WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2021

12 RENCANA

OGOS 2021

Program Pembangunan Ladang Hutan Komuniti sebagai Ruang Baharu Ekonomi Koperasi

Oleh SAFINAH SAUPI

keberhasilan dalam mewujudkan program perniaagaan yang berpotensi untuk gerakan koperasi. Menurut beliau, usaha pembangunan ladang hutan komuniti mampu dicapai menerusi enam strategi utama yang terlibat iaitu pelaksanaan utama projek perladangan yang berskala ekonomik, mengenalpasti serta menggabungkan koperasi mengikut jenis projek (modal/kepakaran/ pengalaman), melibatkan kemen­ terian dan agensi kerajaan serta pihak swasta (bajet/kepakaran/ teknologi /kemudahan) dan melantik mentor atau jururunding dalam bidang kepakaran yang berkaitan. ANGKASA selaku peneraju akan menjadi pemudah cara kepada koperasi dalam melaksanakan projek berkaitan. Bagi merangka ekonomi koperasi, Sektor Perladangan ANGKASA telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) untuk menjayakan program pembangunan ladang hutan komuniti koperasi bagi spesies Eucalyptus dan spesies tumbuhan cepat tumbuh. Melalui kerjasama ini, ANGKASA sebagai pemudah cara mengenalpasti koperasi dan anggota koperasi yang berminat untuk menyertai program ini se­ cara berkumpulan dalam kalangan anggotanya ataupun keluasan tanah yang dipersetujui. Di samping pihak MPMA memastikan pihak kilang menyediakan kemudahan ‘contract farming’. Program ini juga akan melibatkan kerjasama agensi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Sehubungan itu, pada peringkat awal tumpuan diberi kepada program kesedaran mengenai kelebihan perhutanan komuniti koperasi. Untuk itu, program kesedaran dan penggalakan akan dilaksanakan di seluruh negara bagi mengumpul dan mengenalpasti koperasi yang berminat manakala MPMA bertindak sebagai konsultan dalam aspek teknikal, bimbingan, perkongsian maklumat

dan data kajian mengenai spesies ini. MPMA juga bertindak sebagai pembekal anak benih berkualiti, pembangunan tek­ nologi perladangan hutan dan pemindahan teknologi berkaitan, membantu koperasi dari aspek pengurusan ladang seperti masalah penyakit, bencana alam secara keseluruhan sehingga tuaian dan membeli hasil tuaian tersebut pada harga pasaran. Perjanjian dan program ladang hutan komuniti mendapat sokongan padu daripada

Aktiviti ekonomi koperasi semakin menunjukkan perubahan ketara. Daripada bersifat tradisional, ia telah mengalami transformasi secara perlahan-lahan. Koperasi kini perlu menceburi aktiviti pulangan tinggi. Terdapat enam bidang keberhasilan utama perlu difokuskan oleh koperasi iaitu Sektor Perkhidmatan Kewangan, Sektor Pemborongan dan Peruncitan, Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, Sektor Perladangan, Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan dan yang keenam iaitu Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. Sektor ini dilihat berupaya memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi koperasi dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bagi memperkasakan lagi sektor tersebut, ANGKASA perlu menarik lebih banyak koperasi meneroka serta menceburi bidang baharu berimpak tinggi dengan berskala sederhana. Projek baru berpotensi perlu diwujudkan di bawahnya melalui kolabrasi dengan pihak kerajaan dan swasta yang berpotensi. Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik berkata, ANGKASA sebagai badan puncak akan berperanan membantu Kerajaan mencapai matlamat Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) dengan menggalakkan gerakan koperasi berpacukan pencapaian ekonomi serta bertanggungjawab dalam pembangunan perniagaan koperasi. ANGKASA masih mengekalkan kewujudan lapan sektor peneraju. Ini bagi diselaraskan bidang

Kementerian Perusahaan Perladangan Komoditi, yang mana menterinya, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali turut hadir menyaksikan majlis MoU tersebut. Antara sebab utama dan

Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Perladangan ANGKASA

ANGKASA menandatangani perjanjian ini adalah bagi mendorong koperasi dan anggotanya supaya terlibat dalam perladangan komoditi baharu yang berpotensi dan tidak hanya terhad kepada komoditi sedia ada seperti kelapa sawit dan getah. Sudah tiba masanya, koperasi perladangan beralih kepada komoditi baharu yang bernilai tinggi dan mempunyai pasaran besar. Program ini bukan sahaja dapat menjana pendapatan koperasi dan anggota koperasi tetapi mempunyai kapasiti yang sangat baik dalam pembangunan aktiviti perniagaan komuniti terutamanya masyarakat luar bandar. Sehingga kini, terdapat 650 koperasi terbabit dalam pelbagai aktiviti perladangan dan kebanyakannya dalam sektor komoditi kelapa sawit. Usaha ini selaras dengan Dasar Perhutanan Negara untuk menjamin sumber bahan mentah

yang berterusan dari kawasan hutan asli dan hutan ladang bagi kelangsungan industri berasaskan kayu dan bukan kayu. Antara strategi yang dilakukan kerajaan adalah dengan menggalakkan pembangunan hutan ladang komersial secara besar-besaran bagi memastikan kelestarian bahan mentah kayu dan mengurangkan kebergantungan sumber dari hutan asli. Berdasarkan 'Laporan Tinjauan Ekonomi 2021' oleh Bank Negara Malaysia, jumlah dagangan industri kayu kayan direkodkan sebanyak RM7.9 bilion, peningkatan 12.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2020. Eksport kayu- kayan negara mencecah RM6.04 bilion, peningkatan sebanyak 9.9 peratus manakala import kayu kayan naik 22.9 peratus kepada RM1.8 bilion. Bagi tahun 2021, kerajaan menyasarkan eksport industri kayu kayan mencapai RM23 bilion dan dalam masa yang sama import kayu mentah dapat dikurangkan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease