WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2021

4 KOPERASI

APRIL 2021

Teknologi Digitalisasi Pacu Kecemerlangan

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI K operasi perlu merebut peluang untuk terus belajar dan menguasai teknologi digitalisasi melalui program pembangunan yang dijalankan supaya ilmu tersebut dapat dimanfaat dengan sewajarnya dalam memacu kecemerlangan koperasi seiring dengan perkembangan semasa. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program seminar yang menjurus kepada teknologi digitalisasi merupakan antara pendekatan tadbir urus yang wajar dipacu dan dikembangkan sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 yang merangkumi banyak aspek teknologi dan inovasi. Katanya, menerusi seminar tersebut juga, tahap pengetahuan, keupayaan dan kemahiran dalam kalangan pemimpin koperasi dan koperator juga akan dapat ditingkatkan dalam mendepani cabaran dunia digitalisasi. Ilmu berkaitan digitalisasi

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut melawat ruang pameran oleh rakan strategik.

dan pencapaian koperasi khususnya dalam memasarkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan. Beliau yang berucap merasmikan program Seminar Online Digitalisasi Koperasi ‘Pemerkasaan Teknologi kepada Perniagaan dan Koperasi’ di Institut Koperasi Malaysia (IKM), Petaling Jaya pada 7 April 2021 turut melancarkan Technology Lab IR 4.0 iaitu sebuah makmal digitalisasi yang bertujuan untuk menemukan koperasi dengan rakan teknologi pemain industri. Makmal tersebut juga adalah sebagai platform untuk meningkatkan keupayaan koperasi mendapatkan bimbingan melalui sistem

sokongan yang disediakan oleh rakan kolaborasi yang dilantik. Ia sekali gus mampu meningkatkan keupayaan koperasi untuk melestarikan potensi dan prestasi perniagaan yang dijalankan. Menurut beliau lagi, koperasi dapat menyesuai dan mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pentadbiran melalui tumpuan terhadap elemen utama IR 4.0 itu sendiri iaitu Analisis Dataraya, Internet of Things (IoT), Simulasi dan Integrasi Sistem dalam gerakan koperasi. Pendedahan dan bimbingan daripada semua pihak berkepentingan tersebut katanya akan dapat memberi impak yang lebih besar terhadap gerakan

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berucap merasmikan Seminar Online Digitalisasi Koperasi.

koperasi mengenai bagaimana teknologi IR4.0 dapat membantu koperasi memacu pertumbuhan perniagaan melalui teknologi terkini. Seramai 300 peserta daripada seluruh negara menghadiri seminar tersebut yang berlangsung secara dalam talian. Hadir sama di majlis perasmian tersebut

Seri Mohammad Zuki Ali, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin

Salleh; Ketua Pengarah IKM, Datuk Mohd Ali Mansor; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili Presiden ANGKASA, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

itu juga dapat berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan tahap kecekapan, kemajuan

ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk

YB Menteri bersama barisan tetamu dan rakan-rakan strategik.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease