WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2021

Impak, Potensi dan Peluang Kerjaya Dalam Pandemik Covid-19

>>12

APRIL 2021 JILID: WP03 / 04

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

Teknologi Digitalisasi Pacu Kecermerlangan

>>04

Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 Rangsang Program Keusahawanan Koperasi

Koperasi Orang Asli Perlu Bergerak Dalam Gabungan

>>07

Memartabatkan Institusi Wakaf Koperasi >>09 Budaya Keusahawanan Melalui KKM >>10 ‘LengQuas’ Menepati Cita Rasa Tempatan >>18

YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, berucap dalam Perasmian TransKoM 2021-2025.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI K OPERASI mampu menjadi sebuah gerakan yang efektif dan berupaya merangsang pembangunan keusahawanan masyarakat di Malaysia. Semangat kerjasama yang wujud dalam prinsip asas gerakan koperasi itu sendiri menjadi cerminan kepada keprihatinannya dalam membantu me- ningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat.

YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia berkata, inilah masa yang sesuai untuk melaksanakan langkah transformasi bagi membantu memperkasa dan menjadikan gerakan koperasi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi Malaysia yang lebih seimbang, inklusif dan mampan.

BERSAMBUNG DI MUKA 2

2

APRIL 2021

DARI MUKA 1

Tan Sri Muhyiddin sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Pelan Transformasi Koperasi Malaysia atau TransKoM 2021-2025 pada 30 Mac 2021 di Kuala Lumpur menegaskan bahawa transformasi secara menyeluruh terhadap gerakan koperasi perlu dilaksanakan bagi memperkasa dan memantapkan lagi peranannya supaya terus mampan selain dapat dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi seiring dengan zaman digitalisasi. “Sekiranya semua gerakan koperasi bergerak secara proaktif dan bersepadu, sudah pasti setiap anggotanya akan menerima manfaat dan peningkatan dari segi taraf sosioekonomi dan impaknya adalah sangat besar kepada negara kita. Justeru, wajarlah gerakan koperasi menjadi wahana dalam memacu dan memaju sosioekonomi rakyat bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujar beliau. TransKoM 2021-2025 yang menggariskan sebanyak 5 Bidang Tujahan, 20 Langkah Strategik dan 36 Program serta Aktiviti akan menjadi pemacu kepada pembangunan koperasi secara lebih progresif dan berdaya saing, seterusnya dapat menjamin kelangsungan gerakan koperasi dan

menjadi penyumbang utama terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan sosioekonomi masyarakat. “Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021 – 2025 atau TransKoM yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini adalah bertepatan dalam menjadi paksi transformasi kepada gerakan koperasi di Malaysia,” ujar beliau. Katanya lagi, pandemik Covid-19 secara tidak langsung juga telah mengajar kita tentang erti bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Semangat kerjasama

ini juga merupakan prinsip asas gerakan koperasi. Peranan yang dimainkan oleh koperasi dalam mengenal pasti anggota yang terjejas dan menyalurkan bantuan yang diperlukan, mencerminkan keprihatinan koperasi kepada masyarakat. Perdana Menteri turut menyeru semua pihak yang terlibat dalam pembangunan sektor koperasi terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia, ANGKASA serta gerakan koperasi agar memberikan kerjasama dan komitmen yang padu dan berterusan dalam melaksanakan anjakan trasformasi yang

dibawa melalui TransKoM 2021-2025. “Saya mahu semua 14,668 koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia menjadi lebih aktif dan bersama- sama meningkatkan prestasi ekonomi negara,” katanya. Beliau juga mahu semua koperasi dapat bergerak secara lebih aktif malah menyeru koperasi dorman supaya bangkit semula dan menjadi sebuah koperasi yang lebih dinamik serta berjaya. Sementara itu dalam ucapan alu-aluan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato' Sri Dr. Wan Junaidi

Tuanku Jaafar menyatakan keyakinan bahawa gerakan koperasi berupaya untuk kembali aktif dan memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada ekonomi negara. Katanya, TransKoM 2021-2025 merupakan dokumen strategik yang menggariskan langkah- langkah transformasi bagi memperkasakan Gerakan Koperasi di Malaysia dan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi anggota koperasi dan masyarakat di Malaysia. Beliau juga yakin pelan transformasi tersebut akan dapat membantu mengembalikan semula semangat perjuangan asal penubuhan koperasi dan akhirnya dapat memastikan kebajikan sosioekonomi anggotanya terus dijaga. Antara yang hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Haji Abdul Latiff Ahmad, Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin; Timbalan Menteri Pendidikan 1, Tuan Muslimin Yahaya; Ketua Setiausaha MEDAC, Dato' Suriani Dato' Ahmad; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh; Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar dan Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah. Majlis pelancaran TransKoM 2021-2025 turut diserikan dengan kehadiran pemimpin koperasi yang berkumpul di setiap negeri bagi bersama-sama menyaksikannya secara dalam talian. Majlis diakhiri dengan pelancaran buku TransKoM dan sesi penyampaian cek pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) serta Program Pembiayaan Koperasi oleh Bank Rakyat kepada beberapa buah koperasi terpilih.

YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia melancarkan buku Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025.

YAB Perdana Menteri bergambar bersama tetamu di majlis pelancaran TransKoM 2021-2025.

3

APRIL 2021

Dari Meja Presiden

P elan Transformasi Koperasi Malaysia atau TransKoM 2021-2025 yang berpaksikan modenisasi dalam tadbir urus koperasi merupakan satu simbol penghargaan, keyakinan dan harapan tinggi daripada kerajaan terhadap masa depan gerakan koperasi di negara kita. Sudah tiba masanya untuk koperasi kembali menjadi sebuah pertubuhan yang lebih dinamik terhadap ekonomi negara dan berjaya memberi kesan secara langsung kepada sosioekonomi anggotanya. ANGKASA akan memainkan peranannya dengan mempergiatkan pertemuan secara langsung bersama koperasi bagi mendekati dan menyelami sebarang permasalahan yang membataskan koperasi untuk terus maju. Saya sedia untuk berjumpa dengan wakil kepimpinan koperasi bagi menyampaikan hasrat kerajaan melalui TransKoM 2021-2025 serta membantu memberikan pandangan tentang apa sahaja ruang dan peluang yang boleh dilaksanakan demi membangunkan ekonomi koperasi. Namun pada masa yang sama, koperasi juga haruslah merancang bagaimana untuk meningkatkan lagi perolehan melalui perniagaan sedia ada di samping mempelbagaikan aktiviti perniagaan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Kerjasama yang erat dengan SKM mampu membantu ANGKASA untuk mengenalpasti peluang- peluang perniagaan baharu yang boleh dijalankan melalui saluran koperasi. Selain itu juga, ANGKASA akan mencari rakan strategik daripada pelbagai arah termasuk agensi swasta untuk bersama-sama membantu menggerakkan ekonomi koperasi khususnya projek yang berimpak tinggi. ANGKASA akan menggunakan kekuatan dan hubungan yang baik dengan koperasi di luar negara untuk membantu koperasi di Malaysia mengembangkan pasaran baharu melalui platform koperasi. Kita akan memperkenalkan model pengurusan perniagaan koperasi komuniti ke negara-negara yang lain seperti model koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid. Pendekatan ini dilihat wajar bagi mewujudkan jaringan yang lebih luas sesama koperasi dan menjadikan jaringan tersebut sebagai landasan untuk saling mempromosikan produk dan perkhidmatan koperasi. Ia sekali gus akan membantu menyebarluaskan lagi pasaran produk koperasi. Kerjasama antara koperasi itu sendiri diharap mampu memberikan impak positif terhadap harga produk supaya lebih kompetitif di pasaran dan pada masa yang sama, meningkatkan kapasiti jualan dan perolehan koperasi.

Sumber : Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did

• Aizal Azizan Sajari • Mohamad Zairul Hafiz Sardin Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

4 KOPERASI

APRIL 2021

Teknologi Digitalisasi Pacu Kecemerlangan

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI K operasi perlu merebut peluang untuk terus belajar dan menguasai teknologi digitalisasi melalui program pembangunan yang dijalankan supaya ilmu tersebut dapat dimanfaat dengan sewajarnya dalam memacu kecemerlangan koperasi seiring dengan perkembangan semasa. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program seminar yang menjurus kepada teknologi digitalisasi merupakan antara pendekatan tadbir urus yang wajar dipacu dan dikembangkan sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 yang merangkumi banyak aspek teknologi dan inovasi. Katanya, menerusi seminar tersebut juga, tahap pengetahuan, keupayaan dan kemahiran dalam kalangan pemimpin koperasi dan koperator juga akan dapat ditingkatkan dalam mendepani cabaran dunia digitalisasi. Ilmu berkaitan digitalisasi

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut melawat ruang pameran oleh rakan strategik.

dan pencapaian koperasi khususnya dalam memasarkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan. Beliau yang berucap merasmikan program Seminar Online Digitalisasi Koperasi ‘Pemerkasaan Teknologi kepada Perniagaan dan Koperasi’ di Institut Koperasi Malaysia (IKM), Petaling Jaya pada 7 April 2021 turut melancarkan Technology Lab IR 4.0 iaitu sebuah makmal digitalisasi yang bertujuan untuk menemukan koperasi dengan rakan teknologi pemain industri. Makmal tersebut juga adalah sebagai platform untuk meningkatkan keupayaan koperasi mendapatkan bimbingan melalui sistem

sokongan yang disediakan oleh rakan kolaborasi yang dilantik. Ia sekali gus mampu meningkatkan keupayaan koperasi untuk melestarikan potensi dan prestasi perniagaan yang dijalankan. Menurut beliau lagi, koperasi dapat menyesuai dan mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pentadbiran melalui tumpuan terhadap elemen utama IR 4.0 itu sendiri iaitu Analisis Dataraya, Internet of Things (IoT), Simulasi dan Integrasi Sistem dalam gerakan koperasi. Pendedahan dan bimbingan daripada semua pihak berkepentingan tersebut katanya akan dapat memberi impak yang lebih besar terhadap gerakan

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berucap merasmikan Seminar Online Digitalisasi Koperasi.

koperasi mengenai bagaimana teknologi IR4.0 dapat membantu koperasi memacu pertumbuhan perniagaan melalui teknologi terkini. Seramai 300 peserta daripada seluruh negara menghadiri seminar tersebut yang berlangsung secara dalam talian. Hadir sama di majlis perasmian tersebut

Seri Mohammad Zuki Ali, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin

Salleh; Ketua Pengarah IKM, Datuk Mohd Ali Mansor; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili Presiden ANGKASA, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

itu juga dapat berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan tahap kecekapan, kemajuan

ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk

YB Menteri bersama barisan tetamu dan rakan-rakan strategik.

5 ANGKASA

APRIL 2021

Potensi Koperasi Terokai Peluang di Jerai Geopark Oleh AIZAL AZIZAN SAJARI J erai Geopark mempunyai potensi untuk menarik minat pelancong yang menggemarkan alam semula jadi dan tidak dan membantu gerakan koperasi untuk meluaskan perniagaan menerusi melalui penubuhan Konsortium Koperasi Pelancongan Jerai Geopark. Katanya, usaha

tersebut boleh direalisasikan jika koperasi dan komuniti sepakat membentuk satu pelan tindakan pelancongan berinovatif. Jerai Geopark yang mempunyai keluasan keseluruhan 816 kilometer persegi dengan keluasan daratan 501 kilometer persegi merangkumi sebahagian daerah Kuala Muda dan daerah Yan serta lima pulau baki iaitu Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Sayak, Pulau Songsong dan Pulau Telur. Seramai 60 peserta daripada koperasi dan komuniti di negeri Kedah telah menyertai Bengkel Memperkasakan Koperasi Dalam Kawasan Jerai Geopark yang berlangsung selama dua hari di puncak Gunung Jerai bermula 21 Mac 2021. Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu kertas kerja Pembangunan Geotapak Sebagai Potensi Pelancongan Dan Perniagaan Perkhidmatan Pelancongan yang disampaikan oleh Prof Dato' Dr Mokhtar Saidin. Kertas kerja kedua iaitu Jerai Geopark-Potensi Geotapak Sebagai Produk Pelancongan disampaikan oleh Puan Nur Susila Md Saaid dan kertas kerja ketiga iaitu Membangunkan Komuniti Melalui Koperasi yang disampaikan oleh Encik Hamudi Mat Hassan. Hadir sama di majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr Mohd Azlan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh bersama anggota JPAN Kedah; Pengerusi JPAN Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah dan Prof Emeritus Dato' Dr Ibrahim Komoo, selaku Fasilitator program.

hairanlah ia dikatakan sebagai 'Permata Rahsia Negeri Kedah' kerana masih ramai yang tidak mengetahui tentang keindahan di Gunung Jerai Geopark. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Dato' Suraya Yaacob berkata demikian Bengkel Memperkasakan Koperasi Dalam Kawasan Jerai Geopark anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah di The Jerai Hill Resort Gunung Jerai, Kedah pada 23 Mac 2021. Menurut beliau, program ini dapat menjadi platform ketika merasmikan Majlis Penutupan kepada komuniti untuk mewujudkan jaringan perniagaan koperasi di dalam kawasan Jerai Geopark dan memberi ruang untuk menjana pendapatan koperasi. Satu kertas kerja komprehensif untuk mencadangakan perkara ini akan dibawa ke pihak kementerian untuk membantu memajukan gerakan koperasi di Jerai Geopark sekali gus dapat memberi manfaat sosioekonomi kepada masyarakat khususnya komuniti di negeri Kedah. “Selain itu, ia juga dapat menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menjana pendapatan negara terutamanya melalui aktiviti keusahawanan,” ujar beliau. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika berucap dalam majlis yang sama berkata, pihak kerajaan boleh memberi sokongan

Dato’ Suraya Yaacob ketika merasmikan Majlis Penutup Bengkel Memperkasakan Koperasi Dalam Kawasan Jerai Geopark.

Dr Mohd Azlan Yahya (kanan) dan Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah hadir sama di Bengkel Memperkasakan Koperasi Dalam Kawasan Jerai Geopark.

Sebahagian peserta bengkel yang hadir. peserta bengkel yang hadir.

6 ANGKASA

APRIL 2021

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI Kerjasama SKM – ANGKASA Ke Arah Pemerkasaan Koperasi di Perak K erajaan negeri Perak mahu memastikan kesejahteraan sosioekonomi rakyat dapat dicapai menerusi pelan pembangunan ekonomi koperasi yang dibentuk dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA. Pengerusi Jawatankuasa Justeru, kerajaan negeri akan memastikan sektor tersebut diperkasa dan dibantu secara lebih mapan bukan sahaja dari aspek pemerkasaan ekonomi malah turut melibatkan program pembangunan modal insan anggota dan pengurusan infrastruktur yang selari dengan keperluan semasa. Katanya, pelan itu juga sangat signifikan kepada program rantaian nilai dan pemasaran yang akhirnya mampu memberi sumbangan secara lebih bermakna kepada perolehan koperasi, anggotanya dan tabung makanan negara secara amnya. Katanya lagi, pelan tersebut juga dianggap sebagai satu 30 Mac 2021 di Ipoh. Seramai 120 wakil koperasi hadir dalam majlis tersebut. Dato' Haji Zainol Fadzi juga bertindak sebagai salah seorang panel dalam sesi dialog yang membawa tajuk 'Hala Tuju Koperasi Normal Baharu'. Dua panel yang lain ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak, Encik Meor Mohammad Shariffudin Meor Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri. Majlis dialog itu juga turut dipancarkan secara langsung menerusi tujuh hub mengikut daerah di negeri Perak iaitu dari

Taiping, Kuala Kangsar, Manjung, Gerik, Batang Padang, Hilir Perak dan Seberang Perak melibatkan penyertaan lebih 300 peserta. Sesi taklimat mengenai projek BA100 ANGKASA menjadi antara pengisian program dan disampaikan oleh pegawai BA100 ANGKASA, Encik Amirul Hafiz. Taklimat tersebut disampaikan secara langsung oleh beliau menerusi aplikasi virtual dari Hotel Taiping Perdana. Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil dan cenderamata kepada 10 buah koperasi negeri Perak yang tersenarai dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia tahun 2020.

Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, YB Dato' Haji Zainol Fadzi bin Paharudin berkata, pelan tersebut yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu 'Pelan Modal Insan', 'Penyediaan Infrastruktur' dan 'Penyediaan Pelan Perniagaan yang Berdaya Maju dan Berdaya Saing' dibentuk bagi memberi impak lebih tinggi terhadap keseluruhan pelan pembangunan sosioekonomi gerakan koperasi di negeri Perak. Menurut beliau, sebagai contoh, sebanyak 36% atau 600 buah koperasi daripada 1,649 buah koperasi yang berdaftar di negeri Perak adalah di bawah fungsi pertanian.

suntikan baharu kepada gerakan koperasi di negeri Perak supaya dapat bergerak secara lebih maju dan mampu memberi daya saing lebih tinggi. Ia sekali gus dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih cemerlang kepada gerakan koperasi dan anggotanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan pembentangan 'Pelan Pembangunan Ekonomi Koperasi Negeri Perak' dalam Majlis Apresiasi Sesi Dialog Gerakan Koperasi Negeri Perak 2021 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak pada

Haji Mohd Rosli menjawab pertanyaan yang diutarakan oleh salah seorang peserta.

Sebahagian daripada wakil koperasi terbaik Malaysia tahun 2020 menerima sijil dan cenderamata daripada Dato’ Haji Zainol Fadzi.

Bergambar bersama peserta program di akhir majlis. bersama peserta program di akhir majlis.

7 ANGKASA

APRIL 2021

Koperasi Orang Asli Perlu Bergerak Dalam Gabungan

oleh Ahli Dewan Negara, YB Senator Dato' Haji Isa Ab Hamid. Beliau dalam ucapannya telah meminta koperasi orang asli supaya dapat meningkatkan lagi jumlah syer bagi setiap anggotanya agar dapat membantu mengembangkan modal dan keupayaan dalam perniagaan koperasi. Katanya, pelbagai agenda ekonomi dapat diwujudkan sekiranya koperasi mempunyai modal yang setimpal sekali gus mampu memberi daya saing secara lebih seimbang di pasaran. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac menyaksikan penyertaan seramai 30

anggota yang mewakili lima buah koperasi Orang Asli di negeri Perak. Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Pengarah JAKOA Negeri Perak, Encik Harulnizam Abd Rahman; Timbalan Pengarah 1 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak, Encik Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Dato' Abdul Fattah menyampaikan cenderamata berupa produk koperasi kepada YB Senator Dato' Haji Isa Ab Hamid.

K operasi Orang Asli disaran supaya lebih agresif memaksimumkan keupayaan dan kelebihan yang dimiliki bagi menjana usaha ke arah mewujudkan perolehan lebih tinggi dalam kegiatan ekonomi koperasi. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, setiap anggota dalam koperasi Orang Asli harus bijak mengambil peluang ekonomi dengan membentuk satu gabungan

mantap dengan mencipta peluang ekonomi baharu secara bersepadu. Inisiatif penggabungan itu berupaya memberi manfaat kepada anggotanya seperti dapat melahirkan peluang pekerjaan baharu serta membentuk usahawan koperasi yang lebih berjaya. Katanya lagi, Trasformasi Koperasi Malaysia (TransKom) yang dilancarkan dijangka akan merancak dan membuka lebih banyak peluang ekonomi baharu kepada sektor koperasi. Justeru, beliau

menggalakkan koperasi orang asli supaya dapat bergerak secara gabungan bagi memperkasakan aktiviti ekonomi melalui penggabungan dana, sumbangan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki anggotanya. Dato' Abdul Fattah berkata demikian dalam ucapan alu-aluan majlis perasmian Bengkel Perniagaan Koperasi Orang Asli Peringkat Negeri Perak 2021 di Hotel Taiping Perdana pada 25 Mac 2021. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan

Pengarah JAKOA Negeri Perak, Encik Harulnizam Abd Rahman memberikan taklimat kepada peserta program.

8 ANGKASA

APRIL 2021

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Kerjasama Bantu Perniagaan Koperasi

A

NGKASA sedia bekerjasama, membantu dan menjadi wakil jurucakap antara koperasi dengan

kerajaan bagi memperkasa dan meningkatkan lagi pencapaian sektor perniagaan koperasi sejajar dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia atau TransKoM 2021-2025. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, perolehan KDNK koperasi perlu ditingkatkan dari tahun ke tahun sekurang- kurangnya 10% sekali gus dapat mencapai angka yang disasarkan iaitu sebanyak RM60 billion menjelang tahun 2025. Justeru, kepelbagaian aktiviti jualan kini menjadi keutamaan dan perhatian bagi melengkapi aspirasi tersebut. Usaha berterusan juga sangat perlu bagi mengoptimumkan peluang dan melaksanakan aktiviti sektor perniagaan koperasi

Dato' Abdul Fattah menyampaikan plak iklan BA100 kepada Pengerusi KKPDPDBB, Hajah Sakdiah Haji Haron sebagai simbolik projek kedai runcit KKPDPDBB yang bakal dibuka dalam masa terdekat di Port Dickson.

Sesi serahan bantuan turut dijalankan di rumah asnaf.

Salah seorang wakil anggota menerima bantuan yang disampaikan oleh Dato' Abdul Fattah.

mengikut pelan jangka panjang yang terangkum melalui TransKoM 2021- 2025. Program digitalisasi koperasi menjadi antara pendekatan terbaharu yang akan dikembangkan oleh ANGKASA mengikut sektor ekonomi koperasi sesuai dengan situasi semasa dan permintaan terhadap perniagaan secara online yang cukup tinggi. Dato' Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap merasmikan program CSR CoopCare ANGKASA Prihatin Covid-19 kepada Koperasi Kenderaan dan Pengangkutan Daerah Port Dickson (KKPDPDBB) yang berlangsung pada 3 April 2021. Sebanyak 50 pek sumbangan berupa barangan keperluan asas telah diserahkan oleh Presiden ANGKASA kepada lima wakil anggota KKPDPDBB yang hadir.

Majlis yang berlangsung di pejabat koperasi berkenaan di Batu 1, Jalan Seremban, Port Dickson turut dihadiri Naib Presiden ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah; Pengerusi KKPDPDBB, Hajah Sakdiah Haji Haron dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Bergambar di hadapan bangunan Koperasi Kenderaan dan Pengangkutan Daerah Port Dickson Berhad.

9 ANGKASA

APRIL 2021

Memartabatkan Institusi Wakaf Koperasi

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI A NGKASA komited untuk menjadi ikon dan perintis dalam usaha untuk memartabatkan wakaf melalui gerakan koperasi tanpa mengira agama dan kaum. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, selari dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu 'Berprihatin Terhadap Masyarakat', ANGKASA mahu memastikan hasrat penyumbang dana melalui platform Infaq Lil-Waqf ANGKASA dapat dilunaskan secara lebih meluas sekali gus mencapai matlamat seperti yang dihasratkan. Katanya, kredibiliti

Pembangunan Syariah ANGKASA pada 1 April 2021. Webinar tersebut yang dipengerusikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menampilkan dua panelis iaitu Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hisbah Infaq Lil-Waqf ANGKASA, Dato' Dr. Haji Nooh Gadot dan Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor yang juga merangkap Ahli Jawatankuasa Hisbah Infaq Lil-Waqf ANGKASA, Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir. Seramai 520 peserta mewakili pemimpin dan anggota koperasi dari seluruh negara mengikuti Webinar tersebut menerusi aplikasi maya Zoom Meeting. Antara yang turut serta ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Naib- Naib Presiden ANGKASA, Pengerusi-Pengerusi Jawatakuasa Perhubungan ANGKASA Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA.

Dato' Abdul Fattah merasmikan program.

menghargai sokongan dan para penyumbang, Dato' Abdul Fattah juga turut menyeru agar jumlah sumbangan dapat ditingkatkan supaya lebih banyak program kebajikan dan pembangunan kemasyarakatan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan sama ada di dalam dan luar negara. Beliau berucap merasmikan Program Webinar Jom Perkasa Infaq Lil-Waqf anjuran Bahagian Pengurusan dan

NAIB Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menjadi moderator program webinar tersebut. - Menyediakan pusat penjagaan dan perlindungan seperti Pusat Jagaan Darul Sakinah. - Mewujudkan perkhidmatan kesihatan Pusat Dialisis (membiayai kos rawatan pesakit). - Membina pusat perniagaan koperasi. - Mewujudkan perkhidmatan penginapan rumah rehat. - Menubuhkan institusi pendidikan. MANFAAT SUMBANGAN INFAQ LIL-WAQF ANGKASA

ANGKASA dalam pengurusan dana wakaf yang telus dan profesional terbukti apabila ANGKASA dilantik sebagai nazir khas atau pengurus aset bagi projek mega wakaf di kebanyakan negeri di Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri.

Majlis Dato' Dr. Haji Nooh Gadot.

*Tidak termasuk sumbangan tahunan RM1 juta oleh ANGKASA

Menurut beliau, sejak 2010 hingga kini, sebanyak RM12,900,888.37 telah disalurkan kepada sektor ekonomi, pendidikan dan kesihatan di seluruh Malaysia tanpa mengira agama dan kaum. Sehingga Mac 2021, jumlah sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA yang terkumpul berjumlah RM18, 675,413.19 termasuk RM1 juta sumbangan ANGKASA setiap tahun. Di samping

Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir.

10

APRIL 2021

Budaya Keusahawanan Melalui KKM

Dato' Abdul Fattah sewaktu berkunjung ke kedai runcit Koperasi Al-Hijrah Bandar Sunggala Port Dickson Berhad.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI P enerapan budaya ekonomi yang sesuai dengan jiwa dan persekitaran masjid wajar dibangun dan dikembangkan secara lebih dinamik melalui koperasi kariah masjid (KKM). Demikian menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Haji Abdullah sewaktu melakukan tiga siri lawatan ke KKM di Negeri Sembilan pada 3 April 2021. Katanya, melalui penglibatan secara bersama antara KKM dan kariah setempat, banyak produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dapat disalurkan secara jaringan bukan sahaja di peringkat domestik malah dapat merentasi negara lain. Koperasi Al-Hijrah Bandar Sunggala Port Dickson Berhad menjadi destinasi lawatan pertama Presiden ANGKASA. Beliau yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah berkesempatan mengunjungi kedai runcit koperasi berkenaan yang terletak berhadapan surau

Al-Hijrah Bandar Sunggala di Port Dickson. Seterusnya, Dato' Abdul Fattah mengunjungi Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad bagi merasmikan Program Pembangunan Insan Koperasi Kariah Masjid Projek BA100 beliau disambut barisan anggota jawatankuasa diketuai Pengerusi Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah. Seterusnya, Program Pembangunan ANGKASA. Kehadiran

Produk koperasi antara yang turut dijual di kedai runcit Koperasi Kariah Masjid Paroi Jaya Seremban Berhad.

Insan Koperasi Kariah Masjid Projek BA100 diteruskan ke Koperasi Kariah Masjid Paroi Jaya Seremban Berhad. Kehadiran Dato' Abdul Fattah dan Dato' Haji Ibrahim telah disambut barisan anggota jawatankuasa koperasi berkenaan yang diketuai

menyatakan penghargaan atas inisiatif yang telah dan sedang dijalankan oleh semua anggota jawatankuasa KKM dalam usaha berterusan menjayakan agenda ekonomi koperasi.

Setiausahanya, Haji Sidik Maamor. Seramai 20 anggota baharu daripada kedua-dua buah koperasi tersebut yang dibiayai keanggotaannya oleh Unit Pembangunan Zakat ANGKASA telah menerima bantuan barangan keperluan asas

melalui projek BA100. Selain sumbangan barangan, golongan asnaf itu juga turut menerima sedikit bantuan kewangan sebagai persediaan awal bagi menyambut ketibaan Ramadan. Dato' Abdul Fattah dalam ucapannya turut

11

APRIL 2021

KKM Bantu Masjid Jadi Pusat Kecemerlangan Ummah

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berucap pada perasmian Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya Selangor Berhad di Balakong pada 4 April 2021.

Anggota Lembaga Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya Selangor Berhad yang diketuai oleh Pengerusinya, Haji Azizan Abu Che (dua dari kiri) membawa Dato’ Abdul Fattah berkunjung ke bilik stor yang menempatkan barangan jualan.

Dato' Abdul Fattah bergambar bersama Anggota Lembaga Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya Selangor Berhad.

Tapak gerai berkeluasan melebihi 100 kaki persegi akan disewakan oleh koperasi kepada anggota yang mahu menjalankan perniagaan.

Oleh NADIAH KAMARUDIN D alam usaha untuk menjadikan masjid sebagai sebuah pusat kecemerlangan ummah, koperasi kariah masjid (KKM) perlu memberikan perkhidmatan terbaik melalui kepelbagaian aktiviti perniagaan yang boleh meningkatkan kesejahteraan anggota dan komuniti setempat. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan perasmiannya pada Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya Selangor Berhad di Balakong, Selangor pada 4 April 2021. Katanya, penubuhan KKM perlu dilihat sebagai sebuah fardhu kifayah memandangkan usaha tersebut adalah demi meningkatkan ekonomi ummah. "Anggota perlu melihat penubuhan koperasi kariah masjid dalam skop yang lebih luas lagi iaitu koperasi ditubuhkan bukan sahaja untuk memberikan manfaat kepada mereka semata-mata, tetapi untuk membantu golongan yang amat memerlukan," ujar beliau. Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya Selangor Berhad telah ditubuhkan pada 3 November 2019 dan diluluskan pendaftarannya pada 7 Februari 2020 dengan keanggotaan seramai 104 orang. Koperasi ini tidak berlengah dalam menjalankan kegiatan ekonomi sejurus didaftarkan dengan mengadakan karnival jualan barangan keperluan asas dan berjaya

meraih nilai kutipan jualan sebanyak RM12 ribu. Menyertai Projek Barangan

Asas 100 (BA100) secara rasminya pada 5 Mac 2021, koperasi ini telah mempersiapkan sumbangan berupa barangan asas untuk diberikan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan orang kurang upaya menjelang bulan Ramadan. Melalui Projek BA100 juga, Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya yakin dapat meningkatkan lagi nilai jualan dan menarik bukan sahaja umat Islam, malah yang bukan Islam untuk membeli barangan runcit yang dijual oleh koperasi.

Dalam usaha menggalakkan anggota untuk menjalankan perniagaan sendiri, koperasi ini juga sedang dalam proses mendapatkan lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Kajang untuk membina tapak perniagaan yang akan menempatkan sebanyak tujuh buah gerai dan

akan disewakan kepada anggota yang berminat. Hadir sama di majlis perasmian mesyuarat tersebut

ialah Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

12 RENCANA

APRIL 2021

Impak, Potensi dan Peluang Kerjaya Dalam Pandemik Covid-19

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

M

enurut Bank Pembangunan Asia (ADB), pandemik Covid-19 memberi impak

besar kepada ekonomi dunia berikutan perintah berkurung yang berpanjangan di Asia sehingga menyebabkan kehilangan pekerjaan sehingga 167 juta. Sektor ekonomi paling terjejas adalah pekerja kurang mahir, perusahaan kecil dan sederhana; sektor runcit, sektor rekreasi dan hospitaliti, pelancongan, pengangkutan dan penerbangan yang berorientasikan buruh selain perniagaan yang banyak bergantung kepada wanita serta perniagaan kecil dan tidak rasmi. Kesan Covid-19 dan kemelesetan ekonomi menyaksikan ramai pekerja dibuang kerja sehingga mereka terpaksa mencari pekerjaan baharu atau menukar kerjaya untuk merebut peluang lebih baik dalam norma baharu masa kini. Di Malaysia, susulan impak pandemik Covid-19, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menganggarkan 75,000 graduan pada tahun 2020 mungkin terjejas peluang mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi – Career Advancement Programme atau KPT-CAP di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada September 2020 menyatakan berdasarkan 41,161 graduan yang belum bekerja dalam tahun 2019, serta unjuran 75,000 bagi tahun semasa, dianggarkan seramai 116,161 graduan perlu diberi perhatian untuk ditingkatkan kebolehpasaran mereka. Di Malaysia, susulan impak pandemik Covid-19, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menganggarkan 75,000 graduan pada tahun 2020 mungkin terjejas peluang mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Antara inisiatif dilaksanakan kementerian adalah menyediakan kemudahan berbentuk bantuan dana kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk inisiatif MyBrain Science , Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi dan Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU). Impak pandemik menyebabkan isu gaji dipotong dan kehilangan pekerjaan kini bukan lagi perkara baharu. Kerajaan membelanjakan jumlah yang cukup besar bagi membangunkan modal insan dalam era Covid-19 ini. Sebagai contoh, melalui pelaksanaan PENJANA sebanyak RM100 juta dibelanjakan untuk National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) untuk menyelesaikan masalah negara melalui penggunaan teknologi. Konsep pendigitalan yang diperkenalkan Kerajaan bakal memperlihatkan tugasan baru kepada pekerja dalam melakukan kerja harian mereka ke arah membangunkan modal insan demi memastikan kelangsungan organisasi dan negara terus terjamin. Dalam usaha kita menghadapi pasca pandemik Covid-19, Kerajaan sudah berusaha membangunkan modal insan dengan cabaran baharu. Umpamanya dengan penggunaan teknologi sebagai pemangkin mempercepatkan pemulihan lebih-lebih lagi penggunaan teknologi yang semakin meningkat kerana pekerja terpaksa bekerja dari rumah.

Kakitangan merupakan aset utama dalam organisasi yang boleh menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi. Kakitangan yang mahir, cekap dan berkualiti, lazimnya dapat membantu organisasi cemerlang. Oleh yang demikian, organisasi

perlu mengatur strategi dan langkah yang bijak dalam mewujudkan modal insan yang benar- benar cekap, mahir dan efisien dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Program latihan yang teratur dan dikendalikan

oleh fasilitator berkebolehan serta terlatih mampu melahirkan generasi pekerja yang berdaya saing seterusnya memberikan

Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia ANGKASA

keuntungan kepada organisasi dari segi kualiti produktiviti. Ia sekali gus membantu mereka menyesuaikan diri dengan teknik dan cara kerja yang baru serta perubahan dalam organisasi

khususnya dalam bidang berorientasikan teknologi. Menurut Naib Presiden

ANGKASA merangkap Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek Dan Pembangunan Strategi)

Temanya iaitu ‘Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan Dan Seimbang’ merupakan alternatif kebolehpasaran

sebagai pencari kerja ( job seekers ) kepada pencipta pekerjaan ( job creator ). Pelan ini amat bertepatan dengan suasana pandemik Covid-19 bagi merangsang ekonomi yang telah banyak terjejas.

13

RENCANA

APRIL 2021

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, KPT telah mengambil langkah proaktif memupuk bakal graduan menceburi bidang keusahawanan melalui Pelan Tindakan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2021-2025 bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan pelajar pengajian tinggi. “Temanya iaitu ‘Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan Dan Seimbang’ merupakan alternatif kebolehpasaran sebagai pencari kerja ( job seekers ) kepada pencipta pekerjaan ( job creator ). Pelan ini amat bertepatan dengan suasana pandemik Covid-19 bagi merangsang ekonomi yang telah banyak terjejas. “Ia boleh membantu KPT mencapai matlamat meningkatkan

minat pelajar dalam bidang keusahawanan, bertepatan dengan kewujudan Koperasi Siswa di setiap IPT yang boleh dijadikan sebagai inkubator keusahawanan dalam kalangan mereka. “Melalui penglibatan ini, pelajar boleh membuat keputusan secara kolektif serta menggunakan modal dengan berhemah ketika menjalankan perniagaan dengan pemantauan Pusat Keusahawanan IPT masing-masing,” katanya. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman berkata, lanjutan kepada impak pandemik Covid-19, negara perlu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing, sebaliknya memberi peluang kepada warga tempatan untuk mengisi keperluan profesional dan separuh mahir serta membuka peluang kepada graduan tempatan

merangsang kebolehpasaran sektor pekerjaan. “Organisasi kini berhadapan dengan norma baharu dalam suasana pekerjaan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting. Pekerja terpaksa memahami ‘Big Data’ atau ‘Cloud’ bagi membantu kecekapan perkhidmatan yang diberikan. “Situasi ini telah meningkatkan penggunaan teknologi baru sekali gus membantu Kerajaan mempercepatkan proses Revolusi Industri 4.0 iaitu trend yang telah banyak merubah bidang kehidupan manusia termasuk ekonomi, dunia pekerjaan dan juga gaya hidup

manusia. “Revolusi Industri 4.0 ini juga mengetengahkan teknologi pintar yang dapat menghubungkan dengan pelbagai bidang kehidupan manusia termasuk alternatif kerja pejabat boleh dilaksanakan di rumah yang kini sedang diadaptasikan di setiap organisasi seluruh dunia dalam suasana pandemik Covid-19 ini,” katanya. Ujarnya, Industri 4.0 adalah satu revolusi baharu yang akan memberikan lebih banyak kemudahan kepada kehidupan

“Organisasi kini berhadapan dengan norma baharu dalam suasana pekerjaan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting. Pekerja terpaksa memahami ‘Big Data’ atau ‘Cloud’ bagi membantu kecekapan perkhidmatan yang diberikan.

manusia sekali gus meningkatkan produktiviti ekonomi, hospitaliti, perkhidmatan dan sektor lain. ANGKASA Manfaat Kepakaran UMK Melalui AURA

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

A NGKASA bakal menggunakan kepakaran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam membangunkan modul keusahawanan koperasi menerusi kerjasama strategik melalui ANGKASA- UMK Research Academy (AURA). AURA merupakan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan kecemerlangan koperasi milik bersama ANGKASA- UMK yang akan berperanan sebagai pusat latihan dan kemahiran. Menerusinya AURA, ANGKASA akan akan menggunakan kepakaran UMK termasuk melatih pegawai ANGKASA

Webinar AURA 'Sektor Koperasi Pasca Covid-19: Ubah Atau Rebah' mengetengahkan panel-panel daripada pelbagai bidang.

meningkatkan tahap ilmu, kemahiran dan profesionalisme dalam bidang pembangunan perniagaan, penyelidikan dan modal insan koperasi. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, AURA bakal merancakkan lagi peluang kerjasama menerusi pelaksanaan projek pembangunan standard koperasi, program kepimpinan koperasi dan program ekonomi berimpak tinggi. Ia juga diharap dapat memberi manfaat kepada

Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya bertindak sebagai moderator dalam sesi perkongsian ilmu yang menampilkan Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron; Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK; Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahya.

Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahya. Seramai 520 peserta terdiri daripada koperator seluruh negara turut menyertai program tersebut yang julung kali diadakan.

pembangunan modal insan yang berilmu dan berkemahiran dalam keusahawanan koperasi. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Program Webinar AURA 'Sektor Koperasi Pasca Covid-19: Ubah atau Rebah' secara dalam talian melalui Laman Rasmi

Facebook UMK, pada 15 Mac 2021. Siri Webinar AURA dikendalikan moderator iaitu Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya yang menampilkan panel terdiri daripada Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron;

14 RENCANA

APRIL 2021

Sektor Pelancongan Koperasi: Cabaran Pandemik dan Strategi ke Hadapan Oleh SAFINAH SAUFI P andemik coronavirus (COVID-19) telah mencetuskan kejutan krisis ekonomi yang sangat besar kepada industri pelancongan. Tahun 2019 juga menyaksikan perbelanjaan pelancongan asing meningkat sebanyak 2.4 peratus sektor pelancongan global dijangka mengambil masa selama dua hingga

empat tahun. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) turut memaklumkan bahawa negara memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk memulihkan semula industri ini. Tempoh yang agak panjang pastinya memberi cabaran yang besar kepada semua

kepada RM86.1 bilion dengan ketibaan pelancongan sebanyak 26.1 juta orang, manakala perbelanjaan pelancongan domestik pula menyumbang sebanyak RM103.2 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 11.5 peratus. Menurut Menteri

Revisi Organisation for Economic Co- operation and Development (OECD) menganggarkan kesan COVID-19 menyebabkan penurunan 60 peratus dalam pelancongan antarabangsa pada tahun 2020. Ia boleh meningkat kepada 80 peratus, sekiranya pemulihan ditangguhkan sehingga Disember tahun ini. Kesan krisis ini dirasai seluruh ekosistem pelancongan dunia, termasuk Malaysia. Jumlah anggaran kerugian industri pelancongan negara pada tahun 2020 melebihi RM100 bilion. Angka ini termasuk kerugian ditanggung industri pelancongan milik koperasi. Ia meliputi aktiviti ekonomi berkaitan industri pelancongan seperti penginapan, pengangkutan, pusat beli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara. Seperti kita sedia maklum bahawa industri pelancongan merupakan industri ketiga terpenting negara selepas pembuatan dan komoditi serta penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada tahun 2019, industri pelancongan merekodkan sumbangan 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan nilai sebanyak RM240.2 bilion. Sementara itu, guna tenaga dalam industri pelancongan mencatatkan sebanyak 3.6 juta orang yang menyumbang sebanyak 23.6 peratus keseluruhan guna tenaga. Hal ini bermakna, bagi setiap empat pekerjaan di Malaysia, satu daripadanya adalah berkaitan dengan industri pelancongan.

pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri pelancongan negara. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, usaha untuk membuka dan membina semula sektor pelancongan memerlukan pendekatan bersama Kerajaan, industri dan sektor pelancongan koperasi seperti akses perjalanan merentas negeri, kemudahan untuk mengakses sokongan mudah tunai melalui pakej rangsangan ekonomi yang ditawarkan khusus untuk pelancongan, menerapkan protokol kesihatan baharu untuk perjalanan dan perkhidmatan yang selamat, mempelbagaikan pakej pelancongan, pasaran dan tawaran promosi harga yang lebih rendah.

Kesan krisis ini dirasai seluruh ekosistem

Kewangan pada satu wawancara memaklumkan bahawa pelancongan merupakan sektor pertama yang terkesan dengan wabak dan yang terakhir dijangka pulih. Inilah cabaran besar dihadapi oleh penggiat industri, majikan dan pekerja industri pelancongan untuk mengiatkan kembali sektor ini dan seterusnya dapat menyumbang kepada pendapatan dan penjanaan peluang pekerjaan. Pelaksanaan beberapa peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19 juga telah memberi impak besar bukan sahaja kepada industri pelancongan

pelancongan dunia, termasuk Malaysia. Jumlah anggaran kerugian industri pelancongan negara pada tahun 2020 melebihi RM100 bilion. Angka ini termasuk kerugian ditanggung industri pelancongan milik koperasi. Ia meliputi aktiviti ekonomi berkaitan industri pelancongan seperti penginapan, pengangkutan, pusat beli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara.

Dato’ Haji Kamarudin Ismail Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Anggota Lembaga ICA

dan memulihkan ekonomi, peluang masih terbuka kepada koperasi untuk memperbaiki kelemahan yang ada melalui peningkatan kualiti perkhidmatan serta mutu penyampaian. Usaha juga boleh dilakukan dengan memperbaiki infrastruktur untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi yang canggih dan fleksibel seperti penggunaan konferensi video dan transaksi tanpa sentuhan. Ia bagi membolehkan koperasi membudayakan norma baharu tanpa menjejaskan potensi industri pelancongan. Pada peringkat ini, koperasi boleh menjana semula industri pelancongan dengan merancakkan akitiviti pelancongan domestik dan lokaliti atau pelancongan setempat

koperasi tetapi juga pelancongan negara secara keseluruhannya. United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) turut meramalkan bahawa pemulihan

Menurut beliau, dalam usaha menamatkan pandemik Covid-19

Enam Teras Strategik Utama DPN 2020-2030

15

RENCANA

APRIL 2021

sementara sempadan masih ditutup dan mengembalikan keyakinan rakyat untuk melancong di dalam negara. Dalam keadaan sekarang, masyarakat masih belum yakin sepenuhnya untuk melancong ke luar negara dan dalam masa yang sama, mereka perlukan tempat untuk bercuti, mengambil angin luar dan melepaskan diri daripada belenggu terkurung lama sepanjang PKP. Ini satu peluang untuk koperasi

terkoordinasi perlu dilakukan kerana perkhidmatan pelancongan sangat saling bergantung antara satu sama lain. Langkah-langkah yang dilakukan hari ini, akan membentuk pelancongan esok. Koperasi perlu mempertimbangkan implikasi jangka panjang sambil terus berada di depan dalam pendigitalan, menyokong peralihan karbon rendah dan mempromosikan transformasi untuk

Menerusi DPN, Kerajaan menjamin kelangsungan industri pelancongan serta komited menjadikan Malaysia kembali sebagai destinasi terpilih pada peringkat global. Usaha ini akan dicapai melalui pendekatan utama merangkumi pengukuhan daya saing, pembangunan sektor pelancongan secara lestari dan inklusif, serta kesediaan mengharungi bencana pada masa akan datang. Selain itu, koperasi juga perlu peka

mengekalkan pekerja. Insentif tidak langsung pula adalah seperti pengecualian cukai individu RM1,000 kepada pembayar cukai yang melancong dalam negara sehingga Disember 2021 dan e-kupon untuk setiap tiket penerbangan, tiket keretapi dan tempat tinggal untuk pelancongan domestik. Yang pasti, sejak Kerajaan membenarkan operasi perniagaan bermula, mereka yang bekerja dengan perusahaan dan perniagaan akan membuat perjalanan bagi menguruskan perniagaan. Mereka ini seharusnya menjadi sasaran sektor perhotelan dan pelancongan. Dengan kata lain, pelancongan koperasi mesti kreatif membuat strategi pemasaran dengan mewujudkan segmen sasaran pasaran bersesuaian dengan penawaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Difahamkan, kebanyakan penggiat industri tidak menggunakan inisiatif yang digariskan Kerajaan dalam pakej PRIHATIN atau PENJANA sebagai strategi pemasaran untuk memujuk pelancong domestik melalui pengiklanan dan promosi. Kesimpulannya, koperasi harus melihat krisis ini sebagai satu peluang untuk memikirkan kembali pelancongan untuk masa depan kerana pelancongan merupakan bahagian penting dalam menghasilkan pertukaran wang asing dan mendorong pembangunan wilayah. Ia juga secara langsung menyokong banyak jenis pekerjaan dan perniagaan serta memberi manfaat kepada komuniti tempatan.

United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) turut meramalkan bahawa pemulihan sektor pelancongan global dijangka mengambil masa selama dua hingga empat tahun. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) turut memaklumkan bahawa negara memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk memulihkan semula industri ini. Tempoh yang agak panjang pastinya memberi cabaran yang besar kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri pelancongan negara.

memperkemaskan daya penarik pelancongan masing-masing untuk mencerdaskan aktiviti pelancongan mereka. Pada tahap ini, koperasi harus mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Selain itu, rancangan pemulihan pelancongan yang komprehensif perlu diwujudkan untuk membina semula destinasi, mendorong inovasi dan pelaburan. Tindakan ini penting namun untuk membuka semula ekonomi pelancongan dengan jayanya dan memastikan industri ini terus berjalan, lebih banyak tindakan

membina ekonomi pelancongan yang lebih kuat, lestari dan berdaya tahan. Misalnya, Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 23 Disember 2020. Dasar tersebut menyediakan hala tuju yang dinamik dan strategik dalam memulihkan industri pelancongan. Banyak pihak berpendapat, ini adalah langkah yang tepat pada masanya dan pemain industri menjadikan DPN sebagai nafas baharu dalam memulakan tahun 2021.

dan mengambil peluang melalui pelan-pelan pemulihan ditawarkan Kerajaan untuk membantu industri pelancongan kembali pulih dan bertahan dalam situasi sukar ini. Misalnya melalui pelan rangsangan ekonomi seperti Pakej Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) memberi beberapa insentif kepada sektor ini. Antaranya insentif langsung termasuk pengecualian cukai pelancongan, pembayaran ansuran cukai ditangguhkan dan geran padanan RM100 juta untuk

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease