12 RENCANA
APRIL 2021
Impak, Potensi dan Peluang Kerjaya Dalam Pandemik Covid-19
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
M
enurut Bank Pembangunan Asia (ADB), pandemik Covid-19 memberi impak
besar kepada ekonomi dunia berikutan perintah berkurung yang berpanjangan di Asia sehingga menyebabkan kehilangan pekerjaan sehingga 167 juta. Sektor ekonomi paling terjejas adalah pekerja kurang mahir, perusahaan kecil dan sederhana; sektor runcit, sektor rekreasi dan hospitaliti, pelancongan, pengangkutan dan penerbangan yang berorientasikan buruh selain perniagaan yang banyak bergantung kepada wanita serta perniagaan kecil dan tidak rasmi. Kesan Covid-19 dan kemelesetan ekonomi menyaksikan ramai pekerja dibuang kerja sehingga mereka terpaksa mencari pekerjaan baharu atau menukar kerjaya untuk merebut peluang lebih baik dalam norma baharu masa kini. Di Malaysia, susulan impak pandemik Covid-19, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menganggarkan 75,000 graduan pada tahun 2020 mungkin terjejas peluang mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi – Career Advancement Programme atau KPT-CAP di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada September 2020 menyatakan berdasarkan 41,161 graduan yang belum bekerja dalam tahun 2019, serta unjuran 75,000 bagi tahun semasa, dianggarkan seramai 116,161 graduan perlu diberi perhatian untuk ditingkatkan kebolehpasaran mereka. Di Malaysia, susulan impak pandemik Covid-19, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menganggarkan 75,000 graduan pada tahun 2020 mungkin terjejas peluang mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.
Antara inisiatif dilaksanakan kementerian adalah menyediakan kemudahan berbentuk bantuan dana kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk inisiatif MyBrain Science , Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi dan Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU). Impak pandemik menyebabkan isu gaji dipotong dan kehilangan pekerjaan kini bukan lagi perkara baharu. Kerajaan membelanjakan jumlah yang cukup besar bagi membangunkan modal insan dalam era Covid-19 ini. Sebagai contoh, melalui pelaksanaan PENJANA sebanyak RM100 juta dibelanjakan untuk National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) untuk menyelesaikan masalah negara melalui penggunaan teknologi. Konsep pendigitalan yang diperkenalkan Kerajaan bakal memperlihatkan tugasan baru kepada pekerja dalam melakukan kerja harian mereka ke arah membangunkan modal insan demi memastikan kelangsungan organisasi dan negara terus terjamin. Dalam usaha kita menghadapi pasca pandemik Covid-19, Kerajaan sudah berusaha membangunkan modal insan dengan cabaran baharu. Umpamanya dengan penggunaan teknologi sebagai pemangkin mempercepatkan pemulihan lebih-lebih lagi penggunaan teknologi yang semakin meningkat kerana pekerja terpaksa bekerja dari rumah.
Kakitangan merupakan aset utama dalam organisasi yang boleh menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi. Kakitangan yang mahir, cekap dan berkualiti, lazimnya dapat membantu organisasi cemerlang. Oleh yang demikian, organisasi
perlu mengatur strategi dan langkah yang bijak dalam mewujudkan modal insan yang benar- benar cekap, mahir dan efisien dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Program latihan yang teratur dan dikendalikan
oleh fasilitator berkebolehan serta terlatih mampu melahirkan generasi pekerja yang berdaya saing seterusnya memberikan
Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia ANGKASA
keuntungan kepada organisasi dari segi kualiti produktiviti. Ia sekali gus membantu mereka menyesuaikan diri dengan teknik dan cara kerja yang baru serta perubahan dalam organisasi
khususnya dalam bidang berorientasikan teknologi. Menurut Naib Presiden
ANGKASA merangkap Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek Dan Pembangunan Strategi)
Temanya iaitu ‘Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan Dan Seimbang’ merupakan alternatif kebolehpasaran
sebagai pencari kerja ( job seekers ) kepada pencipta pekerjaan ( job creator ). Pelan ini amat bertepatan dengan suasana pandemik Covid-19 bagi merangsang ekonomi yang telah banyak terjejas.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease