WADAH PELANCAR EDISI JUN 2021

10 COOPCARE

JUN 2021

Bersama Pasukan Barisan Hadapan

WARGA IPD PETALING JAYA DISANTUNI... Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sejumlah 100 beg barangan keperluan harian dan jajanan berbuka puasa kepada warga di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 7 Mei 2021. Sumbangan itu diterima oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Tuan ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

PETUGAS BOMBA JUGA DIINGATI... Tugas dan amanah yang disandarkan kepada anggota barisan hadapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menuntut kecekalan dan konsis­ tensi walaupun berdepan risiko jangkitan COVID-19. Sehubungan itu, ANGKASA menerusi Program CSR COOPCARE PRIHATIN COVID-19 terus cakna menyantuni anggota barisan hadapan menerusi sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada mereka. Sebanyak 56 beg barangan keperluan harian melalui projek Barang Asas 100 (BA100) dan makanan berbuka puasa disumbangkan khas buat pasukan bomba dan penyelamat di Balai Bomba Petaling Jaya. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Ketua Balai Bomba Petaling Jaya, TPGB II Mohd Hafiz Mat Dali. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease