17 KOPERASI
OGOS 2021
“Sehingga kini, terdapat empat buah rumah pintar yang telah dibina dan kami (KOKULAC) sedang dalam perancangan untuk membina sebuah lagi (rumah pintar) di Kompleks Cendawan KOKULAC “Berbanding cara biasa yang mampu menghasilkan 200 gram cendawan per bongkah, koperasi dapat menghasilkan sehingga 600 gram cendawan per bongkah dengan bantuan rumah pintar,” ujarnya. Tambah beliau, kerjasama dengan UiTM Pulau Pinang turut meliputi kajian substrat alternatif menggantikan penggunaan habuk kayu getah untuk tanaman cendawan, kajian benih dan penggalak pertumbuhan cendawan serta kajian kitar semula sisa cendawan. KOKULAC juga aktif menjalankan konsep sisa sifar sejak tahun 2019 sebagai antara usaha untuk melipatgandakanpendapatan.Geran‘ Malaysia Social Innovation ’ (MySI) 2019 yang telah dianugerahkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia membolehkan KOKULAC menjalankan kolaborasi dengan Agensi Nuklear Malaysia untuk menjayakan inovasi kitar semula bongkah cendawan. Menurut Encik Hasmi, menghasilkan benih cen dawan hasil tinggi dan tahan penyakit dengan menggunakan teknik pendedahan sinaran gama. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar kepada pengeluaran cendawan ekoran sukar untuk mendapatkan habuk kayu getah bagi menghasilkan bongkah. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah memaksa penangguhan operasi kilang proses kayu getah. Namun begitu, KOKULAC bertindak segera dalam mencari alternatif iaitu dengan menggunakan jerami padi. “Perancangan masa hadapan KOKULAC adalah untuk menghasilkan pelbagai produk hiliran yang tidak memerlukan penggunaan peti sejuk beku. Pihak UiTM sudah pun mula membuat prototaip rumah pengering cendawan yang menggunakan sistem solar dan IoT,” ujar beliau. Bermula sebagai Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan (GU CENDAWAN), KOKULAC ditubuhkan atas kesedaran anggotanya sendiri yang mahu menubuhkan sebuah koperasi. Penubuhan koperasi dilihat sebagai penting bagi membantu meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan sumber kewangan, kemahiran dan tenaga. Antara kelebihan menjadi anggota KOKULAC bongkah cendawan yang tamat tempoh akan diproses untuk menjadi baja organik dan media tanaman bagi dijual semula untuk kegunaan tanaman secara polibeg seperti halia dan nenas MD2. Geran tersebut juga digunakan untuk adalah dapat mengikuti kursus dan bengkel anjuran koperasi, membeli benih cendawan, bongkah dan bahan-bahan membuat bongkah pada harga yang lebih murah serta menjadi pengedar rasmi produk- produk hiliran. Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad Kompleks Cendawan KOKULAC (KCK) Kg Pohon Barat, Kedai Menanti, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tel. : 019-973 7799 E-mel: kulatkelate@gmail.com Facebook : @kokulac
KOKULAC mempunyai sebuah makmal benih cendawan di mana benih dihasilkan dengan menggunakan teknik kultur tisu yang kemudiannya akan diserahkan kepada Agensi Nuklear Malaysia untuk didedahkan kepada sinaran gama.
Rumah cendawan pintar yang diusahakan oleh bekas peserta kursus anjuran KOKULAC di Ipoh, Perak.
KOKULAC menggunakan baja kompos menggunakan baja kompos daripada bongkah cendawan tamat tempoh untuk tanaman halia dan nenas MD2.
Pekasam Cendawan keluaran KOKULAC.
KOKULAC telah menganjurkan pelbagai kursus yang memfokuskan pada pembuatan produk hiliran antaranya telah menganjurkan pelbagai kursus yang memfokuskan pada pembuatan produk hiliran antaranya kursus membuat pau dan karipap inti cendawan. (Gambar ini adalah daripada salah satu kursus anjuran KOKULAC yang telah diadakan pada 10 Mac 2018).
Konsep sisa sifar yang diamalkan oleh KOKULAC.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease