WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2021

18 KOPERASI

OGOS 2021

Wawancara bersama Encik Abdul Sanih Pengerusi KOPEL

E kopelancongan dan Konservasi Alam Sekitar Jadi Teras Perniagaan KOPEL

Oleh NADIAH KAMARUDIN

PELANCAR : Bagaimana boleh tercetusnya idea untuk menubuhkan koperasi dan apakah matlamat utama di sebalik penubuhannya? Abdul Sanih Nasri : KOPEL bermula sebagai Model Ecologically Sus­ tainable Community Conservation and Tourism atau secara ringkasnya, MESCOT, pada tahun 1997. Apabila tertubuhnya MESCOT, terdapat pelbagai idea daripada penduduk kampung untuk menubuhkan banyak persatuan antaranya persatuan inap desa, kebudayaan dan konservasi alam sekitar.

Pada tahun 2003, KOPEL ditubuhkan supaya pengurusan, operasi dan segala aktiviti koperasi dapat diuruskan dengan lebih teratur, tersusun dan sistematik. Setiap anggotanya secara sukarela menyalurkan dana sebagai modal pusingan memulakan aktiviti yang dirancang. Sebagai contoh, kami tidak mempunyai modal pusingan yang cukup ketika mahu memulakan produk inap desa ‘ Miso Walai Homestay ’, tetapi anggota kami secara sukarela menawarkan rumah mereka sendiri untuk dijadikan sebagai tempat penginapan. Ini secara langsung memberi peluang kepada anggota untuk menjana pendapatan,

meraih pengalaman sebagai tuan rumah dan berkomunikasi dengan tetamu dari dalam dan luar negara. Apabila kami bergerak sebagai koperasi, ini turut memudahkan kami mendapatkan sumbangan kewangan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, agensi-agensi lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Hubungan dengan pihak- pihak luar juga mudah apabila KOPEL ditubuhkan kerana produk kami berasaskan komuniti dan kelestarian alam sekitar yang menjadi kekuatan kami untuk terus kekal relevan sehingga kini. Kami telah mendapat banyak sumbangan dana daripada beberapa NGO dari Jepun dan negara-negara Eropah untuk menjalankan aktiviti ekopelancongan dan konservasi. PELANCAR : Usaha KOPEL dilihat seiring dengan agenda global dalam usaha berterusannya menjayakan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh KOPEL berkaitan alam sekitar?

Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad (KOPEL) ditubuhkan untuk menggalakkan penglibatan lebih ramai anggota masyarakat di Mukim Batu Puteh dalam aktiviti ekopelancongan dan usaha-usaha konservasi alam sekitar yang dijalankan oleh koperasi. Antaranya adalah seperti penghutanan semula, pemuliharaan tasik, restorasi gua dan pembinaan jambatan orang utan. Komuniti Mukim Batu Puteh terdiri daripada empat buah kampung iaitu Kampung Batu Puteh, Kampung Mengaris, Kampung Perpaduan dan Kampung Singgah Mata.

Pengerusi KOPEL, Encik Abdul Sanih Nasri (tengah) pada Majlis Pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok oleh KOPEL dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Pendidikan Daerah Kinabatangan.

Tungog Rainforest Eco Camp

Pelancong dari luar negara turut menyertai usaha penghutanan semula. (Gambar diambil pada tahun 2018).

KOPEL telah memenangi anugerah pada ASEAN Tourism Sustainable Award pada tahun 2017 di Singapura.

Pelajar sekolah diberi didikan dan asuhan mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease