WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2021

OGOS 2021 JILID: WP03 /8

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

Sajak

Bersama Hadapi Pandemik COVID-19

SEMERBAK PERTIWI SEMARAK KOPERASI 64 tahun kita merdeka dapat kita nikmati rasa pembangunan dan kemakmuran dapat kita cicipi lazatnya madu kesejahteraan di hamparan indah perpaduan. Di sini angkatan koperasi bergerak mengikut landasan mendepani gelora cabaran tujuh prinsip dipertahankan. Di sini perjalanan koperasi terus maju dan berkembang menyemarakkan nilai sejati berdikari dan kesaksamaan menuju matlamat sepakat berkat. Kerjasama dijalin tingkat kualiti hidup seperti diidamkan kebajikan dianyam terjaga ahli ekonomi dan sosial bertautan di atas bentangan keadilan. 64 tahun kita merdeka tahan diduga teguh diuji menjunjung maruah dan jati diri selamanya rela setia mengisi makna merdeka di jiwa wanginya semerbak pertiwi serinya semarak koperasi.

kesedaran tanggungjawab diri dan amanah ketelusan, tanggungjawab sosial dan prihatin

Dato' Abdul Fattah sewaktu hadir menyampaikan sumbangan 3,000 botol air minuman, 120 kotak pelitup muka dan cecair pembasmi kuman di bawah Program CSR COOPCARE Tabung Relif COVID-19 ANGKASA kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sepang, di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi pada 2 Julai 2021. Dari kiri, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA, Haji Abdul Rahim Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman; Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah; Penasihat Korporat Sektor Koperasi ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

ANGKASA turut melibatkan pasukan sukarelawan dalam kalangan warga kerja ANGKASA serta anggota koperasi yang memberi bantuan secara langsung kepada orang ramai. Selaras dengan prinsip koperasi ‘Berprihatin terhadap Masyarakat’, ANGKASA melalui COOPCARE Prihatin COVID-19 telah mula memberi fokus sejak awal tahun lalu dengan menghulurkan pelbagai bantuan berupa barangan penjagaan kesihatan dan barangan keperluan asas kepada masyakarat yang terjejas termasuk petugas barisan hadapan.

Program Sukarelawan COOPCARE ANGKASA telah berjaya merekodkan pencapaian yang memberangsangkan menerusi pelaksanaan misi bantuan kemanusiaan dan sumbangan produk keperluan harian kepada masyarakat yang terjejas. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, selain sumbangan produk barangan keperluan harian di bawah projek Barangan Asas 100 (BA100), program COOPCARE

Nukilan

NAZIM MOHD SUBARI, Endau, Johor. Pemenang Hadiah Sagu Hati

Sayembara Penulisan Sajak Ramadan 2021 anjuran Ikatan Persuratan Melayu dan GAPENA Anggota Koperasi Guru Mersing, Johor.

BERSAMBUNG DI MUKA 2

Manfaat Teknologi IoT Untuk Tanaman Cendawan Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (KOKULAC) >>16

Program Wacana Ilmu ANGKASA Kepimpinan Hebat, Cekap Mendepani Kegawatan

>>14 Perkasa Kerjasama Koperasi Demi Manfaat Bersama

>>04

2 COOPCARE

OGOS 2021

Petugas sukarelawan di bawah Program Sukarelawan COOPCARE ANGKASA menunaikan khidmat bakti mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sepang pada 31 Julai 2021.

Seawal 8 pagi, para sukarelawan COOPCARE telah diamanahkan oleh Pengurus PPV yang bertugas untuk membantu melancarkan proses penerimaan vaksin sehingga pukul 5 petang.

DARI MUKA 1

Pandemik telah memberi kesan yang cukup besar kepada sosioekonomi masyarakat terutamanya golongan B40 COVID-19 dan miskin bandar yang amat memerlukan sokongan bagi men­ depani krisis ini. Dato' Abdul Fattah berkata, penutupan banyak aktiviti perniagaan telah membataskan peluang pekerjaan baharu selain menjejaskan perolehan koperasi. "Ramai yang telah kehilangan pekerjaan, dikurangkan gaji bulanan dan ada juga yang sudah tidak mampu untuk menyediakan

barangan keperluan seharian untuk diri sendiri dan juga keluarga. Justeru, tibalah masanya untuk koperasi bertindak dengan penuh rasa cakna dan tanggungjawab dengan menghulurkan bantuan semampu yang boleh", katanya. Menerusi COOPCARE, ANGKASA akan dapat memantau permasalahan koperasi yang terjejas selain memastikan sosioekonomi warga koperasi terus terbela dan tidak begitu terkesan. ANGKASA turut menyeru kepada koperasi supaya dapat bersama-sama menyertai pasukan sukarelawan

COOPCARE dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas selain dapat bersama-sama menyantuni masyarakat. Ia penting kerana menerusi inisiatif tersebut, prinsip dan peranan koperasi akan dapat dirasai dan dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat dan pada masa yang sama, dapat menggalakkan masyarakat untuk menyertai atau menubuhkan koperasi. “Kami di ANGKASA berharap agar COOPCARE ini dapat menzahirkan semangat kebersamaan antara kita semua untuk membantu pihak

kerajaan dalam usaha memerangi wabak COVID-19," ujar beliau. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para sukarelawan COOPCARE bukan sahaja dapat membantu melancarkan pengurusan di PPV malah mereka juga membawa nama dan imej gerakan koperasi yang sentiasa cakna kepada masyarakat. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua petugas sukarelawan. Anda adalah pejuang barisan hadapan yang mewakili gerakan koperasi. Semoga sumbangan yang dihulurkan mampu memberi kesan positif terhadap kelancaran tadbir urus di PPV yang terlibat

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-5101 3388 Faks : 03-5101 3600 Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

3 COOPCARE

OGOS 2021

Dato' Abdul Fattah Abdullah bersama Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Hj. Mohd Alias Hamzah menyampaikan sumbangan COOPCARE sebanyak 450 pek produk koperasi kepada petugas barisan hadapan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor pada 28 Julai 2021.

COOPCARE ANGKASA menyumbang barangan keperluan harian kepada 50 anggota Koperasi Ibu Bistari Melaka Berhad yang terjejas akibat penularan COVID-19 pada 8 Ogos 2021.

COOPCARE ANGKASA menghulurkan sumbangan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin bandar di Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2021.

COOPCARE ANGKASA memberi sumbangan 300 set kelengkapan perlindung diri (PPE) kepada petugas kesihatan di Hospital Jengka, Pahang pada 28 Julai 2021

Sumbangan barangan keperluan harian di bawah program COPPCARE ANGKASA anjuran JPAN Pahang 3 kepada anggota koperasi yang terjejas dan petugas barisan hadapan Majlis Daerah Kuala Lipis pada 28 Julai 2021.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan pasukan RELA, COOPCARE anjuran ANGKASA Wilayah Persekutuan telah menyampaikan sumbangan berupa 80 pek barangan asas untuk petugas barisan hadapan RELA Wilayah Persekutuan pada 16 Julai 2021 di Kuala Lumpur.

Dari Meja Presiden

Pemupukan nilai-nilai kesamaan oleh anggota menuntut pengertian dan persefahaman yang cukup kuat terhadap pemahaman prinsip koperasi. Bagaimana ia dapat direncana dan dipraktikkan, bergantung kepada pendirian dan usaha yang dijalankan oleh setiap individu yang terlibat. Usaha untuk melestari prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Berprihatin terhadap Masyarakat’ bukan semata-mata dilihat dari sudut peningkatan imej dan meningkatkan nama baik koperasi di mata masyarakat, malah mahu menjadikan koperasi sebagai penyumbang bermakna kepada kesejahteraan hidup masyarakat melalui semangat yang terbina. Falsafah ‘cakna’ itu sendiri perlu difahami secara lebih mendalam kerana dari situ, niat dan kesungguhan di sebalik sumbangan bakti yang diberikan seharusnya mempunyai nilai-

nilai kemanusiaan yang sejati serta ikhlas tanpa memikirkan upah atau lain-lain imbuhan. Perkara tersebut penting bagi memastikan momentum yang terkandung dalam nilai-nilai kebersamaan dapat terus kekal sebagai dokongan dan akhirnya setiap pertolongan yang dicurahkan itu benar-benar ikhlas dan luhur. Sekiranya semangat jati diri seperti itu dapat bertapak kukuh dalam minda setiap koperator, pasti segala bentuk usaha yang dibuat dalam memartabatkan nilai-nilai kebersamaan, akan berjalan dengan mudah dan lancar. Semuanya demi memastikan kelestarian gerakan koperasi dalam menjana sosioekonomi warganya dapat dicapai dan pada masa yang sama akan menjadi inspirasi kepada yang lain untuk lebih memahami jiwa koperasi dan akhirnya bersetuju dengan prinsip sebenar ‘Berprihatin terhadap Masyarakat’.

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

4 ANGKASA

OGOS 2021

Kepimpinan Hebat, Cekap Mendepani Kegawatan Oleh RAHMAT MOHD DID Program Wacana Ilmu ANGKASA

besar dalam memastikan aktiviti ekonominya terus berjalan dan di samping memastikan perolehan berada di paras yang sepatutnya. Katanya, hal tersebut menjadi antara cabaran kepada koperasi untuk terus bertahan dan pada masa yang sama, memastikan perniagaan koperasi terus berdaya tahan. “Antara yang boleh dilakukan adalah perubahan hala tuju perniagaan berdasarkan keadaan dan keperluan semasa. Misalnya mengadaptasi teknologi ataupun mendigitalisasi perniagaan kope­ rasi dan memanfaatkan pasaran berasaskan dalam talian, serta penggunaan media sosial untuk ak­ ses kepada pasaran yang lebih luas. “Selain itu, koperasi juga harus menyediakan pelan strategi dan pemulihan ekonomi bagi mengenal pasti peluang perniagaan dan strategi baharu yang boleh dilaksanakan sesuai dengan keperluan semasa," ujar beliau.

Revolusi ekonomi yang semakin berpaksikan penggunaan tek­ nologi dan inovasi baharu dilihat semakin mencakupi hampir di segenap aspek tadbir urus sesuatu perniagaan. Tanpa adanya inovasi dalam perniagaan serta kebergantungan dengan kaedah lama, yang tidak selari dengan perubahan teknologi dan keadaan semasa, akan menyebabkan perniagaan yang dijalankan itu kekal berada di takuk lama dan tidak meningkat. Justeru, koperasi perlu peka dengan perkembangan teknologi semasa bagi meningkatkan sumber daya manusia yang lebih kompeten seiring dengan pembaharuan serta inovasi yang wujud. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi mempunyai peranan yang cukup

Dato’ Abdul Fattah Abdullah merasmikan program Wacana Ilmu ANGKASA

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan selaku moderator program

Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih mesra dikenali sebagai Ibu Hanim, ialah Presiden Annems Leadership Solution dan Annems International Sdn Bhd. Pada tahun 2017 beliau telah terpilih menerima anugerah ‘Panglima Mahkota Wilayah’ yang membawa gelaran ‘Datuk’ dari Yang Di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, di atas sumbangan beliau ketika berkhidmat sebagai Penasihat Pembangunan Kepimpinan dan Pembelajaran di SPRM. Beliau juga merupakan guru kepada lebih daripada 300 syarikat dan penasihat kepada 15 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bertaraf 'Growth' di seluruh Malaysia. Beliau mempunyai hampir 25 tahun pengalaman dalam bidang Pembangunan Modal Insan termasuk mengetuai projek-projek Perubahan, Transformasi dan Pembangunan Organisasi serta projek-projek yang bertumpu kepada Peningkatan Kualiti. Selain itu, beliau merupakan Certified Professional Facilitator TM yang melayakkan beliau menjadi pemudah cara bagi menyelesaikan isu-isu yang kompleks. Beliau juga berkelulusan MBA (Keusahawanan) dari Institut Keusahawanan Australia sekali gus membuktikan kredibiliti beliau sebagai seorang yang arif tentang dunia keusahawanan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usahawan.

Datuk Faridah Hanim Haron (Ibu Hanim)

5 ANGKASA

OGOS 2021

Presiden

ANGKASA,

Datuk

Dato'

Abdul

Fattah

Haji Mohamad Hasan. Seramai 200 orang mengikuti Ali program tersebut melalui aplikasi Zoom Meeting termasuk Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Naib-naib Presiden, Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Ne­ geri dan pemimpin koperasi. Ibu Hanim dalam ceramahnya banyak memberi penekanan tentang strategi bagaimana untuk membangkitkan semula semangat dan perniagaan yang terjejas akibat masalah ekonomi yang

berkata

demikian

sewaktu Wacana

merasmikan

program

Sebahagian daripada perkongsian ilmu oleh Ibu Hanim dalam ceramah beliau.

Ilmu

ANGKASA:

Kepimpinan

Hebat, Mendepani Kegawatan pada 14 Ogos 2021. Program anjuran Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA itu menampilkan seorang ahli panel terkemuka dari Organizational & Leadership Development Guru, Annems Cekap Leadership & Solutions iaitu Datuk Faridah Hanim Haron (Ibu Hanim). Moderator bagi program tersebut dikendalikan oleh Naib

berlaku selain cabaran pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Beliau juga turut menegaskan supaya koperasi bijak mengatur semula strategi perniagaan atau memperbaharui produk dan perkhidmatan yang selari dengan perkembangan digitalisasi serta kehendak pelanggan.

Program yang berlangsung selama dua jam dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari itu juga turut menerima reaksi positif khususnya oleh kalangan peserta yang meminta pandangan Ibu Hanim berkaitan hal ehwal pengurusan perniagaan koperasi.

Seramai 200 peserta mengikuti program wacana ilmu ini menerusi aplikasi Zoom Meeting manakala lebih 600 yang lain menyaksikannya melalui Facebook Live .

6 ANGKASA

OGOS 2021

Bendung Gejala Rasuah Dalam Organisasi Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Liabiliti Korporat (Seksyen 17A Akta SPRM 2009)

Dr. Mohd Azlan Yahya sebagai moderator program

Live ANGKASA pada 2 Ogos 2021. Program Bicara Integriti Korporat Siri 2 yang mengumpulkan jumlah penyertaan seramai 490

20 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun organisasi korporat boleh 'membela diri' jika dapat menunjukkan bahawa mereka mempunyai ‘Tatacara Mencukupi’ dalam operasinya," ujar beliau. Sementara itu, Haji Ibrahim berpeluang berkongsi maklumat mengenai Pengenalan kepada subsidiari sesebuah koperasi, kelulusan SKM terhadap pe­ nubuhan subsidiari, penubuhan subsidiari mengikut kehendak akta, peraturan, perintah, arahan atau garis panduan dan keperluan memiliki subsidiari . Menurutnya, koperasi hendaklah memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan kawalan subsidiari. Bagi tujuan tersebut, Anggota Lembaga Koperasi perlu menunaikan tanggungjawab mereka bagi memenuhi objektif aktiviti perniagaan dan hala tuju yang bersesuaian dengan kecukupan modal dan kepakaran pengurusan tanpa mengabaikan tadbir urus yang baik. Katanya, SKM menerusi Bahagian Statutori dan Pendaftaran sehingga kini telah merekodkan pendaftaran 223 buah subsidiari daripada 95 koperasi besar dan sederhana.

Dato’ Abdul Fattah (atas, kiri) ketika menyampaikan ucapan perasmian Bicara Integriti Korporat Siri 2 ‘Kesalahan Rasuah Oleh Organisasi Komersial (Liabiliti Korporat)’ secara maya pada 2 Ogos 2021 lalu.

peserta ini menampilkan dua ahli panel iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Mohd Jamil dan Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Ibrahim Kasah manakala Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Integriti Dan Tadbir Urus ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya bertindak sebagai moderator. Dato’ Shamshun dalam pembentangannya berkata, adalah menjadi suatu kesalahan bagi organisasi komersial, sekiranya mana-mana pekerja atau pihak bersekutunya melakukan perbuatan rasuah bagi faedah organisasi tersebut. “Jika sesebuah organisasi komersial disabit kesalahan di bawah Seksyen 17A, hukuman di bawah Seksyen 17(2) adalah denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjara sehingga

Fattah Abdullah berkata, ANGKASA serius terhadap sebarang usaha memerangi gejala rasuah dalam gerakan koperasi melalui kerjasama SPRM sebagai rakan strategik. Menurutnya, peruntukan Seksyen 17A (Liabiliti Korporat) Akta SPRM merupakan satu peruntukan undang-undang yang dilihat mengekang gejala rasuah daripada berlaku dalam sektor koperasi memandangkan sektor ini membenarkan penubuhan anak syarikat/subsidiari di bawah seliaan koperasi. Salah laku rasuah dan penyelewengan katanya, bukan sahaja mengakibatkan peningkatan kos dan merugikan syarikat, malah menjejaskan kedaulatan undang-undang dan melemahkan pertumbuhan ekonomi sekali gus melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bicara Integriti Korporat Siri 2 ‘Kesalahan Rasuah oleh Organisasi Komersial (Liabiliti

Pelaksanaan Liabiliti Korporat membabitkan organisasi komersial melalui Seksyen 17A Akta SPRM 2009 yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2020 merupakan antara usaha bagi memastikan perniagaan yang dijalankan tidak melibatkan sebarang aktiviti rasuah. Prinsip Prinsip tersebut merupakan satu bentuk kawalan bagi mengikat organisasi sebagai majikan untuk dipertanggunjawabkan mengikut perundangan, jika berlakunya salah laku atau amalan rasuah oleh kakitangannya. Ini bertujuan untuk menimbulkan rasa bertang­ gungjawab oleh organisasi terutama yang berorientasikan keuntungan. Seksyen 17A Akta SPRM (Liabiliti Korporat) ini menyediakan peruntukan tegas yang menekankan bahawa pengurusan organisasi atau entiti korporat mempunyai tanggungjawab untuk memastikan persekitaran bebas rasuah dapat dicapai. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul

Korporat) Seksyen 17A Akta SPRM 2009’ secara maya melalui aplikasi Zoom Meeting dan FB

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Mohd Jamil

7 ANGKASA

OGOS 2021

Haji Ibrahim Kasah

Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Rakan Strategik

Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)

Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!

Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.

www.myangkasaamanah.com.my

Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut

C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my

myangkasaamanahberhad myangkasaamanah

03-7887 5600 /4300 09-7887 2300

8 ANGKASA

OGOS 2021

Kredibiliti Audit Perkukuh Tadbir Urus Koperasi Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Puan Nora Sarida Salleh menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘Pengauditan Ke Arah Tadbir Urus Yang Baik’.

Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad mengetuai Persidangan JAD kali pertama ini.

“Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) yangdipilihperlumemilikinilaiintegriti yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang cekap serta berkesan bagi menyediakan penilaian yang bebas sekali gus menjadi petunjuk kepada pematuhan undang-undang, dasar dan prosedur sedia ada," ujar beliau sewaktu berucap merasmikan Persidangan Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA yang dijalankan secara maya pada 29 Julai 2021. Program tersebut dikelolakan secara dalaman bagi memenuhi keperluan Garis Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya dua kali setahun. Barisan JAD ANGKASA terdiri daripada Pengerusi, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad; Setiausaha, Haji Zaharuddin Alias dan Anggota Jawatankuasa iaitu Dr. Ainuddin Bahari; Encik Zaini Sa’ad dan Muhammad Salim Md. Dom.

Program ini diadakan bertujuan untuk membuat semakan penambahbaikan berterusan ter­ hadap peningkatan ‘Quality Assurances’ pengurusan penyediaan perkhidmatan pengauditan dari aspek proses, prosedur dan pelaporan yang dibangunkan. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada perubahan persekitaran dalam memastikan sasaran dan skop pengauditan memberi impak berkesan kepada jawatankuasa tertinggi, pengurusan dan tadbir urus ANGKASA serta mengkaji penambahbaikan berkaitan sasaran dan skop pengauditan mengikut perubahan dari masa ke semasa. Persidangan JAD kali ini turut mengetengahkan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Audit Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),

Puan Nora Sarida Salleh bertajuk ‘Pengauditan Ke Arah Tadbir Urus Yang Baik’. Skop perkongsian ilmu yang dibentangkan merangkumi isu- isu mengenai tadbir urus koperasi, piawaian audit di Malaysia, konsep pengauditan, peranan JAD terhadap penemuan audit serta laporan pengurusan/juruaudit terhadap penemuan audit. Sesi perkongsian ilmu juga turut membentangkan ‘Perjalanan Mengenai Proses Mesyuarat Agung Negeri (MAN) dan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) yang disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA, Haji Anuar Bulin. Ia menyentuh mengenai proses garis masa dan aliran kerja MAN dan MAPA, cabaran pelaksanaan mesyuarat dalam norma baharu, sistem pendaftaran koperasi dan kaedah e-undi.

Koperasi urus dengan baik berlandaskan prinsip akauntabiliti, integriti, ketelusan dan kecekapan kerana koperasi adalah milik bersama anggota. Peranan Jawatankuasa Audit perlu ditadbir Dalaman (JAD) penting dalam proses tadbir urus termasuk mengenal pasti masalah dalam pengurusan risiko, sistem kawalan dalaman serta memastikan penyata kewangan dapat memberi gambaran yang saksama mengenai transaksi kewangan koperasi. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, kredibiliti aktiviti pengauditan sangat penting dalam mengukuhkan tadbir urus sektor koperasi. Ia bagi memastikan sistem pengauditan yang lebih efisien seterusnya melahirkan budaya akauntabiliti dalam koperasi.

12 RENCANA

OGOS 2021

Program Pembangunan Ladang Hutan Komuniti sebagai Ruang Baharu Ekonomi Koperasi

Oleh SAFINAH SAUPI

keberhasilan dalam mewujudkan program perniaagaan yang berpotensi untuk gerakan koperasi. Menurut beliau, usaha pembangunan ladang hutan komuniti mampu dicapai menerusi enam strategi utama yang terlibat iaitu pelaksanaan utama projek perladangan yang berskala ekonomik, mengenalpasti serta menggabungkan koperasi mengikut jenis projek (modal/kepakaran/ pengalaman), melibatkan kemen­ terian dan agensi kerajaan serta pihak swasta (bajet/kepakaran/ teknologi /kemudahan) dan melantik mentor atau jururunding dalam bidang kepakaran yang berkaitan. ANGKASA selaku peneraju akan menjadi pemudah cara kepada koperasi dalam melaksanakan projek berkaitan. Bagi merangka ekonomi koperasi, Sektor Perladangan ANGKASA telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) untuk menjayakan program pembangunan ladang hutan komuniti koperasi bagi spesies Eucalyptus dan spesies tumbuhan cepat tumbuh. Melalui kerjasama ini, ANGKASA sebagai pemudah cara mengenalpasti koperasi dan anggota koperasi yang berminat untuk menyertai program ini se­ cara berkumpulan dalam kalangan anggotanya ataupun keluasan tanah yang dipersetujui. Di samping pihak MPMA memastikan pihak kilang menyediakan kemudahan ‘contract farming’. Program ini juga akan melibatkan kerjasama agensi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Sehubungan itu, pada peringkat awal tumpuan diberi kepada program kesedaran mengenai kelebihan perhutanan komuniti koperasi. Untuk itu, program kesedaran dan penggalakan akan dilaksanakan di seluruh negara bagi mengumpul dan mengenalpasti koperasi yang berminat manakala MPMA bertindak sebagai konsultan dalam aspek teknikal, bimbingan, perkongsian maklumat

dan data kajian mengenai spesies ini. MPMA juga bertindak sebagai pembekal anak benih berkualiti, pembangunan tek­ nologi perladangan hutan dan pemindahan teknologi berkaitan, membantu koperasi dari aspek pengurusan ladang seperti masalah penyakit, bencana alam secara keseluruhan sehingga tuaian dan membeli hasil tuaian tersebut pada harga pasaran. Perjanjian dan program ladang hutan komuniti mendapat sokongan padu daripada

Aktiviti ekonomi koperasi semakin menunjukkan perubahan ketara. Daripada bersifat tradisional, ia telah mengalami transformasi secara perlahan-lahan. Koperasi kini perlu menceburi aktiviti pulangan tinggi. Terdapat enam bidang keberhasilan utama perlu difokuskan oleh koperasi iaitu Sektor Perkhidmatan Kewangan, Sektor Pemborongan dan Peruncitan, Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, Sektor Perladangan, Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan dan yang keenam iaitu Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. Sektor ini dilihat berupaya memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi koperasi dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bagi memperkasakan lagi sektor tersebut, ANGKASA perlu menarik lebih banyak koperasi meneroka serta menceburi bidang baharu berimpak tinggi dengan berskala sederhana. Projek baru berpotensi perlu diwujudkan di bawahnya melalui kolabrasi dengan pihak kerajaan dan swasta yang berpotensi. Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik berkata, ANGKASA sebagai badan puncak akan berperanan membantu Kerajaan mencapai matlamat Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) dengan menggalakkan gerakan koperasi berpacukan pencapaian ekonomi serta bertanggungjawab dalam pembangunan perniagaan koperasi. ANGKASA masih mengekalkan kewujudan lapan sektor peneraju. Ini bagi diselaraskan bidang

Kementerian Perusahaan Perladangan Komoditi, yang mana menterinya, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali turut hadir menyaksikan majlis MoU tersebut. Antara sebab utama dan

Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Perladangan ANGKASA

ANGKASA menandatangani perjanjian ini adalah bagi mendorong koperasi dan anggotanya supaya terlibat dalam perladangan komoditi baharu yang berpotensi dan tidak hanya terhad kepada komoditi sedia ada seperti kelapa sawit dan getah. Sudah tiba masanya, koperasi perladangan beralih kepada komoditi baharu yang bernilai tinggi dan mempunyai pasaran besar. Program ini bukan sahaja dapat menjana pendapatan koperasi dan anggota koperasi tetapi mempunyai kapasiti yang sangat baik dalam pembangunan aktiviti perniagaan komuniti terutamanya masyarakat luar bandar. Sehingga kini, terdapat 650 koperasi terbabit dalam pelbagai aktiviti perladangan dan kebanyakannya dalam sektor komoditi kelapa sawit. Usaha ini selaras dengan Dasar Perhutanan Negara untuk menjamin sumber bahan mentah

yang berterusan dari kawasan hutan asli dan hutan ladang bagi kelangsungan industri berasaskan kayu dan bukan kayu. Antara strategi yang dilakukan kerajaan adalah dengan menggalakkan pembangunan hutan ladang komersial secara besar-besaran bagi memastikan kelestarian bahan mentah kayu dan mengurangkan kebergantungan sumber dari hutan asli. Berdasarkan 'Laporan Tinjauan Ekonomi 2021' oleh Bank Negara Malaysia, jumlah dagangan industri kayu kayan direkodkan sebanyak RM7.9 bilion, peningkatan 12.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2020. Eksport kayu- kayan negara mencecah RM6.04 bilion, peningkatan sebanyak 9.9 peratus manakala import kayu kayan naik 22.9 peratus kepada RM1.8 bilion. Bagi tahun 2021, kerajaan menyasarkan eksport industri kayu kayan mencapai RM23 bilion dan dalam masa yang sama import kayu mentah dapat dikurangkan.

13

RENCANA

OGOS 2021

secara komersial berskala besar dan sederhana. Terdapat sebanyak sembilan (9) spesies ladang telah tersenarai di bawah PPLH, ini termasuk dua (2) jenis yang menjadi tumpuan adalah Getah (Timber Latex Clone) dan Acacia spp. (mangium / hybrid). Tujuh (7) jenis ladang hutan cepat tumbuh yang disyorkan adalah Bambuseae (Buluh), Tectona grandis (Jati), Azadirachta excelsa (Sentang), Khaya spp. (Khaya ivorensis), Neolamarckia cadamba (Kelempayan/Laran), Paraserianthes falcatari (Batai) dan Octomeles sumatrana (Binuang). Bagi program ladang hutan komuniti koperasi difokuskan penanaman spesies Eucalyptus (kayu putih) dan spesies cepat tumbuh lain. Ini kerana, pokok Eucalyptus menghasilkan kayu yang berat, kuat dan tahan lasak sekali gus menjadikannya sebagai sumber kayu paling bernilai di dunia serta membekalkan bahan mentah berkualiti tinggi untuk pulpa, kertas dan tenaga. Selain itu, pertumbuhannya cepat dan boleh dituai dalam usia 10 tahun selepas ditanam sementara kayu keras lain mengambil masa 18 hingga 25 tahun untuk matang dan boleh dituai. Perladangan Eucalyptus dijangka dapat memenuhi permintaan bahan mentah balak pada masa hadapan.

Program ini memberi fokus kepada koperasi yang terlibat dengan aktiviti perladangan yang mempunyai tanah. Kalau tidak mempunyai tanah, koperasi mempunyai kemampuan untuk menyewa tanah. Bagi koperasi yang berminat tetapi tidak mempunyai tanah boleh menggalakkan anggota koperasi dan komunitinya untuk terlibat dalam projek ini secara berkelompok. Ini penting supaya penanaman ini boleh dilakukan dalam skala yang lebih besar untuk impak yang lebih menguntungkan. Ladang komuniti koperasi ini bakal memberi keuntungan kepada pelbagai pihak terutama golongan B40 yang kebanyakannya berada dalam sektor koperasi. Tanah- tanah terbiar, meskipun dalam saiz kecil dapat dioptimumkan dan diberi nilai tambah melalui ladang komuniti ini. Jaminan belian balik dapat membantu dan memperkukuhkan pendapatan B40 secara kosisten. Di negara seperti Australia, New Zealand, Papua New Guinea dan Pakistan telah lama mengeluarkan produk kayu daripada spesises ini untuk kegunaan pembuatan pulpa, kertas, perabot dan kayu peeler logs dan kegunaan lain seperti wind breaker dan minyak kayu putih.

Sektor Perladangan ANGKASA No.411, Blok C, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Pegawai untuk dihubungi: Muhamad Nazri Abdul Kadir Tel.: 03-78846637, H/P: 011-34436566, E-mel: perladangan.angkasa@gmail.com Spesies ini juga sesuai untuk aktiviti penghutanan semula seperti penanaman di kawasan bekas lombong, ladang terbiar, laluan terusan air dan landskap. Kelemahan spesies ini tidak sesuai ditanam di dalam kawasan hutan asli kerana kesan kepelbagaian biodiversiti, kesan penyerapan air bawah tanah terutama dalam kawasan taburan hujan 1000 meter setahun. Hutan ladang berpotensi menjadi sumber utama bekalan bahan mentah untuk industri hutan pada masa akan datang. Justeru, penglibatan sektor perladangan koperasi dalam komoditi ini bukan sahaja diharap dapat memberi nilai tambah ke arah pencapaian meningkatkan industri kayu di negara ini, tetapi dalam masa yang sama dapat melonjakkan ekonomi koperasi. Diharapkan suatu masa nanti, ladang komuniti koperasi menjadi penyumbang terbesar kayu mentah kepada industri kayu kayan negara.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) memperoleh peruntukan RM500 juta di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) sehingga tahun 2025 bagi membangunkan ladang hutan Usaha ini selaras dengan Dasar Perhutanan Negara untuk menjamin sumber bahan mentah yang berterusan dari kawasan hutan asli dan hutan ladang bagi kelangsungan industri berasaskan kayu dan bukan kayu. Antara strategi yang dilakukan kerajaan adalah dengan menggalakkan pembangunan hutan ladang komersial secara besar-besaran bagi memastikan kelestarian bahan mentah kayu dan mengurangkan kebergantungan sumber dari hutan asli.

UNIT KUTIPAN DAN PENGURUSAN DANA INFAQ LIL - WAQF BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SYARIAH ANGKASA

Unit 510, Tingkat 4 Blok C, Glomac Business Centre, No. 10, Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel: 03 7884 6767 / 012-6029655 (Encik Mohd Safian Abdul Rahman) Fak: 03 7884 6677 E-mel: safian@angkasa.coop

14 ANGKASA

OGOS 2021

Perkasakan Kerjasama Koperasi Demi Manfaat Bersama

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Dato’ Abdul Fattah ketika merasmikan Siri 6 Webinar AURA 'Perkongsian Peluang Perniagaan Bersama Koperasi'

Dr. Mohd Azlan Yahya sebagai moderator pada Siri 6 Webinar AURA 'Perkongsian Peluang Perniagaan Bersama Koperasi'

Haji Zaharuddin Alias

Haji Khairu Najhan Zainuddin

Menurut beliau, kejayaan Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) dan Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) yang tersenarai

dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2020 boleh menjadi pemangkin kepada peluang kerjasama yang lebih besar dan berjaya.

Katanya, pencapaian tersebut juga dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada koperasi lain untuk lebih bersemangat dan berusaha lebih gigih untuk mencipta kejayaan

Kerjasama antara koperasi wajar dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasakan ekonomi melalui kaedah bimbingan oleh koperasi yang besar dan berjaya. Usaha ini dilihat mampu meluaskan lagi semangat ‘bekerja bersama-sama demi manfaat bersama’ dalam gerakan koperasi melalui nilai-nilai murni, bantu membantu dan bersatu hati selaras dengan Prinsip Keenam Koperasi iaitu ‘Kerjasama Antara Koperasi’. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama antara koperasi mampu membantu meningkatkan lagi potensi kemajuan sosioekonomi gerakan koperasi selain dapat memberi peluang kepada koperasi kecil dan mikro untuk terus bergerak maju.

Sebahagian daripada 140 peserta yang mengikuti webinar ini

15 ANGKASA

OGOS 2021

dalam bidang perniagaan masing- masing. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Siri 6 Webinar AURA 'Perkongsian Peluang Perniagaan Bersama Koperasi' secara maya melalui aplikasi Zoom Meeting dan FB Live ANGKASA.COOP pada 18 Julai 2021. Siri webinar yang dipimpin oleh Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya selaku moderator itu telah menampilkan dua ahli panel iaitu Pengerusi KOPETRO, Haji Khairu Najhan Zainuddin dan Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias.

Kerjasama koperasi membekalkan produk KOPUTRA

Produk keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd.

Seramai 140 peserta yang terdiri daripada pemimpin dan anggota koperasi telah mengikuti webinar ini yang pengisiannya banyak berkisar tentang perkongsian ilmu dan pengalaman serta peluang perniagaan yang sedia ditawarkan oleh kedua-dua koperasi berkenaan. Webinar ini juga turut diikuti oleh Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dato' Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Haji Khairu Najhan berkesempatan berkongsi pe­ luang perniagaan yang diceburi melalui KOPETRO Food Sdn. Bhd. iaitu membekalkan pelbagai jenis produk sedia dimakan ( Ready to Eat ) dan produk makanan sejuk

beku. Selain itu, beliau juga turut berkongsi pandangan mengenai kepimpinan dan pengurusan koperasi. Katanya, aspek kepakaran, kemahiran dan modal menjadi tunjang kepada perkembangan perniagaan sesebuah koperasi kerana ia dapat membuka jalan ke arah penerokaan bidang-bidang baharu serta meluaskan kegiatan perniagaan yang membawa kepada kemajuan. Haji Zaharudin pula dalam pembentangannya telah mengulas tentang pentingnya pelan strategik perniagaan sebagai pemacu kepada pen­ capaian hala tuju perniagaan koperasi. Beliau pada masa yang sama turut mempelawa koperasi untuk bekerjasama dan menceburi aktiviti perniagaan yang berpotensi sekali gus dapat mewujudkan sinergi yang kuat dalam memperkasakan ekonomi koperasi.

Perkhidmatan Ar-Rahnu, kedai emas milik KOPUTRA

PUSAT fisioterapi antara aktiviti perniagaan KOPUTRA

16 KOPERASI

OGOS 2021

Manfaat Teknologi IoT untuk Tanaman Cendawan Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (KOKULAC)

Kompleks Cendawan KOKULAC di Melor, Kota Bharu mempunyai keluasan 0.8 hektar dan mampunyai kapasiti untuk menghasilkan sehingga 30 ribu bongkah cendawan dalam sebulan.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Usaha Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (KOKULAC) dengan kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang yang merevolusikan tanaman cendawan secara lestari dengan membina rumah cendawan pintar telah berjaya memberi nilai tambah kepada aspek pengeluaran dan perolehan koperasi. Sepasukan penyelidik dari universiti tersebut yang diketuai oleh Dr. Hamid Yusoff merajui usaha penyelidikan yang menggunakan teknologi tempatan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengusaha industri cendawan.

Menerusinya, yang berasaskan Internet of Things (IoT) itu membolehkan suhu, udara, cahaya, kelembapan dan tahap oksigen dalam rumah pintar dipantau dan dikawal dengan hanya menggunakan telefon pintar. Bercakap kepada PELANCAR, projek Pengerusi KOKULAC, Encik Hasmi Hassan berkata, penggunaan rumah cendawan pintar adalah selari dengan rancangan lima tahun ketiga (2021- 2025) koperasi tersebut iaitu memfokus kepada penggunaan teknologi untuk meningkatkan pengeluaran pelbagai jenis cendawan.

Temu bual antara PELANCAR dengan Pengerusi KOKULAC, Encik Hasmi Hassan telah diadakan secara dalam talian pada 26 Julai 2021.

Selain mengeluarkan cendawan tiram putih, KOKULAC turut mengeluarkan cendawan jenis tiram kelabu, jeli hitam, kulat sisir dan jerami padi. Rumah pintar membolehkan KOKULAC menanam cendawan tiram raja.

KOKULAC mampu menghasilkan sebanyak dua ribu bongkah cendawan dalam mampu menghasilkan sebanyak dua ribu bongkah cendawan dalam sehari.

17 KOPERASI

OGOS 2021

“Sehingga kini, terdapat empat buah rumah pintar yang telah dibina dan kami (KOKULAC) sedang dalam perancangan untuk membina sebuah lagi (rumah pintar) di Kompleks Cendawan KOKULAC “Berbanding cara biasa yang mampu menghasilkan 200 gram cendawan per bongkah, koperasi dapat menghasilkan sehingga 600 gram cendawan per bongkah dengan bantuan rumah pintar,” ujarnya. Tambah beliau, kerjasama dengan UiTM Pulau Pinang turut meliputi kajian substrat alternatif menggantikan penggunaan habuk kayu getah untuk tanaman cendawan, kajian benih dan penggalak pertumbuhan cendawan serta kajian kitar semula sisa cendawan. KOKULAC juga aktif menjalankan konsep sisa sifar sejak tahun 2019 sebagai antara usaha untuk melipatgandakanpendapatan.Geran‘ Malaysia Social Innovation ’ (MySI) 2019 yang telah dianugerahkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia membolehkan KOKULAC menjalankan kolaborasi dengan Agensi Nuklear Malaysia untuk menjayakan inovasi kitar semula bongkah cendawan. Menurut Encik Hasmi, menghasilkan benih cen­ dawan hasil tinggi dan tahan penyakit dengan menggunakan teknik pendedahan sinaran gama. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar kepada pengeluaran cendawan ekoran sukar untuk mendapatkan habuk kayu getah bagi menghasilkan bongkah. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah memaksa penangguhan operasi kilang proses kayu getah. Namun begitu, KOKULAC bertindak segera dalam mencari alternatif iaitu dengan menggunakan jerami padi. “Perancangan masa hadapan KOKULAC adalah untuk menghasilkan pelbagai produk hiliran yang tidak memerlukan penggunaan peti sejuk beku. Pihak UiTM sudah pun mula membuat prototaip rumah pengering cendawan yang menggunakan sistem solar dan IoT,” ujar beliau. Bermula sebagai Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan (GU CENDAWAN), KOKULAC ditubuhkan atas kesedaran anggotanya sendiri yang mahu menubuhkan sebuah koperasi. Penubuhan koperasi dilihat sebagai penting bagi membantu meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan sumber kewangan, kemahiran dan tenaga. Antara kelebihan menjadi anggota KOKULAC bongkah cendawan yang tamat tempoh akan diproses untuk menjadi baja organik dan media tanaman bagi dijual semula untuk kegunaan tanaman secara polibeg seperti halia dan nenas MD2. Geran tersebut juga digunakan untuk adalah dapat mengikuti kursus dan bengkel anjuran koperasi, membeli benih cendawan, bongkah dan bahan-bahan membuat bongkah pada harga yang lebih murah serta menjadi pengedar rasmi produk- produk hiliran. Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad Kompleks Cendawan KOKULAC (KCK) Kg Pohon Barat, Kedai Menanti, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tel. : 019-973 7799 E-mel: kulatkelate@gmail.com Facebook : @kokulac

KOKULAC mempunyai sebuah makmal benih cendawan di mana benih dihasilkan dengan menggunakan teknik kultur tisu yang kemudiannya akan diserahkan kepada Agensi Nuklear Malaysia untuk didedahkan kepada sinaran gama.

Rumah cendawan pintar yang diusahakan oleh bekas peserta kursus anjuran KOKULAC di Ipoh, Perak.

KOKULAC menggunakan baja kompos menggunakan baja kompos daripada bongkah cendawan tamat tempoh untuk tanaman halia dan nenas MD2.

Pekasam Cendawan keluaran KOKULAC.

KOKULAC telah menganjurkan pelbagai kursus yang memfokuskan pada pembuatan produk hiliran antaranya telah menganjurkan pelbagai kursus yang memfokuskan pada pembuatan produk hiliran antaranya kursus membuat pau dan karipap inti cendawan. (Gambar ini adalah daripada salah satu kursus anjuran KOKULAC yang telah diadakan pada 10 Mac 2018).

Konsep sisa sifar yang diamalkan oleh KOKULAC.

18 KOPERASI

OGOS 2021

Wawancara bersama Encik Abdul Sanih Pengerusi KOPEL

E kopelancongan dan Konservasi Alam Sekitar Jadi Teras Perniagaan KOPEL

Oleh NADIAH KAMARUDIN

PELANCAR : Bagaimana boleh tercetusnya idea untuk menubuhkan koperasi dan apakah matlamat utama di sebalik penubuhannya? Abdul Sanih Nasri : KOPEL bermula sebagai Model Ecologically Sus­ tainable Community Conservation and Tourism atau secara ringkasnya, MESCOT, pada tahun 1997. Apabila tertubuhnya MESCOT, terdapat pelbagai idea daripada penduduk kampung untuk menubuhkan banyak persatuan antaranya persatuan inap desa, kebudayaan dan konservasi alam sekitar.

Pada tahun 2003, KOPEL ditubuhkan supaya pengurusan, operasi dan segala aktiviti koperasi dapat diuruskan dengan lebih teratur, tersusun dan sistematik. Setiap anggotanya secara sukarela menyalurkan dana sebagai modal pusingan memulakan aktiviti yang dirancang. Sebagai contoh, kami tidak mempunyai modal pusingan yang cukup ketika mahu memulakan produk inap desa ‘ Miso Walai Homestay ’, tetapi anggota kami secara sukarela menawarkan rumah mereka sendiri untuk dijadikan sebagai tempat penginapan. Ini secara langsung memberi peluang kepada anggota untuk menjana pendapatan,

meraih pengalaman sebagai tuan rumah dan berkomunikasi dengan tetamu dari dalam dan luar negara. Apabila kami bergerak sebagai koperasi, ini turut memudahkan kami mendapatkan sumbangan kewangan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, agensi-agensi lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Hubungan dengan pihak- pihak luar juga mudah apabila KOPEL ditubuhkan kerana produk kami berasaskan komuniti dan kelestarian alam sekitar yang menjadi kekuatan kami untuk terus kekal relevan sehingga kini. Kami telah mendapat banyak sumbangan dana daripada beberapa NGO dari Jepun dan negara-negara Eropah untuk menjalankan aktiviti ekopelancongan dan konservasi. PELANCAR : Usaha KOPEL dilihat seiring dengan agenda global dalam usaha berterusannya menjayakan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh KOPEL berkaitan alam sekitar?

Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad (KOPEL) ditubuhkan untuk menggalakkan penglibatan lebih ramai anggota masyarakat di Mukim Batu Puteh dalam aktiviti ekopelancongan dan usaha-usaha konservasi alam sekitar yang dijalankan oleh koperasi. Antaranya adalah seperti penghutanan semula, pemuliharaan tasik, restorasi gua dan pembinaan jambatan orang utan. Komuniti Mukim Batu Puteh terdiri daripada empat buah kampung iaitu Kampung Batu Puteh, Kampung Mengaris, Kampung Perpaduan dan Kampung Singgah Mata.

Pengerusi KOPEL, Encik Abdul Sanih Nasri (tengah) pada Majlis Pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok oleh KOPEL dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Pendidikan Daerah Kinabatangan.

Tungog Rainforest Eco Camp

Pelancong dari luar negara turut menyertai usaha penghutanan semula. (Gambar diambil pada tahun 2018).

KOPEL telah memenangi anugerah pada ASEAN Tourism Sustainable Award pada tahun 2017 di Singapura.

Pelajar sekolah diberi didikan dan asuhan mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

19 KOPERASI

OGOS 2021

Sebagai menghargai sumbangan mereka, nilai kayu dan papan serta tenaga yang mereka telah labur itu kami tukarkan kepada unit saham. PELANCAR : Pandemik COVID-19 sedikit sebanyak telah memberi kesan khususnya terhadap sektor pelancongan. Apa inisiatif KOPEL dalam mengharungi cabaran tersebut? Abdul Sanih Nasri : Sejak negara dilanda pandemik COVID-19, pendapatan KOPEL terjejas teruk. Sempadan antarabangsa yang ditutup menyebabkan kami kehilangan pelanggan atau pelancong dari luar negara. Namun begitu, kami tetap meneruskan aktiviti konservasi. Sebagai contoh, pada tahun lepas, kami telah mendapat sumbangan dana berjumlah RM330 ribu daripada Yayasan Hasanah dan menerusi dana tersebut, kami telah menjayakan aktiviti kem pendidikan alam sekitar bertajuk ‘ Turn a New Leaf ’ untuk pelajar sekolah dan masyarakat am secara percuma. Melalui sumbangan dana oleh Yayasan Hasanah, KOPEL mula mengeluarkan produk baja kompos dalam bentuk serbuk dan cecair yang diperbuat daripada bahan buangan contohnya, sisa makanan dan pelepah sawit. Kami pastikan kebajikan anggota kami juga terjaga sepanjang pandemik ini melalui sumbangan bekalan makanan. PELANCAR : Bagaimana dengan perancangan masa depan koperasi? Abdul Sanih Nasri : Kami berhasrat untuk membantu kakitangan kami yang tidak mempunyai latar belakang

akademik mempunyai kemahiran dan pengalaman kerja untuk memiliki Pensijilan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh T echnical and Vocational Education and Training ( TVET ). Apabila mereka diiktiraf sebagai tenaga kerja mahir, maka harapan KOPEL untuk menjadi sebuah hab latihan akan tercapai. tetapi Sehingga kini, KOPEL menjadi pilihan untuk negara-negara Asia Tenggara sebagai tempat untuk mereka belajar serta meraih pengalaman dan kepakaran dalam ekopelancongan dan konservasi alam sekitar. Selain itu, kami mahu mendapatkan lesen untuk memulakan operasi bagi membantu anggota-anggota kami yang mempunyai kebun sawit meningkatkan jumlah pengeluaran serta membantu mereka mendapatkan sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan sijil Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit

Abdul Selain ekopelancongan, konservasi alam sekitar juga merupakan perniagaan teras KOPEL. Kami menjalankan usaha penghutanan semula sejak tahun 1999 iaitu sebelum koperasi ini ditubuhkan lagi. Alhamdulillah, dengan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang ini serta kepercayaan yang diberi oleh Jabatan Perhutanan Sabah dan beberapa NGO dari dalam dan luar negara, KOPEL telah berjaya menanam lebih setengah juta pokok sehingga kini. Kami pastikan pelajar-pelajar sekolah turut terlibat sama dalam usaha kami menyahut seruan kerajaan untuk menanam 100 juta pokok bermula tahun ini sehingga 2025. Mesej utama yang kami mahu sampaikan kepada masyarakat khususnya Sanih Nasri : anak-anak muda adalah untuk terus menjaga, memelihara, melindungi dan menyelenggara ‘khazanah’ yang diwarisi oleh nenek moyang mereka ini supaya dapat terus dinikmati oleh generasi seterusnya. Mereka (anak- anak muda) perlu didedahkan dengan aktiviti seperti ini (penghutanan semula) supaya mereka membesar dengan perasaan sayang akan alam sekitar. PELANCAR : Bagaimana dengan penerimaan dan penglibatan anggota KOPEL sendiri dalam hal ini? Abdul Sanih Nasri : Anggota KOPEL memberikan bantuan dan kerjasama yang cukup baik dalam menjayakan aktiviti ekopelancongan dan konservasi. Sebagai contoh, apabila kami mahu membina ' Tungog Rainforest Eco Camp ’, kami kekurangan modal untuk membina chalet, anggota kami telah menyumbangkan kayu dan papan.

Lestari (RSPO). Kami juga mahu membeli buah tandan segar (BTS) mereka pada harga yang lebih tinggi serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan tenaga buruh mahir. KOPEL turut berhasrat untuk memanfaatkan Revolusi Industri 4.0 yang melibatkan Internet of Things ( IoT ) untuk menghasilkan sebuah gerak kerja yang kreatif dan berinovasi sekali gus merancakkan kembali industri pelancongan. Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad Jalan Feri, Mengaris Village, 90200, Mukim Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah. Tel.: +6089 551070 / +60 89 551064 Laman web: www.mescot.org

E-mel: info@mescot.org Facebook : @KopelBhd

Baja kompos yang dihasilkan oleh KOPEL daripada sisa makanan yang dikumpulkan oleh anggota.

Mandaa Kampung Stay yang terletak di Kampung Mengaris adalah salah satu produk ekopelancongan oleh KOPEL.

Produk inap desa ‘ Miso Walai Homestay ’ memberi peluang kepada pelancong antarabangsa berinteraksi bersama penduduk tempatan di Mukim Batu Puteh.

Temu bual secara maya antara PELANCAR dengan Pengerusi KOPEL, Encik Abdul Sanih pada 3 Ogos 2021.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease