WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2021

8 ANGKASA

APRIL 2021

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Kerjasama Bantu Perniagaan Koperasi

A

NGKASA sedia bekerjasama, membantu dan menjadi wakil jurucakap antara koperasi dengan

kerajaan bagi memperkasa dan meningkatkan lagi pencapaian sektor perniagaan koperasi sejajar dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia atau TransKoM 2021-2025. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, perolehan KDNK koperasi perlu ditingkatkan dari tahun ke tahun sekurang- kurangnya 10% sekali gus dapat mencapai angka yang disasarkan iaitu sebanyak RM60 billion menjelang tahun 2025. Justeru, kepelbagaian aktiviti jualan kini menjadi keutamaan dan perhatian bagi melengkapi aspirasi tersebut. Usaha berterusan juga sangat perlu bagi mengoptimumkan peluang dan melaksanakan aktiviti sektor perniagaan koperasi

Dato' Abdul Fattah menyampaikan plak iklan BA100 kepada Pengerusi KKPDPDBB, Hajah Sakdiah Haji Haron sebagai simbolik projek kedai runcit KKPDPDBB yang bakal dibuka dalam masa terdekat di Port Dickson.

Sesi serahan bantuan turut dijalankan di rumah asnaf.

Salah seorang wakil anggota menerima bantuan yang disampaikan oleh Dato' Abdul Fattah.

mengikut pelan jangka panjang yang terangkum melalui TransKoM 2021- 2025. Program digitalisasi koperasi menjadi antara pendekatan terbaharu yang akan dikembangkan oleh ANGKASA mengikut sektor ekonomi koperasi sesuai dengan situasi semasa dan permintaan terhadap perniagaan secara online yang cukup tinggi. Dato' Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap merasmikan program CSR CoopCare ANGKASA Prihatin Covid-19 kepada Koperasi Kenderaan dan Pengangkutan Daerah Port Dickson (KKPDPDBB) yang berlangsung pada 3 April 2021. Sebanyak 50 pek sumbangan berupa barangan keperluan asas telah diserahkan oleh Presiden ANGKASA kepada lima wakil anggota KKPDPDBB yang hadir.

Majlis yang berlangsung di pejabat koperasi berkenaan di Batu 1, Jalan Seremban, Port Dickson turut dihadiri Naib Presiden ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah; Pengerusi KKPDPDBB, Hajah Sakdiah Haji Haron dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Bergambar di hadapan bangunan Koperasi Kenderaan dan Pengangkutan Daerah Port Dickson Berhad.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease