagi mengangkat ACO menjadi entiti ASEAN yang diiktiraf sebagai pembuat keputusan ASEAN, membentuk dasar dan memastikan koperasi menerima manfaat yang sewajarnya. Justeru, beliau mahu penubuhan Mesyuarat Menteri Koperasi ASEAN (ACMM) menyediakan platform rasmi kepada koperasi sebagaimana yang dinikmati oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Seramai250jemputanterdiridaripadadelegasi tempatan dan luar negara melibatkan pemimpin koperasi, pembuat dasar dan pemegang taruh gerakan koperasi di rantau ASEAN hadir pada majlis tersebut. Hadir sama ialah, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Sabah, YB Datuk Phoong Jin Zhe, Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Keusahawanan Koperasi Negeri Pahang, YB Datuk Amizar Abu Adam dan barisan pegawai-pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi. Program ACD 2025 bertemakan ‘Cooperatives Build a Better World’ atau 'Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat' sempena Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa dan Kepengerusian ASEAN 2025 itu mengumpulkan sejumlah 150 peserta antarabangsa melibatkan lapan negara anggota ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Brunei, Kemboja dan Timor Leste serta negara jemputan khas iaitu China, Australia dan Azerbaijan berkumpul bagi meningkatkan status dan kerjasama serantau

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (enam dari kanan), YB Datuk Ewon (tengah) dan Dato' Sri Khairul Dzaimee (empat dari kiri) memotong pulut kuning sempena Ulang Tahun ANGKASA Ke-54.

YB Datuk Ewon (empat dari kanan) dan tetamu kenamaan mengunjungi reruai milik negara Thailand yang mengambil bahagian dalam ASEAN Co-operative Product Showcase . Turut sama ialah Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) , Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) (kiri sekali) dan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar (kanan sekali).

Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Wakil KUSKOP, Encik Azizul Alias dan Wakil Kementerian Kewangan, Encik Ezleezan Othman, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, Wakil Sektor Wanita, Hajah Noorizan Abd. Latif, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi)ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan Penasihat Korporat (Sektor Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin serta barisan pengurusan tertinggi ANGKASA yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

dalam rangka kerja ekonomi ASEAN. Program yang julung kalinya dilaksanakan oleh ANGKASA sebagai Sekretariat ACO dengan kerjasama KUSKOP serta rakan strategik SKM dan IKMa tersebut juga bertujuan menyediakan platform dialog strategik antara sektor koperasi dengan kerajaan negara anggota ASEAN bagi mewujudkan jaringan memperkukuh integrasi ekonomi melalui melalui gerakan koperasi. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman

5

Resolusi ACD 2025 Bakal Diserah kepada Kepengerusian ASEAN 2025

Oleh: WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Gerakan koperasi di rantau ASEAN mencipta detik bersejarah pada 14 Mei 2025 apabila penganjuran program ASEAN Co-operative Dialogue 2025 (ACD 2025) yang julung kalinya diadakan bersempena Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa dan Kepengerusian ASEAN 2025 menyaksikan penyerahan resolusi ACD 2025 secara rasmi kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan. Penyerahan resolusi ini hasil daripada suara gerakan koperasi di peringkat rantau ASEAN dan telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pada Majlis Penutupan Gala Dinner ASEAN Co-operative Dialogue (ACD 2025) bertempat di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 14 Mei 2025. Resolusi yang mengandungi empat perkara itu bakal diserahkan secara rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Kepengerusian ASEAN 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei 2025. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Secretary of State for Co-operatives Timor Leste , Tuan Yang Terutama (TYT) Arsenio Pereira da Silva, Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia Pasifik (ICA-AP), Mr. Balasubramanian (Balu) G. Iyer, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan barisan pegawai-pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan Resolusi ASEAN Co-operative Dialogue 2025 (ACD 2025) kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan pada Majlis Penutupan Gala Dinner ACD 2025 di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 14 Mei 2025.

Penyerahan resolusi tersebut kepada kerajaan adalah sebagai bukti mewakili suara gerakan koperasi di peringkat rantau ASEAN dalam menyatakan pendirian teguh terhadap keperluan dan kehendak sebenar menjadikan gerakan sebagai keutamaan dalam perancangan pembangunan ekonomi serantau. Selain itu, dokumen rasmi berkenaan juga turut meletakkan gerakan koperasi pada peringkat yang lebih tinggi dalam agenda ASEAN, sekali gus membuka lebih banyak peluang kolaborasi ekonomi rentas sempadan yang lebih terbuka, berdaya tahan, inklusif dan strategik. Dato’ Sri Ramanan dalam ucapan penutupannya menyatakan, beliau berbangga dengan pencapaian gerakan koperasi di Malaysia sebagai antara pemain utama dalam landskap ekonomi negara dan rantau ASEAN, meliputi sumbangan dalam

sektor pertanian, kewangan, pendidikan dan perkhidmatan dalam memupuk penyertaan ekonomi yang adil dan saksama. “Sebagai tuan rumah Kepengerusian ASEAN 2025, Malaysia berbangga untuk memperlihatkan kepimpinan dalam memperjuangkan koperasi sebagai pemacu utama kepada transformasi sosioekonomi. Tambahan pula, Pelan Tindakan ASEAN untuk koperasi adalah kerangka penting yang menjadi asas kepada pengukuhan sektor koperasi di seluruh Asia Tenggara, sejajar dengan Pelan Induk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang menjadi visi kolektif bagi integrasi ekonomi serantau,” ujarnya. Seramai 500 tetamu jemputan hadir terdiri daripada delegasi tempatan dan luar negara iaitu melibatkan wakil badan induk koperasi kebangsaan (apex bodies) , wakil Pendaftar Koperasi negara ASEAN, wakil kementerian/ agensi kerajaan berkaitan koperasi, pemimpin koperasi peringkat nasional dan serantau serta tokoh-tokoh penting koperasi antarabangsa, termasuk perwakilan daripada ICA-AP.

YB Dato’ Sri Ramanan (tengah) dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tiga dari kanan) bersama tetamu kenamaan lain dalam Majlis Penutupan Gala Dinner ASEAN Co-operative Dialogue (ACD 2025). Turut sama ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud (tiga dari kiri), Secretary of State for Co-operatives Timor Leste , Tuan Yang Terutama Arsenio Pereira da Silva (dua dari kiri), Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik, Mr. Balasubramanian (Balu) G. Iyer (dua dari kanan), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) (kiri sekali) dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor (kanan sekali).

6

Resolusi ACD2025

MUKADIMAH Koperasi merupakan platform sosioekonomi yang penting dalam meningkatkan taraf hidup komuniti dan mewakili satu sektor unik yang bersepadu dengan masyarakat setempat. Bukti menunjukkan bahawa gerakan koperasi merupakan penyumbang besar kepada KDNK negara. Walau bagaimanapun, sektor koperasi kurang diwakili dalam Pelan Induk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Dokumen tersebut seolah-olah memberi gambaran yang tidak tepat dengan hanya menyebut koperasi dalam konteks sektor pertanian, walhal penglibatan koperasi adalah lebih meluas. Oleh itu, koperasi perlu diiktiraf dalam Pelan Induk AEC sebagai salah satu pemacu utama pembangunan ekonomi di rantau ini. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 300,000 koperasi dengan 65.7 juta anggota di rantau ASEAN daripada jumlah keseluruhan populasi seramai 640 juta. Maka, sektor koperasi berhak mendapat layanan yang setara dengan sektor ekonomi yang lain.

Melalui ACD2025, kami bersetuju untuk merumuskan empat (4) resolusi penting bagi memperkukuh kedudukan gerakan koperasi dalam kalangan komuniti ASEAN.

RESOLUSI 1 MENGINSTITUSIKAN PERTUBUHAN KOPERASI ASEAN ( ASEAN CO-OPERATIVE ORGANIZATION ) SEBAGAI SEKRETARIAT RASMI UNTUK MENERAJUI GERAKAN KOPERASI DI ASEAN ACO akan melaksanakan pelbagai peranan, yang tertumpu kepada pelaksanaan dasar koperasi ASEAN-global, menggalakkan rangkaian strategik dan kerjasama serantau, serta menyokong pelbagai aktiviti koperasi antara negara ASEAN. Ini termasuk penubuhan Jawatankuasa ASEAN bagi Promosi dan Kemajuan Koperasi (COPAC@ASEAN). Peranan ini merangkumi pengiktirafan kejayaan; mempromosikan perdagangan intra-ASEAN (atau rentas sempadan); dan memperkukuh ekosistem keusahawanan koperasi global. RESOLUSI 2 MENUBUHKAN KEMENTERIAN KHUSUS ATAU BADAN KEBANGSAAN DI PERINGKAT NEGARA UNTUK KOPERASI Peranan ini merangkumi pembangunan dasar, penggubalan peraturan, penjajaran strategik dengan keutamaan serantau bawah Wawasan Komuniti ASEAN 2025, memartabatkan gerakan koperasi dalam arus perdana, serta menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat. RESOLUSI 3 MENGIKTIRAF GERAKAN KOPERASI SEBAGAI ENJIN PERTUMBUHAN EKONOMI-KEMANUSIAAN DI NEGARA-NEGARA ASEAN Ini termasuk pembangunan rangka kerja kemampanan sosioekonomi koperasi ASEAN yang inklusif oleh ACO. Ini selari dengan falsafah koperasi yang menggalakkan daya tahan dan kebolehsuaian komuniti terhadap cabaran global. Rangka kerja ini akan mengenal pasti faktor utama penyampaian termasuk pemupukan nilai dan membolehkan pengukuran impak melalui: • Pendidikan • Transformasi dan inovasi digital • Modal dan pembiayaan mampan • Model perniagaan koperasi yang betul • Kerjasama strategik • Memanfaatkan sumber tempatan • Pemberdayaan komuniti

RESOLUSI 4 MENUBUHKAN INSTITUT KEPIMPINAN KOPERASI ASEAN

Institut ini memainkan peranan bagi memperkukuhkan kepimpinan koperasi, pembangunan kapasiti dan penglibatan. Ini termasuk pembangunan pemimpin koperasi, memperkasakan pembangunan dan penglibatan belia, wanita dan golongan terpinggir dalam gerakan koperasi, serta mobiliti bakat merentasi negara anggota ASEAN.

7

Pameran Produk Koperasi Sempena ACD 2025

Oleh: MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Lebih 200 jenis produk koperasi dari lima buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Timor Leste dipamerkan sempena ASEAN Cooperative Dialogue 2025 ( ACD 2025) di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor dari 13 hingga 14 Mei 2025.

YB Datuk Ewon (tengah) ketika melawat reruai koperasi dari Vietnam yang turut disertai Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) (kiri sekali) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (tiga dari kiri) ketika melawat reruai koperasi dari Timor Leste yang mempamerkan pelbagai produk kraf tangan.

YB Datuk Ewon (tengah) menunjukkan produk keluaran koperasi dari Thailand. Turut sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak (kiri sekali) dan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar (kanan sekali).

Antara produk koperasi Malaysia yang dibangunkan oleh ANGKASA.

Institut Koperasi Malaysia turut berkongsi maklumat mengenai program pendidikan dan biasiswa yang ditawarkan oleh mereka.

Pengunjung berkesempatan mendapatkan maklumat mengenai produk keluaran koperasi dari Indonesia.

8

ASEAN Cooperative Forum Serlah Peranan Koperasi sebagai Pemacu Ekonomi Serantau

Barisan panelis yang berkongsi pandangan dalam forum satu (dari kiri) Pakar Pembangunan Perniagaan Koperasi dari Cooperative Promotion Department (CPD) (Thailand), Ms. Ubonwan Pattanalap, Pengarah Kumpulan Hubungan Luar CPD, Dr. Jedsadaporn Sathapatyanon dan Pengurus Pejabat Pengurusan Projek, Kementerian Koperasi Republik Indonesia, Mr. Ilham Nasai serta Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad, Dr. Hajah Hayati Md Salleh sebagai moderator.

Pengerusi Koperasi Kebuniti Selangor Berhad, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (kanan) menjadi moderator untuk forum kedua menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama, Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar (kiri) dan Ketua Kumpulan dari The Cooperative Academy of National Confederation of Cooperative (Filipina), Mr. Glenn M. Medez.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

berkesan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah. Forum kedua, bertajuk 'Sustainable Growth of Regional Cooperatives: The Power of the Cooperative Business Model' , memberi tumpuan kepada kekuatan dan keunikan model perniagaan koperasi yang bukan sahaja berdaya tahan, malah menjadi tunjang utama kepada kelestarian dalam ekonomi komuniti. Sesi tersebut menampilkan Pengerusi Koperasi Kebuniti Selangor Berhad, Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai moderator dan barisan panelis terdiri daripada Ketua Kumpulan dari The Cooperative Academy of National Confederation of Cooperative (Filipina), Mr. Glenn M. Medez dan Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama, Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar. Mereka berkongsi pengalaman dan kejayaan dalam memperkukuh struktur koperasi melalui inovasi, tadbir urus yang cekap serta keterlibatan komuniti. Turut diketengahkan ialah cabaran dihadapi oleh koperasi yang menghalang pertumbuhan dan kelestarian mereka, di samping strategi utama ke arah pembangunan koperasi yang mampan. Forum ketiga yang bertajuk 'Way Forward for Cooperatives in ASEAN' pula meninjau arah tuju koperasi serantau dalam mendepani cabaran global. Moderatornya, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan

ASEAN Cooperative Forum 2025 yang berlangsung sempena ASEAN Cooperative Dialogue 2025 (ACD 2025) pada 13 Mei 2025 menyerlahkan peranan gerakan koperasi ASEAN sebagai pemacu transformasi ekonomi serantau ke arah pembangunan yang lebih adil, inklusif dan lestari. Sebanyak tiga forum telah berlangsung yang menghimpunkan pemimpin koperasi, ahli akademik, pakar dan penggubal dasar di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor. Forum pertama bertajuk 'Stronger Together: How Cooperatives Make ASEAN a Better Place by Eradicating Poverty' memberi tumpuan kepada peranan besar gerakan koperasi dalam membasmi kemiskinan di peringkat serantau. Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad, Dr. Hajah Hayati Md Salleh bertindak sebagai moderator bagi sesi itu yang turut menampilkan tiga panelis antarabangsa. Barisan panelis yang berkongsi pandangan ialah Pakar Pembangunan Perniagaan Koperasi dari Cooperative Promotion Department (CPD) (Thailand), Ms. Ubonwan Pattanalap, Pengarah Kumpulan Hubungan Luar CPD, Dr. Jedsadaporn Sathapatyanon dan Pengurus Pejabat Pengurusan Projek, Kementerian Koperasi Republik Indonesia, Mr. Ilham Nasai. Ketiga-tiga panelis berkongsi pendekatan dan inisiatif negara masing-masing dalam menjadikan koperasi sebagai instrumen

Usahawan dan Koperasi, Encik Azizul Alias mengetuai panel yang dibarisi oleh Profesor Ekonomi selaku Pengarah Institut Pembangunan & Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali dan Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik, Mr. Balasubramanian (Balu) G. Iyer. Perbincangan menjurus kepada keperluan memperkukuh dasar sokongan terhadap gerakan koperasi, mempengaruhi hala tuju dasar berkaitan koperasi di peringkat serantau, mempromosikan identiti koperasi serta memperbaiki persepsi umum terhadap peranan koperasi dalam ekonomi moden. Selain itu, turut dibincangkan ialah kepentingan menggalakkan kerjasama perdagangan dan kewangan antara koperasi merentas sempadan ASEAN sebagai langkah memperkasa jaringan ekonomi koperasi yang lebih luas dan berdaya saing. Sementara itu, turut berlangsung majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara ASEAN Co-operative Organization (ACO) dengan China-ASEAN Chamber of Agricultural Commerce (CACAC). ACO diwakili oleh Presidennya merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah manakala CACAC diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Mr. Xu Mingfeng. MoU itu mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan pertanian, pembangunan koperasi dan peningkatan kapasiti di seluruh rantau China-ASEAN. Usaha tersebut sejajar dengan matlamat forum yang memberi penekanan kepada pembentukan kerjasama praktikal dalam menyokong pertumbuhan dan integrasi koperasi dalam komuniti ASEAN secara menyeluruh. Forum ketiga menampilkan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Encik Azizul Alias (kanan) sebagai moderator serta panelis iaitu Profesor Ekonomi selaku Pengarah Institut Pembangunan & Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali (kiri) dan Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik, Mr. Balasubramanian (Balu) G. Iyer.

9

ACHLD 2025 Buka Ruang Dialog Tangani Isu Kritikal Koperasi ASEAN

sebagai medium pembangunan serantau yang menyeluruh dan saksama. Katanya, sebagai peneraju ASEAN ketika ini, Malaysia memberi tumpuan kepada agenda kemakmuran bersama dan pembangunan seimbang, termasuk transformasi digital, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi inklusif. Pendekatan itu menepati hasrat membentuk komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan dan padu. Beliau turut menekankan keperluan data berasaskan bukti (evidence-based data) bagi menyokong pengiktirafan koperasi di peringkat Komuniti Ekonomi ASEAN. Ini merupakan antara tanggungjawab utama buat ASEAN Co-operative Organization dalam memacu agenda ‘New Delhi Action Agenda on the Future of Cooperatives: Creating Prosperity for All’. Turut berlangsung sesi perbincangan ‘Building a Better World: Inclusivity and Sustainability of the Cooperative Agenda in ASEAN’ yang dikendalikan oleh Naib Presiden AustCham ASEAN, Mr. Nordin Abdullah sebagai moderator dan menampilkan kedua-dua pembentang utama, iaitu Mr. Balu Iyer dan Mr. Robby Tulus sebagai panelis. Perbincangan itu memberi ruang kepada pertukaran pandangan yang dinamik antara panelis dengan peserta, menyentuh pelbagai isu kritikal antaranya keperluan menyelaras dasar koperasi di peringkat serantau dan meningkatkan keterlihatan sumbangan koperasi terhadap agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Mr. Balu menekankan bahawa gerakan koperasi perlu lebih proaktif dalam mengetengahkan kisah kejayaan mereka. “Saya sering dengar bahawa koperasi seperti malu untuk menceritakan kisah kejayaan mereka — sudah tiba masanya untuk mengubah perkara ini dan menunjukkan kepada dunia bahawa koperasi adalah sebahagian daripada penyelesaian global,” jelas beliau. Sementara itu, Mr. Robby pula menegaskan pentingnya keterangkuman dalam setiap dasar dan inisiatif koperasi di rantau ini, terutamanya dalam memastikan suara komuniti akar umbi didengar dan diambil kira. Beliau turut menyeru agar koperasi memainkan peranan lebih besar dalam menyokong pembangunan wilayah yang kurang membangun serta memperkukuh jaringan kerjasama rentas sempadan bagi mempercepat transformasi ekonomi serantau yang lebih adil dan saksama. Tambah beliau, koperasi

ASEAN Cooperative High-Level Discussion 2025 (ACHLD 2025) yang menampilkan panelis iaitu Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik, Mr. Balasubramanian (Balu) G. Iyer (kiri) dan Penasihat Utama National Federation of People-Based Cooperative Enterprises (Indonesia), Mr. Robby Tulus (kanan) serta Naib Presiden AustCham ASEAN , Mr. Nordin Abdullah sebagai moderator.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

kenaikan harga barangan keperluan. Bermula dengan sebuah pasar raya koperasi, FairPrice kini berkembang menjadi peruncit terbesar di Singapura dengan hasil tahunan mencecah USD3.83 bilion dan mengendalikan lebih sejuta transaksi pelanggan setiap hari. Beliau turut menyentuh peranan koperasi dalam kerja-kerja sosial seperti Japanese Health and Welfare Co-operative Federation (HeW Co- op) , sebuah persekutuan koperasi kebajikan dan kesihatan di Jepun yang ditubuhkan pada tahun 2010. HeW Co-op menghimpunkan koperasi- koperasi kesihatan di seluruh Jepun yang menjalankan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan komuniti, promosi gaya hidup sihat, pencegahan penyakit serta sokongan kepada warga emas melalui pendekatan berasaskan komuniti. Beliau juga menyentuh pengiktirafan kerajaan terhadap koperasi di beberapa negara seperti Malaysia, India, Fiji, Sri Lanka dan Filipina — menandakan koperasi kini semakin diarusperdanakan sebagai entiti perniagaan sah, sahih dan strategik. Ucapan dasar kedua pula disampaikan oleh Penasihat Utama National Federation of People-Based Cooperative Enterprises (Indonesia), Mr. Robby Tulus bertajuk 'Sustainability & Inclusivity in ASEAN Community Through Cooperatives'. Beliau menyorot perjalanan penting gerakan koperasi ASEAN yang telah melangkah jauh sejak pelaksanaan pelan tindakan ‘ASEAN 2025: Forging Ahead Together’, serta menyeru agar koperasi kekal

ASEAN Cooperative High-Level Discussion 2025 (ACHLD 2025) telah berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 14 Mei 2025 sebagai salah satu acara utama dalam rangka ASEAN Cooperative Dialogue 2025 (ACD 2025). Perbincangan berprofil tinggi itu menghimpunkan pemimpin koperasi dari pelbagai negara ASEAN bagi memperkukuh peranan gerakan koperasi dalam menjayakan agenda pembangunan mampan dan inklusif serantau. Majlis pembukaan dimulakan dengan ucapan dasar oleh Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik, Mr. Balasubramanian (Balu) G. Iyer menerusi tajuk 'Cooperatives Build a Better World'. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa koperasi masa kini bukan sekadar menumpukan kepada aktiviti ekonomi, malah menjadi penyumbang utama kepada kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar. Antara contoh yang

dikongsi termasuk FairPrice , yang diasaskan oleh National Trades Union Congress dari Singapura — koperasi yang

masa kini perlu lebih jelas dalam mempersembahkan tawaran nilai (value propositions) masing- masing — bukan sahaja kepada anggotanya, malah kepada masyarakat umum, pelabur dan pembuat dasar.

ditubuhkan pada tahun 1971 bagi menangani isu

Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi dari Universiti Malaysia Kelantan ketika menyuarakan pandangannya.

Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan mengambil peluang bertanya soalan.

10

Menteri KUSKOP dan Presiden ANGKASA Terima Kunjungan Hormat Delegasi ASEAN dan Arab Saudi

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak (lima dari kanan) bergambar bersama delegasi Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi yang diketuai oleh Timbalan Setiausahanya, Mr. Ahmed Saleh Al-Majed (lima dari kiri).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (lima dari kanan) telah menerima kunjungan hormat delegasi Timor Leste yang diketuai Secretary of State for Co- operatives, Tuan Yang Terutama Arsenio Pereira da Silva (empat dari kanan) di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 13 Mei 2025.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah National Commission on Muslim Filipinos , Ms. Saleha Sacar (dua dari kanan).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama Pengerusi Co-operative League of Thailand , Mr. Poramate Intarachumnum (kanan) selepas mengadakan pertemuan dua hala.

Delegasi Indonesia yang diketuai Wakil Usahawan Indonesia, Ibu Sartika Putri (dua dari kanan bergambar bersama Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tiga dari kanan).

Pengarah Halal Vietnam , Mr. Abdul Malik (tengah) berkongsi pandangan dan maklumat tentang perancangan dan aktiviti koperasi di negaranya dengan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Sesi perbincangan antara Ahli Lembaga Singapore National Co-operative Federation , Mr. Mike Chian dengan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

11

ACO Yakin Malaysia Boleh Angkat Isu Koperasi ke Peringkat Tertinggi ASEAN

Mesyuarat Agung Tahunan ASEAN Co-operative Organization (ACO) yang telah diadakan di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya Selangor pada 12 Mei 2025 dipengerusikan oleh Pengerusi ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah .

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

ASEAN Co-operative Organization (ACO) menaruh kepercayaan penuh kepada kerajaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN ketika ini, untuk mengetengahkan isu serta peranan sektor koperasi ke peringkat tertinggi Komuniti ASEAN. Negara-negara anggota ACO juga sebulat suara menyatakan sokongan untuk memperkukuh peranan gerakan koperasi dalam rangka kerja serantau ASEAN, sekali gus mengangkat agenda koperasi ke peringkat komuniti rantau itu. Demikian dinyatakan oleh Presiden ACO, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam sidang media sempena Mesyuarat Agung Tahunan ACO yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 12 Mei 2025. “Kita mahu peranan koperasi diangkat setaraf dengan sektor lain dalam pembangunan serantau dan menjadi ‘enjin ketiga’ dalam menjana pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara ASEAN,” katanya. Ujarnya lagi, sokongan tersebut mencerminkan komitmen bersama untuk memperjuangkan pengiktirafan koperasi sebagai pemacu ekonomi serantau, menyeru agar koperasi diberikan layanan yang adil dalam dasar dan polisi nasional serta serantau, menyokong ACO sebagai entiti koperasi pusat dalam ASEAN dan memperkukuh kerjasama serantau di bawah penyelarasan ACO. Beliau yang juga Presiden ANGKASA turut menyuarakan harapan agar lebih 300,000 koperasi di seluruh ASEAN yang mewakili sekitar 65.7 juta ahli dapat terus diperkasakan. "Ini selaras dengan peranan besar gerakan koperasi yang menyumbang antara tiga hingga lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN — bersamaan antara US$111 bilion hingga US$185 bilion daripada jumlah keseluruhan KDNK ASEAN pada tahun 2024 yang berjumlah US$3.67 trilion," jelasnya.

Mesyuarat Agung Tahunan ACO dihadiri oleh 26 individu yang mewakili anggota dan rakan sekutu ACO dari lapan negara anggota ASEAN terdiri daripada Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Timor Leste.

Mesyuarat Agung Tahunan ACO dihadiri oleh 26 individu yang mewakili anggota dan rakan sekutu ACO dari lapan negara anggota ASEAN terdiri daripada Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Timor Leste. Sebanyak 14 agenda telah dibentangkan dalam mesyuarat kali ini antaranya termasuk pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan ACO pada 6 Jun 2024, pembentangan laporan aktiviti dan program ACO dari Januari hingga Mei 2025 serta laporan kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2024. Turut dibentangkan ialah perkembangan terkini Program Jelajah ASEAN yang memberi tumpuan kepada advokasi dan penyampaian maklumat mengenai koperasi di peringkat serantau dan pembentangan mengenai penubuhan Jawatankuasa Sektoral ACO. Turut berlangsung ialah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) dengan Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) yang memfokuskan kepada kerjasama pengembangan perniagaan. MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi

Lembaga KKAIMB, Haji Saad Ishak manakala DEKOPIN diwakili oleh Timbalan Pengerusinya merangkap Naib Presiden 1 ACO, Dr. Agung Sudjatmoko. MoU itu merupakan batu loncatan kepada KKAIMB untuk memanfaatkan jaringan serta rangkaian DEKOPIN dalam usaha mengembangkan perniagaan berasaskan pelancongan yang sedang diteroka. Ia juga menjadi bukti bahawa kerjasama rentas sempadan antara koperasi mampu membawa manfaat dan kebaikan kepada koperator di Malaysia dan Indonesia. Hadir sama ialah Setiausaha Agung ACO merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Bendahari ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Ahli Jawatankuasa Kerja ACO, iaitu Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan Mr. Ahlai Muniandy, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Haji Ishak serta Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah.

RENCANA

12

Wadah

MEI 2025

Mencorak Pemikiran Koperasi Melalui Literasi Ilmu

Oleh: ZAHARATUL LAILI ZAKARIA Institut Koperasi Malaysia (IKMa)

yang berkesan. Dengan literasi ilmu yang baik, anggota koperasi dapat menyumbang secara aktif kepada perkembangan dan kemajuan koperasi mereka. Selain itu, literasi ilmu merupakan komponen penting dalam memperkasakan kepimpinan dan pengurusan koperasi. Anggota Lembaga koperasi misalannya perlu memperkukuh dan menguasai kemahiran pengurusan dan pentadbiran yang cekap agar isu-isu yang timbul dapat diatasi dan diselesaikan dengan segera. Hal ini kerana, anggota lembaga koperasi merupakan tunjang utama dalam kepimpinan sesebuah koperasi. Justeru, setiap pertimbangan atau keputusan yang diambil perlu difikirkan secara rasional dan kritis. Apabila literasi ilmu koperasi dikuasai dengan baik, bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, malah membantu pekerja dan pengurusan memahami prosedur serta peraturan dengan lebih jelas, selain memudahkan adaptasi teknologi terkini. Kesannya, sektor koperasi di Malaysia mampu berkembang sebagai salah satu sektor penting yang menyumbang secara signifikan kepada pembangunan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing. Memperkasakan Literasi Ilmu Koperasi Melalui Bahan Penerbitan Dalam konteks koperasi, penyebaran ilmu dititikberatkan melalui penganjuran kursus- kursus, seminar, kolokium, persidangan dan juga penerbitan bahan bacaan dan hasil penyelidikan. Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang merupakan pusat latihan dan pendidikan koperasi merupakan entiti yang berperanan menjalankan fungsi tersebut dengan melatih anggota koperasi dengan ilmu koperasi pada setiap tahun. Melalui pelbagai platform, anggota koperasi dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang seperti tadbir urus, pengurusan kewangan, pengurusan risiko, pemasaran produk dan lain- lain yang berkaitan. Selain itu, penerbitan bahan bacaan seperti buku, jurnal, buletin, majalah dan hasil penyelidikan menjadi sumber rujukan yang berterusan bagi anggota koperasi untuk mendalami ilmu koperasi secara efektif. Penyebaran ilmu melalui bahan penerbitan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman anggota terhadap prinsip dan nilai koperasi, malah turut membuka peluang untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik. Penerbitan buku, khususnya, menjadi salah satu medium yang penting dalam menyebarkan ilmu koperasi. Buku bukan sahaja memberikan maklumat yang komprehensif dan terperinci, malah juga menjadi rujukan kekal yang boleh dibaca berulang kali. Selain itu, buku yang ditulis melalui perkongsian pengalaman menjadikannya lebih menarik dan eksklusif kerana menghimpunkan sorotan pengalaman

yang dialami oleh penulis. Sebagai contoh, buku terbitan IKMa bertajuk ' Kisah Kejayaan Koperasi Dalam dan Luar Negara' menerbitkan koleksi perkongsian pengalaman para pegawai yang menyertai program sangkutan koperasi di luar negara seperti Jepun, Thailand, Korea, Indonesia dan Filipina. Faktor kejayaan dan amalan terbaik koperasi turut dimuatkan dalam buku tersebut di mana gerakan koperasi di Malaysia terinspirasi dan boleh mengadaptasi strategi serta pendekatan yang terbukti berkesan. Melalui perkongsian pengalaman sebenar ini, anggota koperasi dapat memahami pelbagai pendekatan yang boleh diterapkan dalam operasi mereka, termasuk teknik pengurusan yang efisien, strategi pemasaran yang inovatif, dan kaedah membina rangkaian yang kukuh dengan anggota serta masyarakat. Buku seperti ini bukan sahaja menjadi bahan bacaan, malah juga sumber rujukan yang utama bagi koperasi yang ingin meningkatkan daya saing mereka. Buku ini juga dapat menggalakkan mereka untuk terus meneroka peluang serta penjanaan idea yang lebih kreatif dan proaktif dalam menguruskan perniagaan koperasi. Peranan Bahan Penerbitan sebagai Pemangkin Pembangunan Koperasi Pada era digital yang pesat berkembang, literasi ilmu koperasi bukan sahaja terhad kepada pemahaman asas mengenai prinsip dan nilaikoperasi,malahturutmelibatkankeupayaan anggota untuk memahami transformasi digital, aplikasi teknologi dan pengurusan data. Oleh itu, penerbitan bahan bacaan berbentuk digital seperti e-book, portal perpustakaan digital, platform e-learning dan laman web turut menjadi medium penting untuk menyebarkan ilmu secara lebih meluas dan mudah diakses. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis laman web yang menawarkan akses kepada bahan bacaan secara digital antaranya ialah U-pustaka, e-sentral, PPAS elib, Book Capital dan Wonderbuuk . Kesemua platform yang dibangunkan ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas. Tidak kiralah sama ada bahan penerbitan yang diterbitkan itu berbentuk fizikal atau digital, yang penting adalah kandungan bahan tersebut relevan, berkualiti dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Penggunaan platform digital ini bukan sahaja memudahkan proses capaian maklumat, malah turut memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Selain itu, platform ini juga memberikan pilihan yang lebih luas kepada pembaca untuk meneroka pelbagai topik dan genre, termasuk ilmu koperasi, yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Pengenalan

Gerakan koperasi di Malaysia secara umumnya telah pun melebihi usia 100 tahun. Sepanjang tempoh ini, prestasi gerakan koperasi di Malaysia menunjukkan perkembangan yang positif walaupun tidak begitu drastik berbanding negara maju lain. Faktor-faktor perkembangan sesebuah koperasi secara jelasnya adalah didorong oleh penguasaan ilmu berkaitan koperasi dari aspek tadbir urus, pengurusan kewangan dan teknologi yang menyumbang terhadap pentadbiran sesebuah koperasi. Baik pentadbirannya, maka baiklah prestasi dan keberkesanan operasi koperasi tersebut. Penguasaan ilmu ini bukan sahaja memastikan pengurusan berjalan dengan lancar, malah juga membantu koperasi dalam membuat keputusan yang tepat, merangka strategi pertumbuhan dan mengekalkan kepercayaan anggota. Tanpa ilmu yang mencukupi, koperasi mungkin terdedah kepada risiko pengurusan yang lemah, ketirisan kewangan dan kegagalan mencapai objektif yang ditetapkan. Oleh itu, penyebaran ilmu melalui pelbagai medium seperti buku, latihan, seminar dan bengkel adalah penting bagi memastikan pengurusan dan anggota koperasi sentiasa peka dan berkemampuan untuk menghadapi cabaran yang sentiasa berubah. Konklusinya, pembelajaran ilmu secara berterusan sangat penting dalam mencorakkan pemikiran koperasi sekali gus bersedia untuk bersaing secara sihat dalam dunia perniagaan. Literasi Ilmu Sebagai Teras Kecemerlangan Koperasi Umumnya, literasi didefinisikan sebagai suatu kemampuan seseorang untuk menggunakan potensi dan keterampilan dalam mengolah dan memahami maklumat saat individu tersebut melakukan aktiviti membaca dan menulis. Dalam konteks literasi ilmu, adalah merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mencari, menilai, mengaplikasi, dan berkongsi pengetahuan berdasarkan maklumat yang diperoleh. Literasi ilmu tidak hanya terbatas kepada pemahaman teori, tetapi juga mencakupi keupayaan praktikal dalam menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan meningkatkan kualiti hidup. Oleh yang demikian, literasi ilmu dalam koperasi sangat penting dalam meningkatkan kefahaman terhadap prinsip dan nilai koperasi. Perkara itu juga bertindak sebagai nilai tambah kepada anggota koperasi dalam memahami konsep,prinsipdanamalanpengurusankoperasi

RENCANA

13

Wadah

MEI 2025

Penerbitan bahan bacaan bukan sahaja bertujuan sebagai sumber rujukan, malah juga sebagai platform untuk memperkasakan pengurusan koperasi. Buku, majalah, jurnal, monograf penyelidikan, prosiding, dan kajian kes yang diterbitkan oleh IKMa secara amnya dapat memberi idea dan membantu gerakan koperasi mendalami ilmu berkaitan tadbir urus, teknik pengurusan risiko, strategi pemasaran digital, pengurusan kewangan yang cekap serta meneroka peluang perniagaan yang boleh dijalankan oleh koperasi. Secara ringkasnya, bahan penerbitan ini boleh menjadi rujukan penting untuk koperasi melebarkan operasi ke peringkat antarabangsa. Selain itu, bahan penerbitan juga memainkan peranan penting dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan anggota koperasi. Dengan adanya bahan bacaan yang mudah difahami dan relevan, anggota koperasi didorong untuk terus menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat

mewujudkan ekosistem koperasi yang lebih berpengetahuan, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. Penutup Secara konklusinya, literasi ilmu bukan sekadar keupayaan memahami maklumat, malah menjadi asas dalam mencorak pemikiran koperasi yang lebih dinamik, inovatif dan berdaya saing. Penerapan budaya masyarakat berilmu amat penting dan perlu dititikberatkan daripada akar umbi agar generasi pemimpin koperasi akan datang mampu mengemudi koperasi ke peringkat antarabangsa. Melalui komitmen berterusan dalam pendidikan, latihan dan perkongsian ilmu, gerakan koperasi di Malaysia akan lebih bersedia menghadapi perubahan dan berdaya saing dalam dunia yang semakin mencabar. Oleh itu, usaha secara berterusan perlu dipergiatkan untuk memastikan literasi ilmu menjadi budaya dalam koperasi, seterusnya memacu kecemerlangan yang mampan.

RUJUKAN: 1. Kisah Kejayaan Koperasi Dalam dan Luar Negara Jilid 14 . Institut Koperasi Malaysia: Petaling Jaya. 2. Liyana. (2025). Senarai laman web bahan bacaan digital. Dicapai dari https:// ecentral.my/bahan-bacaan-digital/. 3. Mohd Shahron Anuar Said., & Sharul Effendy Janudin.(2019). Pengaruh Sistem Pengukuran Prestasi Ke Atas Prestasi Pengurusan Koperasi di Malaysia. Malaysian Journal of Co- operatives Studies, 19, 15-27. 4. Velna Ell Vianne Rosley. (2020). Kepentingan Literasi Media Digital. Dicapai dari https://www.academia. edu/41309544/KEPENTINGAN_ LITERASI_MEDIA.

PENGANTARABANGSAAN

14

Wadah

MEI 2025

ACO Perkukuh Jalinan Koperasi Serantau Bersama Thailand

pada April 2025 yang telah memperkukuh kerjasama dua hala antara koperasi Malaysia dengan Thailand. Semasa program tersebut, delegasi ACO telah mengadakan beberapa pertemuan penting bersama Cooperative League Thailand , Kementerian Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Thailand serta Kementerian Luar Thailand. Dalam pertemuan itu, semua pihak menyatakan sokongan terhadap matlamat utama advokasi ACO yang merangkumi penubuhan kementerian koperasi di setiap negara anggota ASEAN, pengiktirafan rasmi ACO sebagai Entiti Bersekutu ASEAN serta cadangan pembentukan Jawatankuasa Koperasi ASEAN sebagai platform tetap kerjasama koperasi serantau. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menekankan pentingnya koperasi diberikan kedudukan institusi dalam struktur rasmi ASEAN serta dilibatkan secara langsung dalam dialog dan Sidang Kemuncak ASEAN 2025. Dalam masa yang sama, beliau menjemput kerajaan Thailand untuk menyertai ASEAN Cooperative Dialogue 2025 (ACD2025) yang akan berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 13 dan 14 Mei 2025. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Setiausaha Agung ACO merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Bendahari ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Haji Ishak serta Pengurus Besar Bahagian Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad.

Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) mengetuai kunjungan hormat bertemu Duta Besar Thailand, Tuan Yang Terutama Lada Phumas yang diwakili oleh Setiausaha Pertama Kedutaan, Ms. Orndaporn Pewngern (empat dari kanan) di Kedutaan Diraja Thailand, Kuala Lumpur pada 5 Mei 2025.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Delegasi ANGKASA disambut mesra oleh Setiausaha Pertama Kedutaan Diraja Thailand, Ms. Orndaporn Pewngern yang mewakili Duta Besar Thailand ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Lada Phumas. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mempereratkan lagi kerjasama koperasi serantau serta mendapatkan sokongan kerajaan Thailand terhadap pengiktirafan koperasi sebagai pemacu kepada pembangunan inklusif dan mampan di rantau ASEAN. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut berkongsi kejayaan Program Jelajah ASEAN ke Bangkok

Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah mengetuai delegasi ACO dan ANGKASA dalam satu kunjungan hormat ke Kedutaan Diraja Thailand di Kuala Lumpur pada 5 Mei 2025. Lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan koperasi serantau di bawah kerangka ASEAN.

Brunei Sambut Baik Kerjasama Koperasi ASEAN, Sedia Teroka Peluang Bersama ACO, ANGKASA

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Sebarang bentuk kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN sentiasa membawa kebaikan, khususnya dalam membantu masyarakat akar umbi dan memperkukuh ekonomi sosial serantau. Brunei Darussalam, sebagai salah sebuah negara anggota, turut melihat inisiatif sebegini sebagai peluang berharga dalam mengembangkan industri mikro tempatan. “Kami mempunyai banyak industri mikro di Brunei. Jadi, sebarang bentuk bantuan atau sokongan amat dialu-alukan,” ujar Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam di Kuala Lumpur, Mr. Aizul Hakim Suyoi yang mewakili Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia. Beliau menyatakan demikian ketika menerima kunjungan hormat barisan kepimpinan ASEAN Co- operative Organization (ACO) dan ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Suruhanjaya Tinggi Brunei, Putrajaya pada 9 Mei 2025. Tambah beliau lagi, Brunei kini sedang berdepan cabaran pengangguran yang tinggi dalam kalangan graduan yang lebih cenderung memilih pekerjaan sektor kerajaan kerana kestabilan dan kurang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Beliau percaya bahawa koperasi mampu menjadi satu pendekatan alternatif yang efektif untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia, sekali gus menangani isu pengangguran secara lebih mampan. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah memaklumkan bahawa Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) telah menyatakan keyakinan mereka terhadap ANGKASA untuk menerajui usaha memperkasa gerakan koperasi dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan surat jemputan menyertai ASEAN Co-operative Dialogue 2025 kepada Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam, Mr. Aizul Hakim Suyoi dalam satu sesi kunjungan hormat di Putrajaya pada 9 Mei 2025. Hadir sama ialah Setiausaha Agung ACO merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kiri), Bendahari ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya (dua dari kanan), Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah (kanan sekali) dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Haji Ishak (kiri sekali).

“Ramai dalam kalangan negara OIC masih belum menggunakan koperasi sebagai platform utama pembangunan ekonomi rakyat. Jika Brunei turut serta dalam inisiatif ini, ia akan memberi kelebihan kerana Brunei merupakan sebuah negara Islam yang dihormati di peringkat antarabangsa,” kata beliau. Beliau turut mencadangkan agar konsep koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid yang dilaksanakan di Malaysia dapat diperkenalkan di Brunei. ANGKASA bersedia untuk membantu penubuhan satu atau dua koperasi sekolah atau koperasi masjid sebagai projek perintis di negara itu.

Selain itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga menyampaikan jemputan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Brunei untuk menghadiri Dialog Koperasi ASEAN 2025 atau ASEAN Cooperative Dialogue 2025 (ACD 2025) yang dijadual berlangsung pada 13 hingga 14 Mei 2025 di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya. Hadir sama ialah Setiausaha Agung ACO merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Bendahari ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Haji Ishak.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease