WADAH PELANCAR EDISI MEI 2025

PENGANTARABANGSAAN INFO SEMASA

16

Wadah

MEI 2025

JKAN Perak, KATAM Tuai Hasil Sulung Rock Melon ‘Sakata Glamour’

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tujuh dari kanan) ketika mengadakan lawatan ke ladang buah rock melon sempena Hari Terbuka Ladang di Manong, Perak. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Perniagaan ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (enam dari kiri) dan barisan Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak yang diketuai Pengerusinya, Haji Mohamed Shafie Abd. Karim (tujuh dari kiri).

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Projek tanaman rock melon oleh Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak dengan kerjasama Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) mencatat kejayaan sulung apabila hasil pertama varieti ‘Sakata Glamour’ berjaya dituai sempena Hari Terbuka Ladang bermula 10 hingga 12 Mei 2025. Bertempat di Manong, Perak, projek rintis yang bermula pada 20 Februari 2025 itu dilaksanakan di dalam Rumah Pelindung Hujan melibatkan penanaman sebanyak 3,000 pokok rock melon. Buah hasil tuaian dijual kepada orang awam, termasuk koperasi di sekitar negeri Perak, dengan harga RM10 bagi setiap kilogram. Pengunjung yang hadir berpeluang memetik sendiri buah melon segar dengan purata berat antara 1.5 hingga 2.5 kilogram. Inisiatif tersebut bukan sahaja menjadi medan pendedahan kepada orang ramai tentang potensi tanaman rockmelon , malah memperkukuh peranan koperasi dalam sektor agromakanan.

Dato’ Haji Kamarudin dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman menunjukkan buah rock melon yang sedia untuk dituai.

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail turut hadir memeriahkan sesi tuaian serta jualan rock melon bersama pengunjung yang hadir. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Perniagaan Koperasi ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak yang diketuai Pengerusinya, Haji Mohamed Shafie Abd. Karim dan Pengerusi KATAM, Encik Mohd Helmi Muhammad Rozi. Projek berkenaan diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan pertanian pintar berasaskan koperasi di negeri ini sekaligus membuka peluang pendapatan baharu buat koperasi setempat.

Haji Mohamed Shafie meninjau sesi jualan buah rock melon.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease