WADAH PELANCAR EDISI JUN 2021

JUN 2021 JILID: WP03 /6

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

e-Dagang Trend Perniagaan Masa Kini dan Masa Depan Kata Menteri: Suka Tidak Suka

>>03 Bantu Rakyat, Usahawan dan Koperasi

Projek Heifers Park ANGKASA-KoMARDI Rintis 100 Lembu Tenusu Mulai 2022 >>05

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyerahkan sijil penyertaan Bazar Jualan Harga Murah Raya MEDAC 2021 kepada Dato' Abdul Fattah Abdullah sambil disaksikan oleh Dato' Suriani Dato' Ahmad dan Datuk Haji Zamri Salleh di Putrajaya pada 9 Mei 2021.

Oleh RAHMAT MOHD DID K operasi digesa supaya menyegerakan adaptasi perniagaan secara digital atau e- dagang bagi memenuhi tuntutan semasa, iaitu trend pengguna yang lebih selesa dengan kaedah itu ketika berbelanja berbanding konven- sional. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, peralihan ketara kepada perniagaan secara e-dagang didorong situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu diambil peluang oleh setiap koperasi. Beliau memberitahu, tinjauan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mendapati, pengguna kini lebih selesa membuat pembelian secara dalam talian kerana pergerakan terbatas akibat pelaksanaan PKP sejak tahun Mac 2020. Tambahnya, 57.74 peratus daripada keseluruhan responden tinjauan itu menyatakan, selepas PKP 2.0 mereka lebih kerap membuat pembelian secara atas talian berbanding hanya 19.23 peratus bagi tempoh sebelumnya. “Sebanyak 62 peratus responden lebih gemar membayar secara atas talian berbanding transaksi tunai secara fizikal. Jadi, sama ada kita suka atau

tidak, e-dagang adalah masa hadapan. “Oleh sebab itu, amat penting bagi setiap usahawan (termasuk koperasi) untuk mem- perkuatkan kehadiran mereka di pasaran digital agar lebih mudah bagi pelanggan mencari (produk) mereka dalam talian,” jelasnya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Bazar Jualan Murah Raya MEDAC 2021 di Putrajaya pada 9 Mei 2021. Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi berkata, koperasi perlu berani, dinamik dan sentiasa bersedia untukmengadaptasi perubahan teknologi. “Memandangkan negara masih dilanda pande- mik, peniaga tidak boleh lagi bergantung kepada operasi perniagaan konvensional, sebaliknya berhijrah kepada model perniagaan e-dagang,” katanya. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah sewaktu ditemu bual berkata, beliau menyambut baik usaha MEDAC untuk membantu koperasi pada waktu pandemik ini. Katanya, ANGKASA sebagai badan puncak koperasi Malaysia amat berbangga kerana dapat bekerjasama dan mempromosikan produk koperasi.

>>09

Koperasi Keluarga Mek Aishah Temerloh Berhad Akok ‘Mek Aishah’ Lambang Kejayaan Koperasi Keluarga

>>17

BERSAMBUNG DI MUKA 2

2

JUN 2021

DARI MUKA 1

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi turut berkesempatan membeli produk BA100.

Dato' Abdul Fattah menyerahkan cenderamata kepada Datuk Nordin Salleh.

secara fizikal malah digital melalui platform Warong Kudan Jimat Biz. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha MEDAC, Dato' Suriani Dato' Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) MEDAC, Datuk Haji Zamri Salleh; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh; Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor; Dato' Haji Mohd Alias Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

“Selain memperkenalkan produk koperasi dengan harga lebih kompetitif kepada penduduk Putrajaya, kita juga turut mempromosi aktiviti koperasi. “Saya berharap program ini diteruskan secara bulanan agar lebih banyak produk yang boleh ditawarkan di bawah Program BA100 dan 100 Product Champion . Selain barangan kering, mungkin selepas ini kita boleh jual barangan basah dan keperluan harian yang lain,” ujar beliau. Bazar Jualan Ramadan yang berlangsung selama empat hari dari 6 hingga 9 Mei 2021 itu kali pertama dijalankan secara hibrid oleh MEDAC. Setiap penjual bukan sahaja boleh menjual

Dato' Abdul Fattah menyerahkan cenderamata berupa produk koperasi kepada Haji Zazali Haron sambil disaksikan Dato' Haji Mohd Alias Hamzah (kanan) dan Haji Nasir Khan Yahaya (belakang).

Dari Meja Presiden

Syukur Alhamdulillah, Projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA semakin menampakkan kesan yang positif khususnya dalam membantu sektor peruncitan koperasi supaya lebih berdaya maju dan meletakkan produk mereka berdaya saing serta setanding produk lain di pasaran. Walaupun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi dalam usaha memperkasakan sektor pemborongan dan peruncitan koperasi terutama dari segi persaingan harga di pasaran, ia tidak menghalang kita untuk merealisasikan projek BA100. Atas kepentingan bersama dan matlamat membantu koperasi khususnya koperasi kecil dan komuniti, ANGKASA tidak lagi menoleh ke belakang sebaliknya terus memacu perancangan, tindakan dan penambahbaikan dengan komited, selari dengan apa yang telah digariskan. Saya mengambil kesempatan di sini untuk menzahirkan

rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada koperasi yang telah bersama-sama mendukung aspirasi projek BA100. Semoga setiap usaha yang dijalankan memberi impak positif terhadap masa depan koperasi. Sekalung penghargaan juga ingin kami sampaikan kepada pihak kerajaan khususnya MEDAC dan SKM yang telah banyak memberi sokongan serta bantuan bagi menjayakan usaha murni ini. Sasaran kita adalah mahu melihat koperasi yang terlibat dalam BA100 ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan pemain utama industri pemborongan dan peruncitan negara. Kita mengharapkan sektor koperasi di Malaysia menjadi antara pembekal utama barangan asas demi kelestarian sosioekonomi mapan dalam kalangan anggota dan masyarakat.

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

3

JUN 2021

Bantu Rakyat, Usahawan dan Koperasi

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Shamsudin turut meninjau gerai jualan diiringi Dato' Suriani (dua dari kiri), Dr. Hajah Salmah Ishak (kiri sekali) dan Dato' Haji Kamarudin (kanan sekali).

Dato' Haji Kamarudin memberi penerangan tentang produk yang dijual oleh ANGKASA kepada Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati.

Oleh RAHMAT MOHD DID P rogram Bazar Jua - lan Murah Raya Sempena Sambutan Aidilfitri 2021 an - juran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bu- kan saja membantu memu- dahkan rakyat jelata menda- patkan barangan keperluan dengan harga yang berpatu- tan. Timbalan Menterinya, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin berkata, program tersebut juga sekali gus dapat mem- bantu pihak peniaga yang terdiri daripada usahawan dan koperasi. “Tujuan utama program ini adalah untuk membantu rakyat mendapatkan bara­ ngan asas dengan harga yang berpatutan bagi perse- diaan menyambut Aidilfitri. “Dalam waktu yang sama,

ia membantu memperluas- kan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi dan usahawan selain me- mupuk budaya dan nilai- nilai keusahawanan dalam masyarakat selaras hasrat menjadikan Malaysia ne- gara keusahawanan menje­ lang 2030,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar se- lepas menghadiri majlis prapelancaran program itu di ruang legar Auditorium Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya pada 6 Mei 2021. Beliau melawat bazar-bazar yang mengambil bahagian dalam program empat hari sehingga 9 Mei 2021 itu. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati memberitahu, 56 para usahawan, koperasi, pengusaha food truck serta penjaja dan peniaga kecil mengambil bahagian dalam program tersebut. “Uniknya, tahun ini bazar diadakan secara hibrid iaitu

pembeli mempunyai pilihan sama ada datang sendiri ke bazar atau membeli barangan melalui platform e-dagang Warungku atau Jimatbiz,” jelasnya. Sementara itu, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail ke- tika ditanya mengenai pe- ranan ANGKASA dalam program ini menjelaskan: “Selain bekerjasama de­ ngan MEDAC dalam men- jayakan program Bazar Jualan Murah Raya ME - DAC 2021 ini, ANGKASA mengambil bahagian seba- gai pempamer dan mempro- mosikan produk BA100 dan 100 Champions . “Ketika pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, tidak banyak yang kami dapat lakukan, syukurlah inisiatif MEDAC ini memberi peluang kepada ANGKASA memasarkan produk koperasi khususnya

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati membunyikan loceng sebagai tanda bermulanya jualan Happy Hour di mana kesemua produk dijual dengan harga lebih murah di Bazar Jualan Harga Murah Raya MEDAC 2021. Turut sama ialah Dato' Suriani Dato' Ahmad (dua dari kiri), Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak (dua dari kanan), Dr. Hajah Salmah Ishak (kiri sekali) dan Dato' Haji Kamarudin Ismail (kanan sekali).

penduduk Putrajaya. “Harapan saya semoga program ini memberi ke­ sedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya gera- kan koperasi.” Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Setia- usaha MEDAC, Dato’ Suri-

ani Dato’ Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pemantapan) MEDAC, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak dan Setiausaha Ba - hagian, Bahagian Pemban- gunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil MEDAC, Dr. Hajah Salmah Ishak.

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

4 ANGKASA

JUN 2021

Oleh RAHMAT MOHD DID Zakat MAAB Meningkat 67.13 Peratus Z akat perniagaan My- ANGKASA Amanah Berhad (MAAB) ba­ gi tahun kewangan berakhir 31 Disem­

ber 2020 meningkat 67.13 peratus kepada RM90,420.93 berbanding RM54,109.03 pa­ da tempoh sama 2019. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan memberitahu, ini berikutan peningkatan per­ olehan MAAB, didorong oleh kesedaran terhadap kepentingan wasiat. Ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan MAAB kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Ibu Pejabat ANGKASA pada 31 Mei 2021, beliau me- nambah: “MAAB melantik ramai wakalah (wakil) di seluruh negara yang menjalankan amanah dengan caj yang sangat murah dan kom- petitif, malah percuma ke- pada koperasi yang bermi- nat menjadi wakalah. “Kita yakin promo- si produk MAAB bakal diperluaskan sekali gus menyokong perolehan lebih tinggi dan berupaya menyumbang zakat per - niagaan lebih besar untuk manfaat golongan yang me- merlukan. “Kita akan pastikan produk MAAB termurah di pasaran, tiada caj tambahan dan caj tersembunyi. Se- makin ramai warganegara

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyerahkan replika cek zakat MyANGKASA Amanah Berhad kepada Dato' Abdul Fattah Abdullah.

“Oleh itu, MAAB berhas- rat melipatgandakan usaha promosi dan akan melantik sekurang-kurangnya tiga wakalah di setiap negeri dalam masa terdekat,” je- lasnya.

yang sedar tentang kepen­ tingan menulis wasiat dan kita juga berharap kerajaan memberi insentif potongan cukai daripada perbelan- jaan menulis wasiat.” Zakat perniagaan MAAB itu diserahkan oleh Datuk Mohamad Ali kepada Pre­ siden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah yang mewakili LZS. Ia disaksikan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pemban- gunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Encik Faudzi Mt Din.

Datuk Haji Mohamad Ali berkata, peratus koperasi

yang menjadi rakan niaga MAAB masih terlalu rendah ber- banding bank dan sektor kor- porat.

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan

Daftar Sebagai Wakalah Koperasi MAAB (MAAB) seperti penulisan wasiat, hibah amanah, hibah saham koperasi, amanah takaful, amanah tunai dan pentadbiran harta pusaka. Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, sebagai ber pendapatan tambahan sekali gus memberi manfaat kepada anggotanya. Katanya, MAAB juga akan melancarkan produk terba- haru, ‘Pusaka Care’, dalam masa terdekat. Produk tersebut dijangka akan

K operasi di seluruh negara digalakkan mendaftar sebagai Wakalah MAAB untuk men- jana peluang baharu pernia- gaan koperasi. Pelbagai produk meli- batkan perancangan dan pentadbiran harta pusaka sedia ditawarkan oleh My- ANGKASA Amanah Berhad

kan kos proses pentadbiran harta pusaka kelak. Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan atau berminat menjadi rakan niaga boleh menghubungi talian 03-7887 5600 atau e-mel admin@ myangkasaamanah.com.my.

rakan niaga, koperasi boleh menjadikan peluang ter- sebut sebagai antara sum-

memberi kemudahan kepa- da pelanggan dalam meran- cang harta bagi menyelesai-

5 ANGKASA

JUN 2021

Projek Heifers Park ANGKASA-KoMARDI Rintis 100 Lembu Tenusu Mulai 2022

Oleh RAHMAT MOHD DID P rojek lembu tenusu Hei- fers Park bernilai RM2.1 juta yang diusahakan

Menurut Dr. Mohd Azlan, kandang yang disewa dari- pada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor itu juga akan ditanam dengan rumput jenis Napier sebagai alternatif tam- bahan bagi keperluan ma- kanan lembu tersebut. Projek itu diharap me- ngurangkan kebergantungan negara terhadap susu import selain membantu koperasi sek- tor pertanian dan industri asas tani menceburi perniagaan berimpak tinggi itu. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Dato' Haji Abdullah Jusoh; Penge- rusi KoMARDI merangkap Konsultan Projek, Dato' Dr. Azizan Ab Rashid; Pengurus Besar Bahagian Perniagaan ANGKASA, Haji Nor Azmi Abd. Jalil; Pengurus Besar KoMARDI, Encik Khairul Is - kandar Bujang dan Pengurus Kanan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, Encik Mu- hammad Zuhid Jamaludin.

secara

kerjasama

antara Koperasi

ANGKASA

dan

Pegawai-Pegawai

MARDI

Berhad akan bermula awal tahun 2022, dengan perintis 100 ekor lembu kacukan Korea dan Australia. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya me­ rangkap Pengerusi Sektor Per- tanian dan Industri Asas Tani memberitahu, kesemua lembu itu kelak akan ditempatkan di tapak kandang lembu tenusu seluas 11.6 hektar di Taman Ka- wasan Pengeluaran Ruminan (TKPR) di Kluang, Johor. (KoMARDI) “Buat masa ini, kita akan menguruskan fasiliti terlebih dahulu dan membuat tempa- han baka dari Korea dan Australia. Projek ini dijangka berjalan sepenuhnya awal ta- hun depan,” jelasnya sewaktu mengadakan tinjauan ke tapak kandang lembu tersebut pada 22 April 2021.

Tapak projek Heifers Park ANGKASA-KoMARDI di Kluang, Johor.

Dr. Mohd Azlan Yahya (empat dari kiri) bersama Dato' Haji Abdullah Jusoh (tiga dari kanan), Dato' Dr. Azizan Ab Rashid (lima dari kiri), Haji Nor Azmi Abd. Jalil (tiga dari kiri), Encik Khairul Iskandar Bujang (dua dari kanan) dan Encik Muhammad Zuhid Jamaludin (dua dari kiri) di TKPR, Kluang, Johor.

6 KOPERASI

JUN 2021

Tingkat Mekanisasi dan Automasi di Ladang: Kurangkan Kebergantungan Kepada Tenaga Kerja Asing Oleh NADIAH KAMARUDIN N aib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rah - man Abdul

Razak Shaik merangkap Pengerusi Sektor Perladan- gan, menggesa koperasi peladang supaya mengu- rangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing, sebaliknya menumpukan usaha meningkatkan kapa- siti teknologi. Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya setiap koperasi perladangan me­ ningkatkan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi dalam industri sa- wit. Jelasnya, data Jabatan Imigresen Malaysia me­ nunjukkan jumlah tenaga kerja asing dalam sektor perladangan pada 2020 ada- lah 187,732 orang, berbanding 265,397 orang pada 2019. “Data ini jelas menunjuk- kan (jika kita terus bergan- tung kepada tenaga kerja asing) jumlah tersebut tidak memadai memandangkan keluasan kawasan tanaman negara 7.46 juta hektar dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing sangat tinggi. “Oleh itu, ketika berdepan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pengurangan jumlah pekerja asing tahun lalu, sewajarnya membuka mata koperasi peladang di seluruh negara untuk meningkatkan kapasiti teknologi iaitu mekanisasi dan automasi,” katanya.

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (kanan) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak nurseri sawit milik Koperasi Wawasan Peserta-Peserta FELCRA Sungai Sepuluh Berhad di Mukim Paloh, Kluang, Johor pada 8 Mac 2021.

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berucap merasmikan webinar.

Webinar bertemakan “Model Pengurusan Koperasi Perladangan dan impak Penggunaan Mekanisasi Sawit” anjuran Sektor Perladangan ANGKASA dengan kerjasama daripada MPOB pada 27 Mei 2021.

7 KOPERASI

JUN 2021

Apa Kata Mereka? “Lebih 249,000 Pekebun Kecil Persendirian di Malaysia yang tidak bernaung di bawah mana-mana agensi kerajaan berbanding Pekebun Kecil Tersusun, berdepan cabaran dan kesukaran mereka untuk lebih maju dan berdaya saing. “Antaranya, tiada ruang terlibat secara langsung dalam rundingan menentukan harga Buah Tandan Segar (BTS), hasil BTS yang rendah disebabkan pegangan tanah yang kecil dan kebergantungan tinggi terhadap orang tengah. “Demi kelangsungan ekonomi Pekebun Kecil Persendirian dan memastikan mereka mendapat faedah skala ekonomi, wajar untuk pekebun kecil disatukan dalam satu platform iaitu koperasi.” “MPOB menjalankan pelbagai usaha ke arah memperkasakan penggunaan mekanisasi di ladang sawit antaranya penyelidikan dan pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C). “Melalui usaha ini, MPOB memperkenalkan pelbagai teknologi baharu dalam penuaian, pemunggahan BTS, pemungutan buah sawit relai dan penjagaan tanaman untuk meningkatkan dan menggandakan produktiviti. “MPOB menyediakan Skim Insentif Mekanisasi Sawit yang menampung sehingga 20 peratus harga kilang jentera atau peralatan ladang. Skim ini terbuka kepada pekebun kecil, estet, kontraktor ladang dan mereka yang terlibat dalam perladangan sawit. “Selain itu, MPOB menganjurkan Labour and Mechanisation In Plantation (LAMP) Seminar setiap dua tahun dan Pertandingan Mekanisasi Ladang Sawit Antarabangsa (ICOPM).” PUAN NAZIRAH CHE JAAFAR Ketua Kumpulan, Keusahawanan Pekebun Kecil, Bahagian Penyelidikan Pembangunan Pekebun Kecil MPOB.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan webinar Sektor Perladangan ANGKASA 2021 yang bertemakan 'Model Pengurusan Kope- rasi Perladangan dan Impak Penggunaan Mekanisasi Sawit' pada 27 Mei 2021. Webinar itu menampilkan Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil, Bahagian Penyelidikan Pembangu- nan Pekebun Kecil, Lemba- ga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Haji Norkapsi Khasim sebagai moderator. Dua anggota panel MPOB ialah Ketua Kumpulan, Ke- usahawanan Pekebun Ke- cil, Bahagian Penyelidikan Pembangunan Pekebun Ke- cil, Puan Nazirah Che Jaafar dan Ketua Kumpulan, Auto- masi dan Kejuruteraan, Ba- hagian Penyelidikan Keju- ruteraan dan Pemprosesan, Encik Mohd. Rizal Ahmad. Faktanya, aktiviti ber- asaskan agrikomoditi me- nyumbangkan RM85.1 bi­ lion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020, mengikut laporan Ke- menterian Perusahaan Per- ladangan dan Komoditi. Daripada jumlah itu, 56.7 peratus atau RM48.3 bilion disumbangkan industri sa- wit, sekali gus menjadikan komoditi itu antara pen- yumbang terbesar ekonomi Malaysia. Pelan Transformasi Kope- rasi Malaysia 2021-2025 (TransKoM) menggariskan adaptasi teknologi, digitali- sasi dan automasi sebagai langkah strategik mewujud- kan ekosistem holistik dan kondusif bagi menyokong pertumbuhan perniagaan koperasi agar lebih lestari. Selain kepentingan me­ ningkatkan teknologi di sektor perladangan, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman juga menambah: “Semua pihak termasuk kerajaan, agensi berkaitan dan koperasi perlu agresif menarik pekerja tempatan langsung dalam industri ini yang dilabel kotor, sukar dan memenatkan. “Selaras tujahan ketiga dalam TransKoM iaitu pe­ ngukuhan bakat dan pem- bangunan modal insan, antara langkah strategik koperasi ialah menarik golongan belia sebagai tena- ga kerja gerakan koperasi negara. “Tenaga kerja ini tidak semestinya tertumpu bagi pekerjaan di pejabat, malah pekerjaan yang memerlu- kan kemahiran tertentu se­ perti kemahiran berladang.”

ENCIK MOHD. RIZAL AHMAD Ketua Kumpulan, Automasi dan Kejuruteraan, Bahagian Penyelidikan Kejuruteraan dan Pemprosesan MPOB.

8 ANGKASA

JUN 2021

COVID-19: Pelbagaikan Aktiviti Koperasi Sekolah

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ K operasi sekolah tiada pilihan selain mempel- bagaikan aktiviti perniagaan den- gan mengadaptasi norma baharu akibat pande- mik COVID-19 bagi memastikan kelangsungan operasi. Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Sekolah ANGKASA dan Ahli Lembaga ICA Global, Dato' Haji Kamarudin Ismail berkata, wa- laupun pandemik itu membawa cabaran besar namun ia perlu dilihat sebagai suatu peluang un- tuk meneroka perniagaan baharu yang sesuai. Sehubungan itu, beliau berharap pihak sekolah dan pengurusan koperasi sekolah menangani kesan sampingan COVID-19 dengan sebaik-baik­ nya. “Cabaran ketika pandemik ini perlu ditangani sebaik mungkin oleh pihak koperasi sekolah demi memastikan usaha sekolah dapat diterus- kan dan terus memberi sum- bangan berkesan kepada anggota dan komuniti sekolah. “Usaha mempertahankan operasi di saat-saat sukar aki- bat pandemik COVID-19 ini, insya-Allah akan merancak- kan kembali aktiviti pernia- gaan koperasi sekolah yang sejak tahun 2000 telah mere- kodkan perkembangan meng- galakkan dengan perolehan sehingga RM1 juta,” jelasnya. Beliau berkata demikian ke- tika menjadi panel Sesi Dialog dalam `Webinar Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Bersama Pengetua-Pengetua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2021' bertajuk 'Koperasi Sekolah: Satu Pe- nilaian Semula' secara dalam talian pada 28 Mei 2021 lalu. Webinar yang dikendalikan Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Haji Nor Adzmi Baba sebagai moderator itu dilang- sungkan melalui aplikasi FB Live ANGKASA dengan diser- tai 110 orang. Dua lagi panel jemputan ialah Penolong Pengarah Ba- hagian Sukan, Ko-Kurikulum Dan Kesenian (BSKK), Kemen- terian Pendidikan, Haji Hafiz Ridhuan Md. Daud dan Peno - long Pengarah Unit Pemban- gunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Perseku- tuan Putrajaya, Encik Mohd Naim Bahari. Sesi dialog webinar itu membincangkan usaha-usaha yang boleh digerakkan koperasi sekolah ke arah memperluaskan aktiviti per- niagaan selaras Pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi Sekolah. Lapan koperasi sekolah diumumkan penerima Peng­ hargaan Pencapaian Koperasi Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Tahun 2019 menerusi Ka­ tegori Perolehan RM300,000- RM499,000 manakala sebuah koperasi bagi Kategori Perole- han RM500,000-RM899,000 serta sebuah lagi Kategori Per- olehan RM1 Juta dan Ke Atas. Turut mengikuti webinar itu ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Tim- balan Pengerusi Bahagian Sekolah ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian iaitu Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik; Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd. Jamil Othman dan Pengerusi JPAN Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah.

Haji Nor Adzmi Baba (kanan) bertindak sebagai moderator bersama ahli panel iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail (bawah) dan Haji Hafiz Ridhuan Md. Daud (kiri).

9 COOPCARE

JUN 2021

Perangi COVID-19, Takziah Buat Keluarga Mangsa S egala usaha membendung wabak COVID-19 ketika ini merupakan tanggungjawab bersama baik di pihak

Harapan kita ingin melihat situasi yang mencabar ini segera berakhir dan ekonomi kembali pulih. Kepada anggota koperasi dan keluarga yang sedang menghadapi kesukaran mahupun kesedihan akibat kehilangan orang yang tersayang, kami di ANGKASA merakamkan ucapan takziah dan berdoa agar kita diberi kekuatan serta kesihatan yang berpanjangan oleh Allah SWT dalam mendepani pandemik COVID-19 ini.

kerajaan mahu pun rakyat dan pada masa sama menuntut pengorbanan bukan sedikit, terutama apabila saban hari kita menyaksikan pelbagai kesan sosioekonomi dan sosial dihadapi masyarakat dan negara. ANGKASA telah mengambil pelbagai pendekatan bantuan melalui program COOPCARE termasuk menyalurkan sumbangan barang keperluan harian kepada individu, keluarga serta petugas barisan hadapan yang terkesan sepanjang tempoh pandemik sejak setahun yang lalu.

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

Bersama Pasukan Barisan Hadapan

ANGGOTA KOPERASI TERKESAN COVID-19 DIBANTU... Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan berupa 100 beg barangan keperluan asas Projek BA100 bernilai RM7,000 kepada Pengerusi Koperasi Penguatkuasa PBT Berhad, Encik Tun Mohd Izlizam Haji Bahardin, bertempat di Menara Majlis Bandaraya Selayang, Kuala Lumpur, pada 27 April 2021. Sumbangan ini bertujuan meringankan beban anggota Koperasi Penguatkuasa PBT terutama golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Dato’ Abdul Fattah dalam ucapannya menyatakan, ANGKASA telah melaksanakan 55 program yang memberi manfaat kepada 45,291 penerima dengan nilai sumbangan RM1 juta daripada keseluruhan peruntukan sumbangan COVID-19 iaitu RM2 juta. Sementara itu, Encik Tun Mohd Izlizam mengalu-alukan kerjasama ANGKASA menjadi pembekal dan pengedar berdaftar untuk 149 buah kedai yang bakal dibuka di bawah Projek BA100. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

PEK BERBUKA PUASA UNTUK WARTAWAN RTM... ANGKASA meneruskan Program CSR COOPCARE PRIHATIN COVID-19 dengan menyerahkan sumbangan makanan berbuka puasa kepada barisan petugas media di Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM di Wisma Berita Angkasapuri, pada 26 April 2021. Sebanyak 300 pek makanan berbuka puasa diserahkan oleh Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Ia diterima oleh Timbalan Pengarah Seksyen Ehwal Semasa RTM, Encik Nasrul Hakim Md Noh. Sumbangan kepada warga kerja RTM itu diharap memperkukuh jalinan ukhuwah dan kerjasama antara kepimpinan ANGKASA dan warga RTM. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

10 COOPCARE

JUN 2021

Bersama Pasukan Barisan Hadapan

WARGA IPD PETALING JAYA DISANTUNI... Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sejumlah 100 beg barangan keperluan harian dan jajanan berbuka puasa kepada warga di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 7 Mei 2021. Sumbangan itu diterima oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Tuan ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

PETUGAS BOMBA JUGA DIINGATI... Tugas dan amanah yang disandarkan kepada anggota barisan hadapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menuntut kecekalan dan konsis­ tensi walaupun berdepan risiko jangkitan COVID-19. Sehubungan itu, ANGKASA menerusi Program CSR COOPCARE PRIHATIN COVID-19 terus cakna menyantuni anggota barisan hadapan menerusi sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada mereka. Sebanyak 56 beg barangan keperluan harian melalui projek Barang Asas 100 (BA100) dan makanan berbuka puasa disumbangkan khas buat pasukan bomba dan penyelamat di Balai Bomba Petaling Jaya. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Ketua Balai Bomba Petaling Jaya, TPGB II Mohd Hafiz Mat Dali. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

11 COOPCARE

JUN 2021

Bersama Pasukan Barisan Hadapan

peranan golongan pengamal media dalam mengharungi tugas mencabar sepanjang pandemik COVID-19. Hadir sama, TimbalanPresiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd., Haji Hashim Anang dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

WARTAWAN KARANGKRAF TERIMA PEK BERBUKA PUASA... Sebanyak 300 pek makanan berbuka puasa diserahkan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah kepada Kumpulan Media Karangkraf diwakili Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ Muhamad Nasir Hamzah, di ibu pejabat Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd., Shah Alam, pada 10 Mei 2021. Sumbangan kepada warga kerja Kumpulan Media Karangkraf itu tanda sokongan berterusan ANGKASA kepada

PEK BERBUKA PUASA BUAT WARTAWAN BERNAMA... ANGKASA meneruskan Program CSR COOPCARE PRIHATIN COVID-19 dengan menyerahkan sumbangan berupa pek makanan berbuka puasa kepada kira-kira 300 petugas media di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur pada 10 Mei 2021. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Eksekutif Editorial BERNAMA, Puan Harlina Samson. Dato' Abdul Fattah berkata, sumbangan itu bagi menzahirkan penghargaan ANGKASA kepada warga media yang terus memberi komitmen bertugas Hadir sama, Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Nasir Ramli dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. menyalurkan informasi kepada masyarakat sepanjang pandemik COVID-19.

12 COOPCARE

JUN 2021

Bersama Masyarakat

ASNAF, GOLONGAN SUSAH TIDAK DILUPAKAN... ANGKASA telah menyumbangkan 10 beg barangan keperluan harian kepada Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (Insaf Malaysia) untuk membantu keluarga asnaf dan individu yang kurang bernasib baik pada 5 Mei 2021. Sumbangan itu disampaikan Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah kepada presidennya, Encik Ishak Abdul Kadir di Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Insaf Malaysia ditubuhkan untuk membantu mengedarkan keperluan asas kepada rumah anak yatim, badan amal dan individu serta keluarga asnaf di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Pusat pengumpulan dan pengedaran Insaf Malaysia terletak di Setiawangsa dan Seputeh. Hadir sama, Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Nasir Ramli; Ahli Jawatankuasa Insaf Malaysia, Encik Mustafa dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

BA100 UNTUK ASNAF RAMUAN CHINA BESAR... ANGKASA menerusi Program CSR COOPCARE PRIHATIN COVID-19 menyampaikan sumbangan barangan keperluan melalui projek Barangan Asas 100 (BA100) kepada asnaf kariah Masjid Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka pada 8 Mei 2021. Sebanyak 50 beg barangan keperluan harian disampaikan Timbalan Presiden ANGKASA me­ rangkap Anggota Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail kepada 50 orang asnaf bertempat di Masjid Al- Muhtadi Ramuan China Besar. Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, ANGKASA menerusi program CSR Coopcare akan terus berperanan membantu membangunkan ekonomi serta menaikkan taraf hidup

masyarakat terutama ketika berdepan pandemik COVID-19. “Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini banyak memberi kesan secara langsung terhadap kestabilan ekonomi koperasi dan masyarakat. “Kita akan teruskan usaha membantu masyarakat khususnya dalam kalangan anggota koperasi yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan ia sedikit sebanyak memberi makna yang sebenar tentang pengamalan prinsip dan nilai-nilai koperasi kepada anggota serta masyarakat,” ujar beliau. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka, Haji Ab. Rahim Md. Tawel dan Imam 1 Masjid Al-Muhtadi Ramuan China Besar, Encik Abdul Rahim Abd Jalal.

13 COOPCARE

JUN 2021

Bersama Masyarakat

PROGRAM CSR DI KUALA NERUS... Sebanyak 70 pek barangan asas (BA100) menerusi Program CSR COOPCARE ANGKASA disumbangkan kepada anggota Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad di pekarangan pejabat ANGKASA Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu, pada 8 Mei 2021. Sumbangan berkenaan diserahkan kepada lima wakil penerima daripada tiga koperasi iaitu Koperasi Pertis Terengganu Berhad, Koperasi Peka Terengganu Berhad dan Koperasi Gerak Wawasan Terengganu Berhad. Sumbangan ini adalah bertujuan meringankan beban golongan berkenaan di samping persiapan menyambut Aidilfitri. Dalam majlis yang sama, ANGKASA Negeri Terengganu menyampaikan sumbangan sebuah mesin taip Braille ( Brailler ) bernilai RM4,520 kepada Pengerusi Koperasi Pertis Terengganu Berhad, Encik Fauzi Mansor bagi kemudahan anggota koperasi yang cacat penglihatan. Ia disampaikan oleh Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed Yusoff. Turut hadir, Pengerusi Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad, Haji Ismail Muda; Setiausaha Koperasi Peka Terengganu Berhad, Ustaz Saifulah Yuslizam Yakar dan barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Terengganu.

ANGGOTA 26 KOPERASI, 14 NGO TERIMA BA100... Program CSR COOPCARE PRIHATIN COVID-19 turut melibatkan sumbangan Barangan Asas 100 (BA100) kepada anggota koperasi dan orang ramai di pekarangan Bangunan Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak Berhad (SKOMK), Teluk Intan, Perak pada 10 Mei 2021. Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, pada tahun ini usaha menyantuni masyarakat kepada yang benar-benar memerlukan di Teluk Intan telah digandakan kepada wakil 26 koperasi dan 14 pertubuhan NGO. Menariknya, selain daripada ANGKASA, sebahagian daripada pek BA100 itu turut melibatkan sumbangan individu, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 400 pek termasuk buah kurma. Dato’ Abdul Rahman turut menyatakan harapan beliau agar sumbangan tersebut dapat memberi gambaran lebih positif dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan berkoperasi sekali gus menggalakkan penyertaan lebih ramai sebagai anggota. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri dan barisan Anggota JPAN Perak serta Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Hilir Perak, Muhammad Fitry Hamizan Hamzah.

14 RENCANA

JUN 2021

COVID -19: Rangka Strategi Baharu Koperasi yang Berkesan

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ K ajian Kesan Wabak COVID-19 terhadap perniagaan koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan kaji selidik usahawan pasca COVID-19 Kemen- terian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) pada Dis- ember 2020 mendapati prestasi koperasi merosot 32 peratus me- nyebabkan penguncupan penda- patan sehingga 33.9 peratus. Situasi ini dilihat membimbang- kan kerana kesan Perintah Kawa- lan Pergerakan (PKP) yang dilak- sanakan kerajaan menyebabkan hanya 39 peratus koperasi berope­ rasi manakala 17 peratus pernia- gaan koperasi telah terhenti. Ini tidak termasuk lebih 42 peratus koperasi yang mengalami masalah kecairan tunai berikutan kekurangan modal pusingan untuk meneruskan kelangsungan pernia- gaan masing-masing. Tahun 2020 menyaksikan sek- tor keusahawanan memberi sum- bangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 38 peratus. Dianggarkan kira-kira 30 peratus daripada 14,668 koperasi seluruh

negara dikesan tidak aktif beri- kutan impak pandemik COVID-19 dan sehingga kini, pelbagai usaha dilakukan SKM untuk membantu koperasi terbabit termasuk inisiatif mengubah pelan perniagaan. Koperasi yang terkesan pan- demik COVID-19 perlu mencari inisiatif baharu serta mengubah strategi perniagaan masing-masing mengikut situasi ekonomi negara bagi mengurangkan impaknya. Dalam mendepani cabaran krisis kesihatan dunia ini, koperasi perlu memikirkan strategi yang sesuai dan berkesan supaya dapat me- nampung kembali kerugian sewak- tu mendepani wabak ini seperti memilih dan meneroka industri ba- haru yang diyakini tidak terkesan oleh pandemik ini. Usaha mengadakan rundingan, nasihat dan bimbingan untuk me- mastikan koperasi kembali aktif memerlukan sokongan pelbagai pihak termasuk komitmen tinggi kalangan anggota koperasi. MEDAC di bawah kepimpinan Menterinya, Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyaran- kan supaya setiap koperasi mem- pelbagaikan aktiviti perniagaan sekali gus menghakis stigma ter- hadap sektor tersebut yang sering dikaitkan dengan aktiviti pinjaman kredit semata-mata.

Kementerian itu juga mengambil inisiatif menerusi Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bagi me- mastikan momentum perniagaan koperasi kembali stabil. Cara berniaga dalam suasana norma baharu memerlukan kope- rasi menerapkan penggunaan teknologi dalam sistem perniagaan bagi memudahkan kerja seharian tanpa memutuskan rantaian per- niagaan yang sedia ada terjalin. Pasaran e-dagang tempatan di- jangka berkembang pesat untuk beberapa tahun akan datang dan ia berupaya menarik sektor kope- rasi turut sama memajukan pernia- gaan mereka. Peralihan trend pengguna yang mendorong perniagaan meneroka strategi baharu berinteraksi den- gan pengguna dan memudahkan proses urusniaga sekali gus men- yerlahkan potensi e-dagang. Menurut statistik Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor e-dagang negara menyum- bang RM127 bilion daripada ke­ seluruhan KDNK pada tahun 2020 sekali gus menunjukkan trend peningkatan dari segi prestasinya berbanding 2015 yang mencatatkan RM89 bilion. Naib Presiden ANGKASA me- rangkap Pengerusi Jawatankuasa

DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA

Perkhidmatan Kewangan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa berkata, sektor koperasi perlu berani meneroka bidang industri baharu termasuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan serta menyer- tai entiti dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Menurutnya, gerakan koperasi mampu membawa transformasi dan perubahan menyeluruh ke- pada persekitaran ekonomi me- mandangkan 14,668 koperasi telah

15

RENCANA

JUN 2021

olehan koperasi di Malaysia dianggarkan berkurang ke- pada RM35 bilion berbanding RM45.79 bilion pada tahun 2019. Katanya, Pelan Transformasi Koperasi (TransKoM) 2021-2025 dan inisiatif PEMERKASA yang diumumkan kerajaan baru- baru ini banyak membantu memulihkan ekonomi sektor koperasi dan menjadi pemacu kepada pembangunan koperasi secara lebih progresif. “Ia diharap dapat menjamin kelangsungan sektor koperasi sebagai antara penyumbang terbesar kepada peningkatan sosioekonomi dan kesejahtera­ an masyarakat,” katanya. Sumber: 1. Laman Rasmi Kementerian Pem- bangunan Usahawan dan Kope- rasi (MEDAC). 2. Laman Rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). 3. Laman Rasmi Perbadanan Eko- nomi Digital Malaysia (MDEC). 4. e-dagang Lonjak 1,000 Peratus, Harian Metro, September 2020. 5. PKS, Koperasi Perlu Kuasai Ekonomi Digital, Berita Harian, 23 November 2020. 6. Pendapatan Koperasi Mengun- cup 33.9 Peratus, Berita Harian, Disember 2020.

Dato’ Haji Che Mohd Shukree menambah, sektor koperasi antara yang terkesan dari segi ekonomi dengan pengurangan nilai perole- han dan pemberhentian kerja yang secara tidak langsung memberi ke- san sosial kepada gerakan koperasi. Misalnya pada tahun 2020, per-

niagaan koperasi masing-masing. “Penyertaan koperasi dalam en- titi GLC merupakan langkah trans- formasi yang bijak dan terbaik bagi mewujudkan perkongsian ke- kayaan supaya sektor berkenaan terus menjana ekonomi dan men- cipta peluang pekerjaan,” katanya.

memberi manfaat besar kepada hampir enam juta ahli seluruh ne- gara. “Kita lihat banyak koperasi be- sar, berkemampuan dan berkali- ber yang mampu mengubah land- skap ekonomi koperasi dan negara melalui kejayaan memajukan per-

16 KOPERASI

JUN 2021

Ketidakupayaan Fizikal Bukan Penghalang Koperasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad

Oleh NADIAH KAMARUDIN K etidakupayaan penglihatan bu- kan penghalang! Itulah kekuatan dan kesepaduan tekad warga Koperasi SM Pendidikan Khas (SMPK) Setapak Kuala Lumpur Berhad dalam mem- perkasakan koperasi mela- lui pelbagai aktiviti ekonomi antaranya perkhidmatan, per- tanian dan perikanan. Bermula pada 2005, Kope- rasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad kini me­ nguruskan sebuah kafeteria, kedai koperasi menjual pelba- gai barangan keperluan asas, kebun koperasi di mana lebih 10 jenis sayuran ditanam, ta- man terapeutik dan kolam ikan keli di samping menye- diakan perkhidmatan reflek - sologi. Bercakap kepada PELANCAR baru-baru ini, Pengerusi Koperasi yang juga Pengetua SMPK Setapak, Puan Zaidah Mahadi berkata, beliau dan tenaga pengajar yang lain akan sentiasa berusaha me- nanam sifat-sifat keusahawa- nan dalam diri murid supaya dapat dipraktikkan demi ke- baikan masa depan masing- masing. "Walaupun terdapat se- bilangan murid-murid di se- kolah ini tidak menduduki Si- jil Pelajaran Malaysia, namun mereka tetap diberi tunjuk ajar mengenai perakaunan dan pengurusan kewangan dengan harapan dapat di- manfaatkan apabila tamat persekolahan," ujar beliau. Tambah Puan Zaidah, koperasi ini memberi pe- luang kepada murid ketidak- upayaan pelbagai (KUP) un- tuk mendapat upah melalui

penghasilan gelang tangan, tasbih dan penyambung pelitup muka yang kemudian dijual oleh pihak koperasi. Mereka juga diberi keper- cayaan memberi rawatan ref- leksologi kepada pelanggan setelah melalui latihan khas. “Kami mahu menunjukkan kepada murid-murid ini ba- hawa mereka boleh berdikari mencari rezeki bagi menyara kehidupan sendiri suatu hari nanti,” kata beliau. Menurut Puan Zaidah, koperasi ini dalam peranca­ ngan menaik taraf kafeteria supaya terdapat ruangan khas untuk tempat latihan in- dustri bagi murid-murid kate- gori murid berkeperluan khas (MBK) penglihatan mengem- bangkan kemahiran mema- sak mereka dan mempela- jari ilmu perniagaan. Ruang dalam kafeteria juga adalah selamat bagi guru dan mu- rid yang berkeperluan khas penglihatan untuk bergerak. Jelasnya, selain mempel- bagaikan perniagaan, Kope- rasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad menjaga ke- bajikan anggotanya melalui hot plate , iaitu program mem- bantu murid yang kurang berkemampuan menerima makanan seimbang dan berkhasiat pada waktu rehat. “Impian besar warga Kope- rasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad adalah mem- buka sebuah kafe diberi nama 'Cafe Matahati' dengan segala aktiviti iaitu bermula dari menyiapkan pesanan ma- kanan sehinggalah mengu- ruskan akaun dilakukan oleh murid MBK penglihatan kami sendiri,” katanya. Koperasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad SMK Pendidikan Khas Setapak, Jalan Genting Kelang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur. Telefon: 03-4142 2693 / 03-4149 3701 E-mel: wea0211@moe.edu.my Facebook: @ smkpksetapak (SMK Pendidikan Khas Setapak)

Temu bual secara dalam talian antara PELANCAR dengan Puan Zaidah Mahadi pada 5 Mei 2021.

Kebun Koperasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad.

Koperasi menyediakan sebuah ruangan khas untuk murid-murid menjamu selera.

Kedai koperasi menjual pelbagai barangan keperluan asas.

Bilik refleksologi di mana murid-murid mempelajari dan melatih kemahiran mengurut.

Coop Cafe yang diuruskan oleh koperasi menjadi tempat untuk tenaga pengajar menjamu selera pada waktu rehat.

Koperasi SMPK Setapak Berhad turut menjual ikan keli salai secara dalam talian.

Murid ketidakupayaan pelbagai (KUP) membuat gelang tasbih iaitu antara produk yang dijual oleh pihak koperasi.

Penyambung pelitup muka, gelang tangan dan tasbih manik antara produk yang dihasilkan oleh pelajar KUP.

Taman terapeutik di mana pelbagai jenis herba ditanam.

17 KOPERASI

JUN 2021

Akok ‘Mek Aishah’ Lambang Kejayaan Koperasi Keluarga Koperasi Keluarga Mek Aishah Temerloh Berhad

Koperasi Keluarga Mek Aishah Temerloh Berhad mengekalkan kaedah tradisional untuk membakar kuih akok.

Dengan hanya RM6, pelanggan mendapat 10 biji kuih akok yang dibungkus kemas dan menyerap minyak.

Puan Nor Kasmani menunjukkan cara mengawal bara api supaya akok tidak hangus atau tidak masak seperti sepatutnya.

Oleh NADIAH KAMARUDIN B erbekalkan ilmu asas membuat kuih akok yang diperoleh dari- pada ibu ter- sayang, Puan Nor Kasmani Abd. Rahman mengambil alih perniagaan kuih tradisional tersebut yang dijalankan selama 14 ta- hun oleh ibunya sejak tahun 2017. Berbekal galakan daripada suami, beliau mengambil langkah berani menubuhkan Koperasi Keluarga Mek Aishah Temerloh Berhad pada tahun yang sama dengan menjadikan per- niagaan kuih akok sebagai produk dan sumber pendapatan utama koperasi. Galakan tersebut ter- nyata membawa kesan yang positif, bukan sahaja mem- bawa perubahan dinamik kepada perniagaan yang di- jalankan malah membuka peluang pekerjaan kepada ahli keluarga. Ketika ditanya PELANCAR apakah keistimewaan kuih akok ‘Mek Aishah’ sehingga- kan lokasi jualan sentiasa menjadi tempat persingga- han pengguna jalan raya dari Temerloh menuju ke Jeran- tut, Puan Nor Kasmani mem-

balas ringkas: “Kita kena teliti, telur tak boleh hanyir dan aroma pandan kena ada.” Menurutnya, menge­ kalkan cara tradisional membakar kuih akok ia­ itu dengan menggunakan kayu rambutan, kayu leban dan sabut kelapa memberi keunikan pada rasa kuih tersebut yang sering dinan- ti-nantikan oleh pelanggan setia. “Oleh kerana kami me- merlukan sehingga 50 guni kayu rambutan setiap bu- lan, kami amat bergantung pada orang kampung untuk membekalkan kayu terse- but. Ini sekali gus mem- bantu mereka menjana pendapatan,” ujar Puan Nor Kasmani. Sambutan amat meng- galakkan daripada pen- duduk setempat dan pen- gunjung dari negeri lain membolehkan koperasi ini mencatat nilai jualan kasar sehingga RM1,500 pada hu - jung minggu dan RM800 pada hari biasa. Tambah Puan Nor Kasmani, melalui kursus dan latihan yang diikuti memberi idea untuk men- cipta akok sejuk beku se- telah yakin bahawa produk ini mampu berkembang lebih jauh dan mencapai permintaan yang lebih ting-

Kuih akok sejuk beku keluaran Koperasi akok sejuk beku keluaran Koperasi Keluarga Mek Aishah Temerloh Berhad.

Puan Nor Kasmani (kiri) bersama pekerja-pekerja di kedai akok yang terdiri daripada dua orang ahli keluarganya dan seorang penduduk setempat.

Bahulu keluaran koperasi ini juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

gi. Sehingga kini, terdapat lebih 10 ejen termasuk dari Sabah yang mengedarkan produk baharu ini. Mengenai perancangan koperasi ini untuk masa depan, Puan Nor Kasmani memberitahu, pihaknya bercadang menambah cawangan khususnya di Temerloh, meluaskan lagi ruang kedai sedia ada dan mempelbagaikan lagi pena-

waran produk kepada pe­ langgan. “Apabila kami melihat pe­ langgan yang sejak mereka kecil hingga dewasa dan su- dah berkahwin pun masih lagi membeli kuih akok ‘Mek Aishah’, ini memberi suatu kepuasan dan gala- kan kepada kami untuk memajukan lagi perniagaan ini,” katanya.

Koperasi Keluarga Mek Aishah Temerloh Berhad Kedai Akok Bahulu, Km44 Jalan Temerloh- Jerantut, 28050 Kuala Krau Pahang Darul Makmur Telefon: 019-276 2572 Facebook: AKOK & Bahulu

18 KOPERASI

JUN 2021

Oleh NADIAH KAMARUDIN Agihan Seimbang Ekonomi Negara Peranan Koperasi Kariah Masjid Bantu Aspirasi Kerajaan

Dato’ Abdul Fattah Abdullah berucap merasmikan webinar `Koperasi Kariah Masjid dan Ekosistem Ekonomi Islam' pada 6 Mei 2021.

P

residen ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah optimis bahawa Kope- rasi Kariah Mas- jid (KKM) boleh

semasa merasmikan webinar 'Koperasi Kariah Masjid dan Ekosistem Ekonomi Islam' pada 6 Mei 2021. Webinar tersebut menampil- kan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sebagai moderator dan tiga orang ahli panel iaitu Ketua Aktivis Persatuan Peng- guna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan; Presiden Majlis Perunding Pertubu- han Islam Malaysia (MAPIM), Encik Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Kope- rasi Kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana Berhad, Haji Yasim Mohamed. Tambah Dato’ Abdul Fattah, umat Islam mempunyai tang- gungjawab memastikan pe­ ranan masjid sebagai bukan sa- haja tempat beribadah, malah pusat meningkatkan penyatu- an dan pembangunan ummah. “Kita perlu kembali kepada era kegemilangan zaman Nabi Muhammad SAW yang men- jadikan masjid sebagai pusat aktiviti keagamaan, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan. “Kesemua Koperasi Kariah Masjid sedia ada perlu beker- jasama secara kolektif mewu- judkan platform kukuh supaya dapat meningkatkan kawalan terhadap rantaian bekalan dan

Webinar menampilkan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sebagai moderator dan tiga ahli panel, Dato’ Nadzim Johan, Encik Mohd Azmi Abdul Hamid dan Haji Yasim Mohamed.

memainkan peranan utama dalam membantu menjayakan aspirasi negara merelisasikan pengagihan ekonomi yang seimbang, sekali gus menyatu- padukan masyartakat. Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan kepada usaha- usaha pemerkasaan Koperasi Kariah Masjid yang sedang di- lakukan oleh kerajaan dan juga ANGKASA sendiri iaitu dalam memperkukuhkan rantaian bekalan dan nilai. “Sehubungan itu, pegawai dan jawatankuasa kariah mas- jid wajar mengambil perhatian serius saranan kerajaan mela- lui Kementerian Pembangu- nan Usahawan dan Koperasi supaya lebih banyak Koperasi Kariah Masjid ditubuhkan. “Malah, pihak terbabit harus menyedari dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Malaysia, antara peranan dan fungsi jawatankuasa kariah masjid yang ditegaskan dalam peraturan-peraturan masjid dan surau ialah berusaha me­ ningkatkan taraf hidup dan ekonomi orang Islam,” katanya

nilai dengan memperkasakan lagi peranan sebagai penge- luar,” ujarnya. Menurutnya, penubuhan Koperasi Kariah Masjid perlu dilihat sebagai suatu usaha dakwah yang mampu menarik minat bukan Islam mempela- jari keindahan Islam.

Suruhanjaya Koperasi Ma- laysia merekodkan pendafta - ran 451 Koperasi Kariah Masjid di seluruh negara sepanjang enam bulan pertama 2020 dengan keanggotaan 30,875 orang dan perolehan sejumlah RM12.38 juta.

Webinar itu merupakan siri keempat seminar ANGKASA- -UMK Research Academy (AURA) yang telah dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Ke- usahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ANGKASA.

“Umat Islam perlu memberi keutamaan pada produk keluaran Muslim yang diyakini halal dan bersih, sekali gus menanam semangat saling bantu membantu dalam ekonomi umat Islam. Kedai-kedai runcit atau pasar raya milik Koperasi Kariah Masjid sewajarnya dijadikan platform utama mengetengahkan produk buatan Muslim. Selain menjadi penjual dan pemborong, Koperasi Kariah Masjid perlu mempunyai daya usaha berperanan sebagai pengeluar supaya dapat menguasai banyak pasaran produk pengguna di Malaysia. ” Apa Kata Mereka?

"Penubuhan Koperasi Kariah Masjid bertepatan dengan Maqasid Syariah untuk memastikan kelangsungan asas masyarakat dan kestablian ekonomi negara melalui perniagaan yang diusahakan. Pegawai dan jawatankuasa kariah masjid perlu diberi pemahaman lebih luas mengenai kepentingan menubuhkan Koperasi Kariah Masjid melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan dan program mentoring/coaching.

"Ekosistem adalah sistem dengan komponennya yang tersendiri. Contohnya, ekosistem sesebuah perniagaan mempunyai komponen seperti pembekal bahan mentah, pengeluar, pengedar, pemborong dan pengguna. Ekosistem ekonomi Islam pula mempunyai matlamat luhur kerana tidak tertumpu kepada mengaut keuntungan semata-mata malah menjaga keadilan sosial, menolak konsentrasi kekayaan pada satu pihak sahaja dan memastikan pengagihan kekayaan secara lebih adil.

Masjid adalah platform yang paling berkesan untuk membina ekosistem ekonomi Islam kerana mempunyai komponen yang lengkap iaitu tenaga manusia, pembeli, penjual, barangan jualan dan kawasan untuk menjalankan urus niaga."

Koperasi Kariah Masjid sedia ada di seluruh negara pula perlu lebih agresif mempromosikan kelebihan menjadi anggota koperasi kepada anak-anak kariah terutama golongan muda. ”

DATO’ NADZIM JOHAN Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

HAJI YASIM MOHAMED Pengerusi Koperasi Kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana Berhad

ENCIK MOHD AZMI ABDUL HAMID Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease