WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2021

15

RENCANA

APRIL 2021

sementara sempadan masih ditutup dan mengembalikan keyakinan rakyat untuk melancong di dalam negara. Dalam keadaan sekarang, masyarakat masih belum yakin sepenuhnya untuk melancong ke luar negara dan dalam masa yang sama, mereka perlukan tempat untuk bercuti, mengambil angin luar dan melepaskan diri daripada belenggu terkurung lama sepanjang PKP. Ini satu peluang untuk koperasi

terkoordinasi perlu dilakukan kerana perkhidmatan pelancongan sangat saling bergantung antara satu sama lain. Langkah-langkah yang dilakukan hari ini, akan membentuk pelancongan esok. Koperasi perlu mempertimbangkan implikasi jangka panjang sambil terus berada di depan dalam pendigitalan, menyokong peralihan karbon rendah dan mempromosikan transformasi untuk

Menerusi DPN, Kerajaan menjamin kelangsungan industri pelancongan serta komited menjadikan Malaysia kembali sebagai destinasi terpilih pada peringkat global. Usaha ini akan dicapai melalui pendekatan utama merangkumi pengukuhan daya saing, pembangunan sektor pelancongan secara lestari dan inklusif, serta kesediaan mengharungi bencana pada masa akan datang. Selain itu, koperasi juga perlu peka

mengekalkan pekerja. Insentif tidak langsung pula adalah seperti pengecualian cukai individu RM1,000 kepada pembayar cukai yang melancong dalam negara sehingga Disember 2021 dan e-kupon untuk setiap tiket penerbangan, tiket keretapi dan tempat tinggal untuk pelancongan domestik. Yang pasti, sejak Kerajaan membenarkan operasi perniagaan bermula, mereka yang bekerja dengan perusahaan dan perniagaan akan membuat perjalanan bagi menguruskan perniagaan. Mereka ini seharusnya menjadi sasaran sektor perhotelan dan pelancongan. Dengan kata lain, pelancongan koperasi mesti kreatif membuat strategi pemasaran dengan mewujudkan segmen sasaran pasaran bersesuaian dengan penawaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Difahamkan, kebanyakan penggiat industri tidak menggunakan inisiatif yang digariskan Kerajaan dalam pakej PRIHATIN atau PENJANA sebagai strategi pemasaran untuk memujuk pelancong domestik melalui pengiklanan dan promosi. Kesimpulannya, koperasi harus melihat krisis ini sebagai satu peluang untuk memikirkan kembali pelancongan untuk masa depan kerana pelancongan merupakan bahagian penting dalam menghasilkan pertukaran wang asing dan mendorong pembangunan wilayah. Ia juga secara langsung menyokong banyak jenis pekerjaan dan perniagaan serta memberi manfaat kepada komuniti tempatan.

United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) turut meramalkan bahawa pemulihan sektor pelancongan global dijangka mengambil masa selama dua hingga empat tahun. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) turut memaklumkan bahawa negara memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk memulihkan semula industri ini. Tempoh yang agak panjang pastinya memberi cabaran yang besar kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri pelancongan negara.

memperkemaskan daya penarik pelancongan masing-masing untuk mencerdaskan aktiviti pelancongan mereka. Pada tahap ini, koperasi harus mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Selain itu, rancangan pemulihan pelancongan yang komprehensif perlu diwujudkan untuk membina semula destinasi, mendorong inovasi dan pelaburan. Tindakan ini penting namun untuk membuka semula ekonomi pelancongan dengan jayanya dan memastikan industri ini terus berjalan, lebih banyak tindakan

membina ekonomi pelancongan yang lebih kuat, lestari dan berdaya tahan. Misalnya, Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 23 Disember 2020. Dasar tersebut menyediakan hala tuju yang dinamik dan strategik dalam memulihkan industri pelancongan. Banyak pihak berpendapat, ini adalah langkah yang tepat pada masanya dan pemain industri menjadikan DPN sebagai nafas baharu dalam memulakan tahun 2021.

dan mengambil peluang melalui pelan-pelan pemulihan ditawarkan Kerajaan untuk membantu industri pelancongan kembali pulih dan bertahan dalam situasi sukar ini. Misalnya melalui pelan rangsangan ekonomi seperti Pakej Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) memberi beberapa insentif kepada sektor ini. Antaranya insentif langsung termasuk pengecualian cukai pelancongan, pembayaran ansuran cukai ditangguhkan dan geran padanan RM100 juta untuk

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease