WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2021

11

APRIL 2021

KKM Bantu Masjid Jadi Pusat Kecemerlangan Ummah

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berucap pada perasmian Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya Selangor Berhad di Balakong pada 4 April 2021.

Anggota Lembaga Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya Selangor Berhad yang diketuai oleh Pengerusinya, Haji Azizan Abu Che (dua dari kiri) membawa Dato’ Abdul Fattah berkunjung ke bilik stor yang menempatkan barangan jualan.

Dato' Abdul Fattah bergambar bersama Anggota Lembaga Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya Selangor Berhad.

Tapak gerai berkeluasan melebihi 100 kaki persegi akan disewakan oleh koperasi kepada anggota yang mahu menjalankan perniagaan.

Oleh NADIAH KAMARUDIN D alam usaha untuk menjadikan masjid sebagai sebuah pusat kecemerlangan ummah, koperasi kariah masjid (KKM) perlu memberikan perkhidmatan terbaik melalui kepelbagaian aktiviti perniagaan yang boleh meningkatkan kesejahteraan anggota dan komuniti setempat. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan perasmiannya pada Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya Selangor Berhad di Balakong, Selangor pada 4 April 2021. Katanya, penubuhan KKM perlu dilihat sebagai sebuah fardhu kifayah memandangkan usaha tersebut adalah demi meningkatkan ekonomi ummah. "Anggota perlu melihat penubuhan koperasi kariah masjid dalam skop yang lebih luas lagi iaitu koperasi ditubuhkan bukan sahaja untuk memberikan manfaat kepada mereka semata-mata, tetapi untuk membantu golongan yang amat memerlukan," ujar beliau. Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya Selangor Berhad telah ditubuhkan pada 3 November 2019 dan diluluskan pendaftarannya pada 7 Februari 2020 dengan keanggotaan seramai 104 orang. Koperasi ini tidak berlengah dalam menjalankan kegiatan ekonomi sejurus didaftarkan dengan mengadakan karnival jualan barangan keperluan asas dan berjaya

meraih nilai kutipan jualan sebanyak RM12 ribu. Menyertai Projek Barangan

Asas 100 (BA100) secara rasminya pada 5 Mac 2021, koperasi ini telah mempersiapkan sumbangan berupa barangan asas untuk diberikan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan orang kurang upaya menjelang bulan Ramadan. Melalui Projek BA100 juga, Koperasi Kariah Masjid Taman Taming Jaya yakin dapat meningkatkan lagi nilai jualan dan menarik bukan sahaja umat Islam, malah yang bukan Islam untuk membeli barangan runcit yang dijual oleh koperasi.

Dalam usaha menggalakkan anggota untuk menjalankan perniagaan sendiri, koperasi ini juga sedang dalam proses mendapatkan lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Kajang untuk membina tapak perniagaan yang akan menempatkan sebanyak tujuh buah gerai dan

akan disewakan kepada anggota yang berminat. Hadir sama di majlis perasmian mesyuarat tersebut

ialah Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease