WADAH PELANCAR EDISI MEI 2025

TINJAUAN LAPANGAN

18

Wadah

MEI 2025

Program TARGET Bantu Tingkat Penghasilan Getah Lebih Berkualiti

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) ketika mengadakan lawatan ringkas ke pusat pengumpulan getah milik salah satu peserta program TARGET iaitu Musafir Jaya (M) Sdn. Bhd. di Kuala Nerang, Kedah pada 29 Disember 2024. Turut sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh. (tiga dari kanan).

Hasil getah Krip Premium yang diusahakan oleh peserta Program TARGET di LGM Sungai Sari, Kedah.

Mesin yang digunakan untuk menghasilkan Getah Krip Premium.

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

pendekatan projek itu memendekkan rantaian perniagaan getah, pengurangan ketirisan dan meningkatkan ketelusan dalam urus niaga getah selain mengukuhkan kesatuan pekebun kecil melalui koperasi,” ujarnya. Penghasilan Getah Krip Premium akan dijalankan oleh peserta yang terdiri daripada syarikat swasta, koperasi dan individu yang layak, di mana akan dapat meningkatkan amalan pertanian baik dan memberi peluang sektor pekebun kecil menambah nilai produk mereka melalui penyertaan dalam bidang pemprosesan getah. Pada masa yang sama, koperasi dan peniaga getah yang layak akan dibantu dengan sokongan teknikal dan pembiayaan tertentu. ANGKASA pula telah dilantik oleh LGM untuk menguruskan Dana Pinjaman Mudah Modal Pusingan Program TARGET. Pihak LGM telah mencadangkan pelantikan tersebut sebagai calon untuk menguruskan dana pinjaman dalam tiga mesyuarat iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Kecil LGM, Jawatankuasa Pemandu LGM dan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan dan telah dipersetujui oleh ketiga-tiga jawatankuasa tersebut. Pinjaman sebanyak RM140,000 akan disalurkan kepada setiap peserta sepertimana arahan daripada pihak LGM.

Menerusinya, penyaluran dan kutipan balik pinjaman mudah modal pusingan program ini akan diuruskan sepenuhnya oleh ANGKASA manakala penyaluran dana dan pemilihan peserta akan ditentukan oleh pihak LGM. Kutipan balik pinjaman tersebut akan disalurkan semula kepada LGM. Kerjasama dalam Program TARGET akan mengeratkan lagi hubungan antara ANGKASA dengan pihak kerajaan khususnya bersama LGM selain mengukuhkan kerjasama strategik dalam membangunkan projek-projek berkaitan komoditi getah antara koperasi dengan LGM. Secara tidak langsung, program tersebut memperlihatkan keyakinan tinggi kerajaan terhadap sektor koperasi dalam menguruskan program kerajaan. Koperasi yang menerima kemudahan itu perlu menggunakan dana tersebut dengan penuh tanggungjawab dan memberi laporan serta maklum balas yang jelas kepada ANGKASA. Koperasi juga perlu memperbaiki operasi koperasi melalui teknologi dan latihan. ANGKASA juga berharap agar pelaksanaan program TARGET dapat membantu meningkatkan pendapatan koperasi sekali gus memberi manfaat kepada anggotanya.

Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) telah dilaksanakan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah sejak tahun 2022. Program tersebut dilaksanakan bagi menghasilkan Getah Krip Premium selain menubuhkan Pusat Pemprosesan Getah Krip di seluruh Negeri Kedah dan memendekkan rantaian bekalan. Menurut Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, getah krip boleh dijual pada nilai harga lebih tinggi dan mampu menjadi alternatif baharu kepada pekebun kecil getah bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka pada masa depan. Getah krip mengandungi kandungan getah lebih tinggi yang membolehkan harganya melonjak berbanding getah beku mangkuk (lateks). Ini dilakukan bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil pengeluaran lateks semata-mata, selain meningkatkan daya saing pekebun kecil getah. “Koperasi dan peniaga getah bakal mendapat manfaat dengan menyertai program ini kerana

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease