WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2021

2 COOPCARE

OGOS 2021

Petugas sukarelawan di bawah Program Sukarelawan COOPCARE ANGKASA menunaikan khidmat bakti mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sepang pada 31 Julai 2021.

Seawal 8 pagi, para sukarelawan COOPCARE telah diamanahkan oleh Pengurus PPV yang bertugas untuk membantu melancarkan proses penerimaan vaksin sehingga pukul 5 petang.

DARI MUKA 1

Pandemik telah memberi kesan yang cukup besar kepada sosioekonomi masyarakat terutamanya golongan B40 COVID-19 dan miskin bandar yang amat memerlukan sokongan bagi men­ depani krisis ini. Dato' Abdul Fattah berkata, penutupan banyak aktiviti perniagaan telah membataskan peluang pekerjaan baharu selain menjejaskan perolehan koperasi. "Ramai yang telah kehilangan pekerjaan, dikurangkan gaji bulanan dan ada juga yang sudah tidak mampu untuk menyediakan

barangan keperluan seharian untuk diri sendiri dan juga keluarga. Justeru, tibalah masanya untuk koperasi bertindak dengan penuh rasa cakna dan tanggungjawab dengan menghulurkan bantuan semampu yang boleh", katanya. Menerusi COOPCARE, ANGKASA akan dapat memantau permasalahan koperasi yang terjejas selain memastikan sosioekonomi warga koperasi terus terbela dan tidak begitu terkesan. ANGKASA turut menyeru kepada koperasi supaya dapat bersama-sama menyertai pasukan sukarelawan

COOPCARE dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas selain dapat bersama-sama menyantuni masyarakat. Ia penting kerana menerusi inisiatif tersebut, prinsip dan peranan koperasi akan dapat dirasai dan dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat dan pada masa yang sama, dapat menggalakkan masyarakat untuk menyertai atau menubuhkan koperasi. “Kami di ANGKASA berharap agar COOPCARE ini dapat menzahirkan semangat kebersamaan antara kita semua untuk membantu pihak

kerajaan dalam usaha memerangi wabak COVID-19," ujar beliau. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para sukarelawan COOPCARE bukan sahaja dapat membantu melancarkan pengurusan di PPV malah mereka juga membawa nama dan imej gerakan koperasi yang sentiasa cakna kepada masyarakat. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua petugas sukarelawan. Anda adalah pejuang barisan hadapan yang mewakili gerakan koperasi. Semoga sumbangan yang dihulurkan mampu memberi kesan positif terhadap kelancaran tadbir urus di PPV yang terlibat

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-5101 3388 Faks : 03-5101 3600 Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease