WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2021

3

APRIL 2021

Dari Meja Presiden

P elan Transformasi Koperasi Malaysia atau TransKoM 2021-2025 yang berpaksikan modenisasi dalam tadbir urus koperasi merupakan satu simbol penghargaan, keyakinan dan harapan tinggi daripada kerajaan terhadap masa depan gerakan koperasi di negara kita. Sudah tiba masanya untuk koperasi kembali menjadi sebuah pertubuhan yang lebih dinamik terhadap ekonomi negara dan berjaya memberi kesan secara langsung kepada sosioekonomi anggotanya. ANGKASA akan memainkan peranannya dengan mempergiatkan pertemuan secara langsung bersama koperasi bagi mendekati dan menyelami sebarang permasalahan yang membataskan koperasi untuk terus maju. Saya sedia untuk berjumpa dengan wakil kepimpinan koperasi bagi menyampaikan hasrat kerajaan melalui TransKoM 2021-2025 serta membantu memberikan pandangan tentang apa sahaja ruang dan peluang yang boleh dilaksanakan demi membangunkan ekonomi koperasi. Namun pada masa yang sama, koperasi juga haruslah merancang bagaimana untuk meningkatkan lagi perolehan melalui perniagaan sedia ada di samping mempelbagaikan aktiviti perniagaan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Kerjasama yang erat dengan SKM mampu membantu ANGKASA untuk mengenalpasti peluang- peluang perniagaan baharu yang boleh dijalankan melalui saluran koperasi. Selain itu juga, ANGKASA akan mencari rakan strategik daripada pelbagai arah termasuk agensi swasta untuk bersama-sama membantu menggerakkan ekonomi koperasi khususnya projek yang berimpak tinggi. ANGKASA akan menggunakan kekuatan dan hubungan yang baik dengan koperasi di luar negara untuk membantu koperasi di Malaysia mengembangkan pasaran baharu melalui platform koperasi. Kita akan memperkenalkan model pengurusan perniagaan koperasi komuniti ke negara-negara yang lain seperti model koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid. Pendekatan ini dilihat wajar bagi mewujudkan jaringan yang lebih luas sesama koperasi dan menjadikan jaringan tersebut sebagai landasan untuk saling mempromosikan produk dan perkhidmatan koperasi. Ia sekali gus akan membantu menyebarluaskan lagi pasaran produk koperasi. Kerjasama antara koperasi itu sendiri diharap mampu memberikan impak positif terhadap harga produk supaya lebih kompetitif di pasaran dan pada masa yang sama, meningkatkan kapasiti jualan dan perolehan koperasi.

Sumber : Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did

• Aizal Azizan Sajari • Mohamad Zairul Hafiz Sardin Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease