WADAH PELANCAR EDISI MEI 2025

INFO SEMASA

17

Wadah

MEI 2025

Timbalan Perdana Menteri Bersama-sama Meriahkan Majlis Raya ANGKASA

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bergambar bersama tetamu dan warga kerja ANGKASA ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Tahun 2025 di Cyber Event Hall, Cyberjaya pada 24 April 2025.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datuk Mastura Tan Sri Dato' Mohd Yazid, mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Haji Omar bersama isteri, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Hasan Malek, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar serta mantan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan. Turut hadir ialah Wirawati Pengembara Kutub Negara ke Antartika, Artik dan Greenland, (Dr) Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dan penyanyi popular era 1980-an, Datuk ND Lala. ANGKASA juga menyantuni anak-anak dari Pusat Jagaan Darul Sakinah yang hadir dengan pemberian sumbangan duit raya. Penganjuran majlis tersebut merupakan tanda penghargaan ANGKASA kepada kementerian, agensi kerajaan, pihak swasta dan rakan strategik perniagaan atas sokongan mereka dalam memperkasakan gerakan koperasi, khususnya membuka ruang penyertaan koperasi dalam aktiviti perniagaan berimpak tinggi. Selain juadah utama iaitu nasi minyak, pelbagai hidangan lain turut disajikan kepada tetamu seperti lemang, sate, kambing bakar, roti jala, mi goreng dan keropok lekor. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir termasuk Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Encik Azizul Alias (wakil KUSKOP) dan Encik Ezleezan Othman (wakil Kementerian Kewangan) serta barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan, Jawatankuasa Audit Dalaman, pengurusan kanan, pengurusan subsidiari dan jaringan ANGKASA.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Tahun 2025 berlangsung meriah pada 24 April 2025 di Cyber Event Hall, Cyberjaya dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Ketibaan beliau yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah disambut oleh barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Dalam ucapan ringkasnya, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid menyatakan sokongan penuh beliau terhadap penganjuran ASEAN Co- operative Dialogue 2025 yang bakal dianjurkan oleh ANGKASA pada pertengahan Mei 2025. Selain menzahirkan komitmen kerajaan terhadap pemerkasaan gerakan koperasi negara, beliau turut mencadangkan agar Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri memberikan peruntukan kepada ANGKASA bagi menjayakan acara tersebut. "Gerakan koperasi adalah sebuah gerakan massa. Dengan 7.2 juta anggota koperasi, semangat ‘Satu untuk semua, semua untuk satu’ perlu diterjemahkan dalam erti kata sebenar. Banyak negara telah menjadikan gerakan koperasi sebagai pemangkin utama ekonomi mereka," katanya. Majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu jemputan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Tuan Onn Abu Bakar. Antara tetamu kenamaan lain yang turut hadir ialah Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Irfan Davudov, Mantan

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama barisan tetamu yang hadir.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Tahun 2025 turut dihadiri oleh Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Irfan Davudov (lima dari kanan).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan sumbangan kepada anak- anak dari Pusat Jagaan Darul Sakinah.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease