WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2021

3 COOPCARE

OGOS 2021

Dato' Abdul Fattah Abdullah bersama Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Hj. Mohd Alias Hamzah menyampaikan sumbangan COOPCARE sebanyak 450 pek produk koperasi kepada petugas barisan hadapan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor pada 28 Julai 2021.

COOPCARE ANGKASA menyumbang barangan keperluan harian kepada 50 anggota Koperasi Ibu Bistari Melaka Berhad yang terjejas akibat penularan COVID-19 pada 8 Ogos 2021.

COOPCARE ANGKASA menghulurkan sumbangan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin bandar di Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2021.

COOPCARE ANGKASA memberi sumbangan 300 set kelengkapan perlindung diri (PPE) kepada petugas kesihatan di Hospital Jengka, Pahang pada 28 Julai 2021

Sumbangan barangan keperluan harian di bawah program COPPCARE ANGKASA anjuran JPAN Pahang 3 kepada anggota koperasi yang terjejas dan petugas barisan hadapan Majlis Daerah Kuala Lipis pada 28 Julai 2021.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan pasukan RELA, COOPCARE anjuran ANGKASA Wilayah Persekutuan telah menyampaikan sumbangan berupa 80 pek barangan asas untuk petugas barisan hadapan RELA Wilayah Persekutuan pada 16 Julai 2021 di Kuala Lumpur.

Dari Meja Presiden

Pemupukan nilai-nilai kesamaan oleh anggota menuntut pengertian dan persefahaman yang cukup kuat terhadap pemahaman prinsip koperasi. Bagaimana ia dapat direncana dan dipraktikkan, bergantung kepada pendirian dan usaha yang dijalankan oleh setiap individu yang terlibat. Usaha untuk melestari prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Berprihatin terhadap Masyarakat’ bukan semata-mata dilihat dari sudut peningkatan imej dan meningkatkan nama baik koperasi di mata masyarakat, malah mahu menjadikan koperasi sebagai penyumbang bermakna kepada kesejahteraan hidup masyarakat melalui semangat yang terbina. Falsafah ‘cakna’ itu sendiri perlu difahami secara lebih mendalam kerana dari situ, niat dan kesungguhan di sebalik sumbangan bakti yang diberikan seharusnya mempunyai nilai-

nilai kemanusiaan yang sejati serta ikhlas tanpa memikirkan upah atau lain-lain imbuhan. Perkara tersebut penting bagi memastikan momentum yang terkandung dalam nilai-nilai kebersamaan dapat terus kekal sebagai dokongan dan akhirnya setiap pertolongan yang dicurahkan itu benar-benar ikhlas dan luhur. Sekiranya semangat jati diri seperti itu dapat bertapak kukuh dalam minda setiap koperator, pasti segala bentuk usaha yang dibuat dalam memartabatkan nilai-nilai kebersamaan, akan berjalan dengan mudah dan lancar. Semuanya demi memastikan kelestarian gerakan koperasi dalam menjana sosioekonomi warganya dapat dicapai dan pada masa yang sama akan menjadi inspirasi kepada yang lain untuk lebih memahami jiwa koperasi dan akhirnya bersetuju dengan prinsip sebenar ‘Berprihatin terhadap Masyarakat’.

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease