WADAH PELANCAR EDISI MEI 2025

PENGANTARABANGSAAN

14

Wadah

MEI 2025

ACO Perkukuh Jalinan Koperasi Serantau Bersama Thailand

pada April 2025 yang telah memperkukuh kerjasama dua hala antara koperasi Malaysia dengan Thailand. Semasa program tersebut, delegasi ACO telah mengadakan beberapa pertemuan penting bersama Cooperative League Thailand , Kementerian Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Thailand serta Kementerian Luar Thailand. Dalam pertemuan itu, semua pihak menyatakan sokongan terhadap matlamat utama advokasi ACO yang merangkumi penubuhan kementerian koperasi di setiap negara anggota ASEAN, pengiktirafan rasmi ACO sebagai Entiti Bersekutu ASEAN serta cadangan pembentukan Jawatankuasa Koperasi ASEAN sebagai platform tetap kerjasama koperasi serantau. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menekankan pentingnya koperasi diberikan kedudukan institusi dalam struktur rasmi ASEAN serta dilibatkan secara langsung dalam dialog dan Sidang Kemuncak ASEAN 2025. Dalam masa yang sama, beliau menjemput kerajaan Thailand untuk menyertai ASEAN Cooperative Dialogue 2025 (ACD2025) yang akan berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 13 dan 14 Mei 2025. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Setiausaha Agung ACO merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Bendahari ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Haji Ishak serta Pengurus Besar Bahagian Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad.

Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) mengetuai kunjungan hormat bertemu Duta Besar Thailand, Tuan Yang Terutama Lada Phumas yang diwakili oleh Setiausaha Pertama Kedutaan, Ms. Orndaporn Pewngern (empat dari kanan) di Kedutaan Diraja Thailand, Kuala Lumpur pada 5 Mei 2025.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Delegasi ANGKASA disambut mesra oleh Setiausaha Pertama Kedutaan Diraja Thailand, Ms. Orndaporn Pewngern yang mewakili Duta Besar Thailand ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Lada Phumas. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mempereratkan lagi kerjasama koperasi serantau serta mendapatkan sokongan kerajaan Thailand terhadap pengiktirafan koperasi sebagai pemacu kepada pembangunan inklusif dan mampan di rantau ASEAN. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut berkongsi kejayaan Program Jelajah ASEAN ke Bangkok

Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah mengetuai delegasi ACO dan ANGKASA dalam satu kunjungan hormat ke Kedutaan Diraja Thailand di Kuala Lumpur pada 5 Mei 2025. Lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan koperasi serantau di bawah kerangka ASEAN.

Brunei Sambut Baik Kerjasama Koperasi ASEAN, Sedia Teroka Peluang Bersama ACO, ANGKASA

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Sebarang bentuk kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN sentiasa membawa kebaikan, khususnya dalam membantu masyarakat akar umbi dan memperkukuh ekonomi sosial serantau. Brunei Darussalam, sebagai salah sebuah negara anggota, turut melihat inisiatif sebegini sebagai peluang berharga dalam mengembangkan industri mikro tempatan. “Kami mempunyai banyak industri mikro di Brunei. Jadi, sebarang bentuk bantuan atau sokongan amat dialu-alukan,” ujar Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam di Kuala Lumpur, Mr. Aizul Hakim Suyoi yang mewakili Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia. Beliau menyatakan demikian ketika menerima kunjungan hormat barisan kepimpinan ASEAN Co- operative Organization (ACO) dan ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Suruhanjaya Tinggi Brunei, Putrajaya pada 9 Mei 2025. Tambah beliau lagi, Brunei kini sedang berdepan cabaran pengangguran yang tinggi dalam kalangan graduan yang lebih cenderung memilih pekerjaan sektor kerajaan kerana kestabilan dan kurang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Beliau percaya bahawa koperasi mampu menjadi satu pendekatan alternatif yang efektif untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia, sekali gus menangani isu pengangguran secara lebih mampan. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah memaklumkan bahawa Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) telah menyatakan keyakinan mereka terhadap ANGKASA untuk menerajui usaha memperkasa gerakan koperasi dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan surat jemputan menyertai ASEAN Co-operative Dialogue 2025 kepada Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam, Mr. Aizul Hakim Suyoi dalam satu sesi kunjungan hormat di Putrajaya pada 9 Mei 2025. Hadir sama ialah Setiausaha Agung ACO merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kiri), Bendahari ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya (dua dari kanan), Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah (kanan sekali) dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Haji Ishak (kiri sekali).

“Ramai dalam kalangan negara OIC masih belum menggunakan koperasi sebagai platform utama pembangunan ekonomi rakyat. Jika Brunei turut serta dalam inisiatif ini, ia akan memberi kelebihan kerana Brunei merupakan sebuah negara Islam yang dihormati di peringkat antarabangsa,” kata beliau. Beliau turut mencadangkan agar konsep koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid yang dilaksanakan di Malaysia dapat diperkenalkan di Brunei. ANGKASA bersedia untuk membantu penubuhan satu atau dua koperasi sekolah atau koperasi masjid sebagai projek perintis di negara itu.

Selain itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga menyampaikan jemputan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Brunei untuk menghadiri Dialog Koperasi ASEAN 2025 atau ASEAN Cooperative Dialogue 2025 (ACD 2025) yang dijadual berlangsung pada 13 hingga 14 Mei 2025 di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya. Hadir sama ialah Setiausaha Agung ACO merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Bendahari ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Haji Ishak.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease