WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2021

19 KOPERASI

APRIL 2021

Menurut Pengerusi KOPETRO Food, Datuk Haji Abdul Razak Hussain, penerimaan masyarakat terhadap produk ‘ LengQuas ’ amat menggalakkan dan dan jumlah agen berdaftar di seluruh negara juga semakin meningkat. Sehingga kini, bilangan ejen yang berdaftar sudah mencapai 66 orang. “Produk kami juga dipasarkan di outlet kedai serbaneka terkemuka seperti 7– Eleven, myNEWS, Kedai Mesra PETRONAS, Shell Select dan pasar raya Segi, sekali gus memudahkan orang ramai untuk terus membuat pembelian,” ujar beliau. Bagi memastikan produk ‘LengQuas’ menepati cita rasa pelanggan, KOPETRO Food sentiasa inovatif dalam menghasilkan menu-menu baharu. Dua menu antarabangsa iaitu Beef Stew dan Chicken Herb Glaze adalah sebahagian daripada tujuh menu baharu yang telah diperkenalkan oleh syarikat ini pada bulan Disember tahun lepas. “Oleh sebab aspek kualiti dan keselamatan produk amat dititiberatkan, kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang khusus untuk beras sahaja sebanyak dua kali sebulan,” jelas Datuk Haji Abdul Razak. Perancangan KOPETRO Food dalam masa terdekat adalah untuk mengaplikasikan sistem Thermal Decontamination System (TDS) dalam proses penghasilan produk

Dapur setempat KOPETRO Food yang terletak di Seri Kembangan memulakan operasinya secara rasmi pada September 2015 dan kini menempatkan seramai 40 orang kakitangan.

Pekerja memasukkan makanan yang siap dimasak ke dalam blast freezer untuk menurunkan suhu makanan ke 15 darjah celsius sebelum beralih ke proses pembungkusan. mereka. Menurut beliau, makanan yang dihasilkan menggunakan sistem tersebut tidak perlu melalui proses rantaian sejuk beku dan bebas dari penggunaan bahan pengawet. Ini sekali gus membolehkan makanan disimpan di bawah suhu bilik dengan tempoh hayat simpanan sehingga setahun tanpa mengubah rasa, khasiat dan kesegarannya. Penggunaan sistem ini juga akan membolehkan KOPETRO Food dapat kekal bersaing dengan syarikat

KOPETRO Food Sdn Bhd No. 7, Jalan Perindustrian PP5, Taman Perindustrian Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-8940 0378 E-mel: food@kopetro.com.my Facebook: @kopetrofood Instagram: @kopetrofood

pengeluar makanan yang lain di samping mempunyai peluang yang lebih luas untuk memasarkan produk mereka di peringkat antarabangsa. Syarikat ini juga turut aktif mengambil bahagian dalam pameran makanan dan minuman (F&B) di peringkat domestik dan antarabangsa seperti pernah menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Jeddah pada tahun 2019.

KOOPIE WHITE COFEE (PREMIX) 8 IN 1 Nikmati kopi putih yang mengandungi khasiat makanan sunnah iaitu madu, kurma, kismis, habbatus sauda, buah tin, buah delima, buah zaitun dan bunga za’faran. Produk keluaran Koperasi Kariah Masjid Al-Quddus Kota Bharu Berhad.

AL-ULUM Ubat gigi yang kaya dengan khasiat daun mambu, daun sirih, bunga cengkih, kayu manis dan garam bukit dicipta khas untuk memenuhi keperluan kesihatan mulut pelbagai individu. Produk berkualiti keluaran Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad, sesuai digunakan oleh seisi keluarga.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut : Seksyen Pembangunan & Pemasaran Produk Koperasi Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawan ANGKASA No. A106, Blok A, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-78846713 / 6714 E-mel : cprc.angkasa@gmail.com

BISKUT TONGKAT SIMPANG BEKOH Biskut rangup dan enak keluarga Koperasi Simpang Bekoh Jasin Melaka Berhad ini memang sedap dinikmati bersama kopi panas atau teh tarik.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease