7 ANGKASA
APRIL 2021
Koperasi Orang Asli Perlu Bergerak Dalam Gabungan
oleh Ahli Dewan Negara, YB Senator Dato' Haji Isa Ab Hamid. Beliau dalam ucapannya telah meminta koperasi orang asli supaya dapat meningkatkan lagi jumlah syer bagi setiap anggotanya agar dapat membantu mengembangkan modal dan keupayaan dalam perniagaan koperasi. Katanya, pelbagai agenda ekonomi dapat diwujudkan sekiranya koperasi mempunyai modal yang setimpal sekali gus mampu memberi daya saing secara lebih seimbang di pasaran. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac menyaksikan penyertaan seramai 30
anggota yang mewakili lima buah koperasi Orang Asli di negeri Perak. Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Pengarah JAKOA Negeri Perak, Encik Harulnizam Abd Rahman; Timbalan Pengarah 1 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak, Encik Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
Dato' Abdul Fattah menyampaikan cenderamata berupa produk koperasi kepada YB Senator Dato' Haji Isa Ab Hamid.
K operasi Orang Asli disaran supaya lebih agresif memaksimumkan keupayaan dan kelebihan yang dimiliki bagi menjana usaha ke arah mewujudkan perolehan lebih tinggi dalam kegiatan ekonomi koperasi. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, setiap anggota dalam koperasi Orang Asli harus bijak mengambil peluang ekonomi dengan membentuk satu gabungan
mantap dengan mencipta peluang ekonomi baharu secara bersepadu. Inisiatif penggabungan itu berupaya memberi manfaat kepada anggotanya seperti dapat melahirkan peluang pekerjaan baharu serta membentuk usahawan koperasi yang lebih berjaya. Katanya lagi, Trasformasi Koperasi Malaysia (TransKom) yang dilancarkan dijangka akan merancak dan membuka lebih banyak peluang ekonomi baharu kepada sektor koperasi. Justeru, beliau
menggalakkan koperasi orang asli supaya dapat bergerak secara gabungan bagi memperkasakan aktiviti ekonomi melalui penggabungan dana, sumbangan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki anggotanya. Dato' Abdul Fattah berkata demikian dalam ucapan alu-aluan majlis perasmian Bengkel Perniagaan Koperasi Orang Asli Peringkat Negeri Perak 2021 di Hotel Taiping Perdana pada 25 Mac 2021. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan
Pengarah JAKOA Negeri Perak, Encik Harulnizam Abd Rahman memberikan taklimat kepada peserta program.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease