RENCANA
12
Wadah
MEI 2025
Mencorak Pemikiran Koperasi Melalui Literasi Ilmu
Oleh: ZAHARATUL LAILI ZAKARIA Institut Koperasi Malaysia (IKMa)
yang berkesan. Dengan literasi ilmu yang baik, anggota koperasi dapat menyumbang secara aktif kepada perkembangan dan kemajuan koperasi mereka. Selain itu, literasi ilmu merupakan komponen penting dalam memperkasakan kepimpinan dan pengurusan koperasi. Anggota Lembaga koperasi misalannya perlu memperkukuh dan menguasai kemahiran pengurusan dan pentadbiran yang cekap agar isu-isu yang timbul dapat diatasi dan diselesaikan dengan segera. Hal ini kerana, anggota lembaga koperasi merupakan tunjang utama dalam kepimpinan sesebuah koperasi. Justeru, setiap pertimbangan atau keputusan yang diambil perlu difikirkan secara rasional dan kritis. Apabila literasi ilmu koperasi dikuasai dengan baik, bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, malah membantu pekerja dan pengurusan memahami prosedur serta peraturan dengan lebih jelas, selain memudahkan adaptasi teknologi terkini. Kesannya, sektor koperasi di Malaysia mampu berkembang sebagai salah satu sektor penting yang menyumbang secara signifikan kepada pembangunan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing. Memperkasakan Literasi Ilmu Koperasi Melalui Bahan Penerbitan Dalam konteks koperasi, penyebaran ilmu dititikberatkan melalui penganjuran kursus- kursus, seminar, kolokium, persidangan dan juga penerbitan bahan bacaan dan hasil penyelidikan. Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang merupakan pusat latihan dan pendidikan koperasi merupakan entiti yang berperanan menjalankan fungsi tersebut dengan melatih anggota koperasi dengan ilmu koperasi pada setiap tahun. Melalui pelbagai platform, anggota koperasi dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang seperti tadbir urus, pengurusan kewangan, pengurusan risiko, pemasaran produk dan lain- lain yang berkaitan. Selain itu, penerbitan bahan bacaan seperti buku, jurnal, buletin, majalah dan hasil penyelidikan menjadi sumber rujukan yang berterusan bagi anggota koperasi untuk mendalami ilmu koperasi secara efektif. Penyebaran ilmu melalui bahan penerbitan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman anggota terhadap prinsip dan nilai koperasi, malah turut membuka peluang untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik. Penerbitan buku, khususnya, menjadi salah satu medium yang penting dalam menyebarkan ilmu koperasi. Buku bukan sahaja memberikan maklumat yang komprehensif dan terperinci, malah juga menjadi rujukan kekal yang boleh dibaca berulang kali. Selain itu, buku yang ditulis melalui perkongsian pengalaman menjadikannya lebih menarik dan eksklusif kerana menghimpunkan sorotan pengalaman
yang dialami oleh penulis. Sebagai contoh, buku terbitan IKMa bertajuk ' Kisah Kejayaan Koperasi Dalam dan Luar Negara' menerbitkan koleksi perkongsian pengalaman para pegawai yang menyertai program sangkutan koperasi di luar negara seperti Jepun, Thailand, Korea, Indonesia dan Filipina. Faktor kejayaan dan amalan terbaik koperasi turut dimuatkan dalam buku tersebut di mana gerakan koperasi di Malaysia terinspirasi dan boleh mengadaptasi strategi serta pendekatan yang terbukti berkesan. Melalui perkongsian pengalaman sebenar ini, anggota koperasi dapat memahami pelbagai pendekatan yang boleh diterapkan dalam operasi mereka, termasuk teknik pengurusan yang efisien, strategi pemasaran yang inovatif, dan kaedah membina rangkaian yang kukuh dengan anggota serta masyarakat. Buku seperti ini bukan sahaja menjadi bahan bacaan, malah juga sumber rujukan yang utama bagi koperasi yang ingin meningkatkan daya saing mereka. Buku ini juga dapat menggalakkan mereka untuk terus meneroka peluang serta penjanaan idea yang lebih kreatif dan proaktif dalam menguruskan perniagaan koperasi. Peranan Bahan Penerbitan sebagai Pemangkin Pembangunan Koperasi Pada era digital yang pesat berkembang, literasi ilmu koperasi bukan sahaja terhad kepada pemahaman asas mengenai prinsip dan nilaikoperasi,malahturutmelibatkankeupayaan anggota untuk memahami transformasi digital, aplikasi teknologi dan pengurusan data. Oleh itu, penerbitan bahan bacaan berbentuk digital seperti e-book, portal perpustakaan digital, platform e-learning dan laman web turut menjadi medium penting untuk menyebarkan ilmu secara lebih meluas dan mudah diakses. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis laman web yang menawarkan akses kepada bahan bacaan secara digital antaranya ialah U-pustaka, e-sentral, PPAS elib, Book Capital dan Wonderbuuk . Kesemua platform yang dibangunkan ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas. Tidak kiralah sama ada bahan penerbitan yang diterbitkan itu berbentuk fizikal atau digital, yang penting adalah kandungan bahan tersebut relevan, berkualiti dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Penggunaan platform digital ini bukan sahaja memudahkan proses capaian maklumat, malah turut memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Selain itu, platform ini juga memberikan pilihan yang lebih luas kepada pembaca untuk meneroka pelbagai topik dan genre, termasuk ilmu koperasi, yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Pengenalan
Gerakan koperasi di Malaysia secara umumnya telah pun melebihi usia 100 tahun. Sepanjang tempoh ini, prestasi gerakan koperasi di Malaysia menunjukkan perkembangan yang positif walaupun tidak begitu drastik berbanding negara maju lain. Faktor-faktor perkembangan sesebuah koperasi secara jelasnya adalah didorong oleh penguasaan ilmu berkaitan koperasi dari aspek tadbir urus, pengurusan kewangan dan teknologi yang menyumbang terhadap pentadbiran sesebuah koperasi. Baik pentadbirannya, maka baiklah prestasi dan keberkesanan operasi koperasi tersebut. Penguasaan ilmu ini bukan sahaja memastikan pengurusan berjalan dengan lancar, malah juga membantu koperasi dalam membuat keputusan yang tepat, merangka strategi pertumbuhan dan mengekalkan kepercayaan anggota. Tanpa ilmu yang mencukupi, koperasi mungkin terdedah kepada risiko pengurusan yang lemah, ketirisan kewangan dan kegagalan mencapai objektif yang ditetapkan. Oleh itu, penyebaran ilmu melalui pelbagai medium seperti buku, latihan, seminar dan bengkel adalah penting bagi memastikan pengurusan dan anggota koperasi sentiasa peka dan berkemampuan untuk menghadapi cabaran yang sentiasa berubah. Konklusinya, pembelajaran ilmu secara berterusan sangat penting dalam mencorakkan pemikiran koperasi sekali gus bersedia untuk bersaing secara sihat dalam dunia perniagaan. Literasi Ilmu Sebagai Teras Kecemerlangan Koperasi Umumnya, literasi didefinisikan sebagai suatu kemampuan seseorang untuk menggunakan potensi dan keterampilan dalam mengolah dan memahami maklumat saat individu tersebut melakukan aktiviti membaca dan menulis. Dalam konteks literasi ilmu, adalah merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mencari, menilai, mengaplikasi, dan berkongsi pengetahuan berdasarkan maklumat yang diperoleh. Literasi ilmu tidak hanya terbatas kepada pemahaman teori, tetapi juga mencakupi keupayaan praktikal dalam menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan meningkatkan kualiti hidup. Oleh yang demikian, literasi ilmu dalam koperasi sangat penting dalam meningkatkan kefahaman terhadap prinsip dan nilai koperasi. Perkara itu juga bertindak sebagai nilai tambah kepada anggota koperasi dalam memahami konsep,prinsipdanamalanpengurusankoperasi
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease