KOPERASI
19
Wadah
MEI 2025
Bersama-sama Martabatkan Batik Malaysia Koperasi Noor Arfa Batik Terengganu Berhad
Pengerusi Koperasi Noor Arfa Batik Terengganu Berhad, Encik Wan Mohd Ariffin Wan Long (kanan) dan Anggota Lembaga Koperasi, Encik Wan Mohd Affendi Wan Mohd Ariffin (kiri) menunjukkan produk batik keluaran koperasi.
Pekerja memastikan kain batik dan jualan-jualan lain sentiasa teratur dan kemas.
Batik cop dan lukisan tangan menjadi antara produk paling popular dijual oleh koperasi.
Sebahagian daripada baju batik hasil tangan keluaran koperasi.
Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ
budaya yang ada pada corak batik itu sendiri. “Industri batik perlu bergerak bersama- sama dengan minda yang terbuka, selain media turut memainkan peranan menguar-uarkan promosi mengenai batik. Masyarakat perlu ditanam dengan jati diri yang mengutamakan batik negara sendiri,” ujarnya. Menurutnya lagi, koperasi yang berusia 12 tahun dan anggotanya yang aktif terdiri daripada kalangan keluarga Noor Arfa Batik dan pihak pengurusan yang mempunyai seramai 60 orang pekerja. Koperasi juga memberi peluang kepada anggotanya untuk membina perancangan masa hadapan dalam koperasi dan juga luar koperasi. “Pada masa yang sama, terdapat ramai pekerja mahir dalam industri batik dan menjadi tanggungjawab koperasi untuk menyediakan peluang pekerjaan lain kepada pekerjanya yang akan berhenti. Koperasi
mampu meningkatkan taraf ekonomi keluarga mereka dan adalah terbuka kepada semua pekerja Noor Arfa Batik,” ujarnya lagi. Beliau yang juga merupakan pengasas Noor Arfa Batik berkata, untuk kebersamaan dalam koperasi, mentaliti anggota perlu seiring. Anggota koperasi perlu bersama-sama mengambil bahagian setiap kali mesyuarat diadakan dan turut memberi buah fikiran demi kemajuan koperasi.
Industri batik merupakan salah satu warisan budaya yang penuh dengan nilai seni dan sejarah, mempunyai potensi besar untuk berkembang pesat dan dikenali di peringkat domestik mahupun global. Usaha mempopularkan industri tersebut ia berkait rapat dengan kefahaman serta sokongan anggota koperasi serta masyarakat. Justeru, anggota koperasi perlu bersama-sama memartabatkan batik dan menjadikannya suatu kebanggaan yang diakui dalam negara dan juga di persada dunia. Menurut Pengerusi Koperasi Noor Arfa Batik Terengganu Berhad, Encik Wan Mohd Ariffin Wan Long, selain faktor perniagaan, usaha mempromosikan industri batik juga perlulah seiring dengan aspek nilai seni dan
Koperasi Noor Arfa BatikTerengganu Berhad
Alamat
: Lot 1048K, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
No. Telefon
: +609 – 6175700
E-mel
: Kopena40374@gmail.com
Tarikh Ditubuhkan : 1 Januari 2009
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease