WADAH PELANCAR EDISI MEI 2025

RENCANA

13

Wadah

MEI 2025

Penerbitan bahan bacaan bukan sahaja bertujuan sebagai sumber rujukan, malah juga sebagai platform untuk memperkasakan pengurusan koperasi. Buku, majalah, jurnal, monograf penyelidikan, prosiding, dan kajian kes yang diterbitkan oleh IKMa secara amnya dapat memberi idea dan membantu gerakan koperasi mendalami ilmu berkaitan tadbir urus, teknik pengurusan risiko, strategi pemasaran digital, pengurusan kewangan yang cekap serta meneroka peluang perniagaan yang boleh dijalankan oleh koperasi. Secara ringkasnya, bahan penerbitan ini boleh menjadi rujukan penting untuk koperasi melebarkan operasi ke peringkat antarabangsa. Selain itu, bahan penerbitan juga memainkan peranan penting dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan anggota koperasi. Dengan adanya bahan bacaan yang mudah difahami dan relevan, anggota koperasi didorong untuk terus menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat

mewujudkan ekosistem koperasi yang lebih berpengetahuan, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. Penutup Secara konklusinya, literasi ilmu bukan sekadar keupayaan memahami maklumat, malah menjadi asas dalam mencorak pemikiran koperasi yang lebih dinamik, inovatif dan berdaya saing. Penerapan budaya masyarakat berilmu amat penting dan perlu dititikberatkan daripada akar umbi agar generasi pemimpin koperasi akan datang mampu mengemudi koperasi ke peringkat antarabangsa. Melalui komitmen berterusan dalam pendidikan, latihan dan perkongsian ilmu, gerakan koperasi di Malaysia akan lebih bersedia menghadapi perubahan dan berdaya saing dalam dunia yang semakin mencabar. Oleh itu, usaha secara berterusan perlu dipergiatkan untuk memastikan literasi ilmu menjadi budaya dalam koperasi, seterusnya memacu kecemerlangan yang mampan.

RUJUKAN: 1. Kisah Kejayaan Koperasi Dalam dan Luar Negara Jilid 14 . Institut Koperasi Malaysia: Petaling Jaya. 2. Liyana. (2025). Senarai laman web bahan bacaan digital. Dicapai dari https:// ecentral.my/bahan-bacaan-digital/. 3. Mohd Shahron Anuar Said., & Sharul Effendy Janudin.(2019). Pengaruh Sistem Pengukuran Prestasi Ke Atas Prestasi Pengurusan Koperasi di Malaysia. Malaysian Journal of Co- operatives Studies, 19, 15-27. 4. Velna Ell Vianne Rosley. (2020). Kepentingan Literasi Media Digital. Dicapai dari https://www.academia. edu/41309544/KEPENTINGAN_ LITERASI_MEDIA.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease