10
APRIL 2021
Budaya Keusahawanan Melalui KKM
Dato' Abdul Fattah sewaktu berkunjung ke kedai runcit Koperasi Al-Hijrah Bandar Sunggala Port Dickson Berhad.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI P enerapan budaya ekonomi yang sesuai dengan jiwa dan persekitaran masjid wajar dibangun dan dikembangkan secara lebih dinamik melalui koperasi kariah masjid (KKM). Demikian menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Haji Abdullah sewaktu melakukan tiga siri lawatan ke KKM di Negeri Sembilan pada 3 April 2021. Katanya, melalui penglibatan secara bersama antara KKM dan kariah setempat, banyak produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dapat disalurkan secara jaringan bukan sahaja di peringkat domestik malah dapat merentasi negara lain. Koperasi Al-Hijrah Bandar Sunggala Port Dickson Berhad menjadi destinasi lawatan pertama Presiden ANGKASA. Beliau yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah berkesempatan mengunjungi kedai runcit koperasi berkenaan yang terletak berhadapan surau
Al-Hijrah Bandar Sunggala di Port Dickson. Seterusnya, Dato' Abdul Fattah mengunjungi Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad bagi merasmikan Program Pembangunan Insan Koperasi Kariah Masjid Projek BA100 beliau disambut barisan anggota jawatankuasa diketuai Pengerusi Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah. Seterusnya, Program Pembangunan ANGKASA. Kehadiran
Produk koperasi antara yang turut dijual di kedai runcit Koperasi Kariah Masjid Paroi Jaya Seremban Berhad.
Insan Koperasi Kariah Masjid Projek BA100 diteruskan ke Koperasi Kariah Masjid Paroi Jaya Seremban Berhad. Kehadiran Dato' Abdul Fattah dan Dato' Haji Ibrahim telah disambut barisan anggota jawatankuasa koperasi berkenaan yang diketuai
menyatakan penghargaan atas inisiatif yang telah dan sedang dijalankan oleh semua anggota jawatankuasa KKM dalam usaha berterusan menjayakan agenda ekonomi koperasi.
Setiausahanya, Haji Sidik Maamor. Seramai 20 anggota baharu daripada kedua-dua buah koperasi tersebut yang dibiayai keanggotaannya oleh Unit Pembangunan Zakat ANGKASA telah menerima bantuan barangan keperluan asas
melalui projek BA100. Selain sumbangan barangan, golongan asnaf itu juga turut menerima sedikit bantuan kewangan sebagai persediaan awal bagi menyambut ketibaan Ramadan. Dato' Abdul Fattah dalam ucapannya turut
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease