18 KOPERASI
APRIL 2021
Oleh NADIAH KAMARUDIN ‘ LengQuas ’ Menepati Cita Rasa Tempatan
S ebanyak 21 SKU produk berasaskan makanan tradisi Melayu menjadi sandaran KOPETRO Food Sdn. Bhd. dalam usahanya untuk menarik minat pengguna dan menguasai pasaran produk makanan sejuk beku di Malaysia. Daging masak hitam, paru goreng berlada dan ayam masak merah adalah antara lauk sedia dimakan atau ready-to-eat (RTE) dish yang dihasilkan melalui jenama ‘ LengQuas ’ oleh anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) itu. Selain itu, jenama LengQuas juga turut merangkumi produk RTE meal atau hidangan sedia dimakan seperti nasi putih daging masak hitam, nasi hujan panas ayam kurma dan nasi lemak sambal ikan bilis.
Pengerusi KOPETRO Food merangkap Setiausaha KOPETRO, Datuk Haji Abdul Razak Hussain (tengah); Naib Pengerusi KOPETRO Food merangkap Bendahari KOPETRO, Haji Adam Keling (kiri) dan Ketua Jabatan KOPETRO Food, Encik Ahmad Azizul Mashud menunjukkan sebahagian daripada 21 SKU di bawah jenama ‘LengQuas’.
Pengerusi KOPETRO, Encik Khairu Najhan Zainuddin (tiga dari kiri) memegang trofi yang dimenangi oleh KOPETRO Food dalam anugerah The BrandLaureate e-Branding Awards 2020 oleh The World Brands Foundation pada 29 Disember 2020. Hadir sama ke majlis ialah Datuk Haji Abdul Razak Hussain (dua dari kanan); Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah (kiri sekali); Ketua (Komunikasi Korporat) KOPETRO, Encik Ahmad Hazil Abd. Lateff (kanan sekali) dan Encik Ahmad Azizul Mashud (tiga dari kanan). (Kredit gambar: Facebook rasmi KOPETRO).
Dapur setempat KOPETRO Food mempunyai kapasiti untuk menghasilkan sebanyak 15 ribu pek makanan sehari.
Produk-produk ‘LengQuas’ dijamin halal dan telah mempunyai pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, pengiktirafan sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Good Manufacturing Practice (GMP) .
Pekerja KOPETRO Food memasak ayam masak hitam iaitu antara 10 menu yang dihasilkan dalam sehari.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease