13
RENCANA
OGOS 2021
secara komersial berskala besar dan sederhana. Terdapat sebanyak sembilan (9) spesies ladang telah tersenarai di bawah PPLH, ini termasuk dua (2) jenis yang menjadi tumpuan adalah Getah (Timber Latex Clone) dan Acacia spp. (mangium / hybrid). Tujuh (7) jenis ladang hutan cepat tumbuh yang disyorkan adalah Bambuseae (Buluh), Tectona grandis (Jati), Azadirachta excelsa (Sentang), Khaya spp. (Khaya ivorensis), Neolamarckia cadamba (Kelempayan/Laran), Paraserianthes falcatari (Batai) dan Octomeles sumatrana (Binuang). Bagi program ladang hutan komuniti koperasi difokuskan penanaman spesies Eucalyptus (kayu putih) dan spesies cepat tumbuh lain. Ini kerana, pokok Eucalyptus menghasilkan kayu yang berat, kuat dan tahan lasak sekali gus menjadikannya sebagai sumber kayu paling bernilai di dunia serta membekalkan bahan mentah berkualiti tinggi untuk pulpa, kertas dan tenaga. Selain itu, pertumbuhannya cepat dan boleh dituai dalam usia 10 tahun selepas ditanam sementara kayu keras lain mengambil masa 18 hingga 25 tahun untuk matang dan boleh dituai. Perladangan Eucalyptus dijangka dapat memenuhi permintaan bahan mentah balak pada masa hadapan.
Program ini memberi fokus kepada koperasi yang terlibat dengan aktiviti perladangan yang mempunyai tanah. Kalau tidak mempunyai tanah, koperasi mempunyai kemampuan untuk menyewa tanah. Bagi koperasi yang berminat tetapi tidak mempunyai tanah boleh menggalakkan anggota koperasi dan komunitinya untuk terlibat dalam projek ini secara berkelompok. Ini penting supaya penanaman ini boleh dilakukan dalam skala yang lebih besar untuk impak yang lebih menguntungkan. Ladang komuniti koperasi ini bakal memberi keuntungan kepada pelbagai pihak terutama golongan B40 yang kebanyakannya berada dalam sektor koperasi. Tanah- tanah terbiar, meskipun dalam saiz kecil dapat dioptimumkan dan diberi nilai tambah melalui ladang komuniti ini. Jaminan belian balik dapat membantu dan memperkukuhkan pendapatan B40 secara kosisten. Di negara seperti Australia, New Zealand, Papua New Guinea dan Pakistan telah lama mengeluarkan produk kayu daripada spesises ini untuk kegunaan pembuatan pulpa, kertas, perabot dan kayu peeler logs dan kegunaan lain seperti wind breaker dan minyak kayu putih.
Sektor Perladangan ANGKASA No.411, Blok C, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Pegawai untuk dihubungi: Muhamad Nazri Abdul Kadir Tel.: 03-78846637, H/P: 011-34436566, E-mel: perladangan.angkasa@gmail.com Spesies ini juga sesuai untuk aktiviti penghutanan semula seperti penanaman di kawasan bekas lombong, ladang terbiar, laluan terusan air dan landskap. Kelemahan spesies ini tidak sesuai ditanam di dalam kawasan hutan asli kerana kesan kepelbagaian biodiversiti, kesan penyerapan air bawah tanah terutama dalam kawasan taburan hujan 1000 meter setahun. Hutan ladang berpotensi menjadi sumber utama bekalan bahan mentah untuk industri hutan pada masa akan datang. Justeru, penglibatan sektor perladangan koperasi dalam komoditi ini bukan sahaja diharap dapat memberi nilai tambah ke arah pencapaian meningkatkan industri kayu di negara ini, tetapi dalam masa yang sama dapat melonjakkan ekonomi koperasi. Diharapkan suatu masa nanti, ladang komuniti koperasi menjadi penyumbang terbesar kayu mentah kepada industri kayu kayan negara.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) memperoleh peruntukan RM500 juta di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) sehingga tahun 2025 bagi membangunkan ladang hutan Usaha ini selaras dengan Dasar Perhutanan Negara untuk menjamin sumber bahan mentah yang berterusan dari kawasan hutan asli dan hutan ladang bagi kelangsungan industri berasaskan kayu dan bukan kayu. Antara strategi yang dilakukan kerajaan adalah dengan menggalakkan pembangunan hutan ladang komersial secara besar-besaran bagi memastikan kelestarian bahan mentah kayu dan mengurangkan kebergantungan sumber dari hutan asli.
UNIT KUTIPAN DAN PENGURUSAN DANA INFAQ LIL - WAQF BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SYARIAH ANGKASA
Unit 510, Tingkat 4 Blok C, Glomac Business Centre, No. 10, Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel: 03 7884 6767 / 012-6029655 (Encik Mohd Safian Abdul Rahman) Fak: 03 7884 6677 E-mel: safian@angkasa.coop
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease