8 ANGKASA
OGOS 2021
Kredibiliti Audit Perkukuh Tadbir Urus Koperasi Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Puan Nora Sarida Salleh menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘Pengauditan Ke Arah Tadbir Urus Yang Baik’.
Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad mengetuai Persidangan JAD kali pertama ini.
“Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) yangdipilihperlumemilikinilaiintegriti yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang cekap serta berkesan bagi menyediakan penilaian yang bebas sekali gus menjadi petunjuk kepada pematuhan undang-undang, dasar dan prosedur sedia ada," ujar beliau sewaktu berucap merasmikan Persidangan Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA yang dijalankan secara maya pada 29 Julai 2021. Program tersebut dikelolakan secara dalaman bagi memenuhi keperluan Garis Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya dua kali setahun. Barisan JAD ANGKASA terdiri daripada Pengerusi, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad; Setiausaha, Haji Zaharuddin Alias dan Anggota Jawatankuasa iaitu Dr. Ainuddin Bahari; Encik Zaini Sa’ad dan Muhammad Salim Md. Dom.
Program ini diadakan bertujuan untuk membuat semakan penambahbaikan berterusan ter hadap peningkatan ‘Quality Assurances’ pengurusan penyediaan perkhidmatan pengauditan dari aspek proses, prosedur dan pelaporan yang dibangunkan. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada perubahan persekitaran dalam memastikan sasaran dan skop pengauditan memberi impak berkesan kepada jawatankuasa tertinggi, pengurusan dan tadbir urus ANGKASA serta mengkaji penambahbaikan berkaitan sasaran dan skop pengauditan mengikut perubahan dari masa ke semasa. Persidangan JAD kali ini turut mengetengahkan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Audit Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),
Puan Nora Sarida Salleh bertajuk ‘Pengauditan Ke Arah Tadbir Urus Yang Baik’. Skop perkongsian ilmu yang dibentangkan merangkumi isu- isu mengenai tadbir urus koperasi, piawaian audit di Malaysia, konsep pengauditan, peranan JAD terhadap penemuan audit serta laporan pengurusan/juruaudit terhadap penemuan audit. Sesi perkongsian ilmu juga turut membentangkan ‘Perjalanan Mengenai Proses Mesyuarat Agung Negeri (MAN) dan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) yang disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA, Haji Anuar Bulin. Ia menyentuh mengenai proses garis masa dan aliran kerja MAN dan MAPA, cabaran pelaksanaan mesyuarat dalam norma baharu, sistem pendaftaran koperasi dan kaedah e-undi.
Koperasi urus dengan baik berlandaskan prinsip akauntabiliti, integriti, ketelusan dan kecekapan kerana koperasi adalah milik bersama anggota. Peranan Jawatankuasa Audit perlu ditadbir Dalaman (JAD) penting dalam proses tadbir urus termasuk mengenal pasti masalah dalam pengurusan risiko, sistem kawalan dalaman serta memastikan penyata kewangan dapat memberi gambaran yang saksama mengenai transaksi kewangan koperasi. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, kredibiliti aktiviti pengauditan sangat penting dalam mengukuhkan tadbir urus sektor koperasi. Ia bagi memastikan sistem pengauditan yang lebih efisien seterusnya melahirkan budaya akauntabiliti dalam koperasi.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease